Off to Big School

by - Thursday, January 04, 2018

FL will turns 4 years old this year like i mentioned in my previous entry HERE. So, she is ready for a big school a.k.a preschool. We choose an islamic preschool for her. Let she learn about Islam as Islam is our way of life. Finally we found one that meet with our criteria and most importantly, it is near to our house. Only 5 minutes driving.  

Nanti masuk darjah 1 pun, aku dan en.suami bercadang nak antar dia ke Sekolah Islam gak. Dah ada list sekolah yang menjadi pilihan. Tapi 3 tahun lagi. Lambat lagi. Boleh chill-chill lagi. 


So semalam ialah hari pertama dia kat kiddy. School dia buka 3 haribulan, lambat sehari dari school lain. Dia excited sangat. Last week dah pergi orientasi seminggu kat situ, so everything was fine. 

Dah tak ada dah drama airmata pagi-pagi. Dulu masa kat playschool pun dia tak buat drama tak nak pergi sekolah. Cuma selalu bangun lambat. Susah betul nak suruh dia bangun awal. Kalau kita kejutkan dia awal pagi, mulalah tantrum. Aku pernah ceritakan kat ENTRI INI.

Kali ni pergi big schhol dia excited sangat sampaikan kul 8 malam dah masuk tidur. Jam 6.00 pagi dah bangun. Hari ni pulak bangun kul 7 pagi sebab semalam tidur jam 10 malam. Ok lah tu. Kira awal gak lah. Sebab kul 7.30 pagi baru kitaorang keluar dari rumah. Still boleh sampai school dia on time. 

Cuma bila bangun tidur tu dia cakap 'tak nak mandi'. Tak nak mandi sebab sejuk, just nak tukar baju je. Memang la pagi-pagi sejuk. Tapi bila mintak dia rendam tangan kat dalam air panas (warm water actually), terus jadi tak ingat dunia, mandi sakan sampai lupa waktu kena pergi sekolah. 

FL dan air memang tak dapat dipisahkan. Dia suka mandi, suka swimming, suka berendam. Sejak dari dalam perut lagi suka main ngan air. Aku ingat lagi dulu, masa mengandungkan dia, bila tiba waktu mandi, bukan main aktif dia dalam perut tu pusing kiri kanan, kicking & punching. 

Masuk je dalam kereta, happy je sampailah sampai depan gate sekolah. Dia pulak tercengang-cengang tengok kawan-kawan dia buat drama air mata.hahahhaa... Siap tanya mummy lagi "kenapa dia nangis?".. 

Cuma petang balik dah tak pakai tudung. Bila ditanya, katanya "tak nak pakai tudung - panas".. hahahhahaha... Takpe, baby step.. Mummy dulu pun payah jugak nak pakai tudung. Memang selalu on-off masa mula-mula berhijab tu.. 

Semoga anakku FL terus membesar menjadi anak yang solehah - yang dapat berbakti pada AGAMA dan keluarga. Amiiin..

You May Also Like

7 comments

  1. FL dah big girl dah, tak lama lagi nak dapat adik dah...hehehe..

    ReplyDelete
  2. DAH BESAR FL ANAK SOLEHAH MAKN CANTIK N CERDIK

    ReplyDelete
  3. macam2 gelagat anak2 yg baru nak bersekolah ni tapi masih bearable..semoga FL terus menjadi insan yg solehah dan cemerlang

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah xde drama air mata. ibu pun lega kan

    ReplyDelete
  5. Hope FL jadi anak yg solehah dan rajin pergi sekolah...
    Mrs pip pula kat sini sehari lepas daftar anak, sekolah anak2 ditutup coz banjir teruk, so next week lah baru pergi sekolah... ni pun iman n amin dan bising bila nak pergi sekolah, excited juga mereka nak pergi sekolah, jumpa kawan2 baru....

    ReplyDelete
  6. Happy nya FL pegi sekolah. Good girl lah :)

    ReplyDelete
  7. Alaaa Pink, 4 years u tak terasa ke masih smmal even ke sekolah preschool. Bimbang dia jemu. Maybe you ada cara lain kan untuk elak dia jemu. Thnks. FL tu cute.

    ReplyDelete