Tuesday, 9 January 2018

Pakaian Yang Sesuai Ketika Travel di Musim Sejuk/Winter

Hye .Selamat Tahun Baru semua.

Walaupun sekarang dah masuk tahun baru, anak-anak dah masuk sekolah, aku yakin ada lagi kalangan kita yang akan bercuti ke luar negara sekarang ni.  Sekarang ni masih lagi musim winter, so confirm nya lah sejuk sampai March nanti. Tapi lepas winter, masuk musim Spring, pun sejuk jugak. Ada sesetengah tempat, musim Spring pun suhu mencecah negatif.

So, nak ke tempat sejuk tu, pakaian perlu diberi keutamaan serious. Kalau tak, nanti macam-macam penyakit datang.

So, apa yang perlu dipakai ketika travel masa musim sejuk atau musim winter??

1. Winter Coat
Yang ni confirm kena ada. Kalau tak, boleh beku korang nanti kat sana. kalau guna winter coat yang diperbuat dari bulu lagi bagus kualitinya especially bulu angsa or bulu itik. Biasanya aku bawak 1 jer winter coat ni sebab nak pakai kat luar jer. Kat dalam pakai thermal wear.

Tapi kalau korang jenis fashionable nak kena ambik gambar OOTD setiap hari, so bawak lah lebih. Tapi bila bawak lebih tu, korang kena fikir nak kena bawak banyak luggage la pulak, pastu nak kena bayar lebih lagi untuk kos luggage.. huwwwaaaa... Nak winter coat yang murah boleh cari kat bundle jer. Korang boleh rujuk entry aku yang ini - "Tips Travel :: Kat mana nak beli baju sejuk / winter coat murah-murah".




2. Thermal Wear / Long John
Yang ini memang wajib ada. Yang ini pakai kat dalam. Eloknya beli yang dari material bulu(wool) jugak. Kalau yang mahal dan berkualiti, dari bulu itik la. Biasanya, aku bawak 2 pasang. 1 pasang pakai siang, 1 lagi pakai malam. Pastu basuh. Sebab tu aku suka cari tempat tidur yang ada laundry. Tapi kalau pergi ke tempat yang suhu boleh mencecah -10 darjah celcius (tempat yang sejuk giler). Korang boleh baca entry aku yang ini "Travel TIPS | Kat Mana Nak Beli Thermal Wear / Long John Murah?" kalau nak tahu mana nak beli thermal wear yang murah.


http://winterclothes.com.my/wp-content/uploads/2013/11/Basic-Light-Warm-Cotton-Base-Layer-LongJohn-17.jpg

3. Sweater
Sweater ni depends pada suhu kat tempat tu. Ada tempat yang tak sejuk sangat, memadai untuk pakai long john dan winter coat jer. Tapi kalau tempat tu sejuk sampai mencecah negatif celcius, eloklah pakai sweater selepas pakai thermal wear tu. Ada orang bila kat umah (hotel), tak suka pakai thermal wear sebab ada heater dalam bilik, so diaorang pakai sweater jer. Apa pun, for the beginner or first time nak travel di musim sejuk, better bawak jugaklah sweater sehelai dua.



4. Stokin Bulu-Bulu
Stokin ni perkara WAJIB yang perlu ada dalam beg korang. Masa musim sejuk, bawaklah stokin bulu-bulu, tak kisahlah ulu itik ke, bulu angsa ke bulu kambing ke. Jangan bulu monyet dah la. Sebab material ni boleh menahan kesejukan di tapak kaki. Especially kalau malam, confirm menggigil. Biasanya aku bawak at least 2 pasang stokin bulu-bulu ni. Stokin bulu-bulu ni boleh beli kat Butik Travel, macam kat Winter Time, Universal Traveler atau lain-lain kedai yang jual pakaian travel.
 Aku selalu pakai yang ini bila waktu siang. Yang ni aku beli kat Guangzhou lama dulu. Boleh tahan sampai sekarang. Ye lah, pakai pun setahun sekali jer, tak sempat nak lunyai. Sebabkan panjang stokin ni sampai ke lutut, jadinya, kalau cuaca tak sejuk sangat, aku tak pakai seluar thermal wear (long john) kat dalam seluar aku, sebab stokin ni dah cukup bagi haba.


5. Kasut Yang Selesa dan Sesuai
Bagi aku, aku selesa guna sports shoe or sneakers masa pergi travel sebab kita akan banyak berjalan.Even masa musim winter pun aku suka pakai sports shoe sebab selesa. Nanti kalau pakai kasut yang tak selesa, kaki akan sakit dan mood travel kita akan hilang. Dah lah tiket kapal terbang mahal, bila kaki sakit, hancuss la harapan nak berjalan ke sana kemari. 

Ni aku pakai kasut kesayangan aku pergi mana-mana. 
Tapi kasut tu dah selamat dikebumikan. huhu. Aku ada cerita kat ENTRY INI.


Ada orang akan pakai boot bulu-bulu tu. Based on pengalaman aku, kalau pakai boot bulu-bulu tu, kalau pergi tempat yang sejuk giler sampai -10 darjah celcius, Ok lah nak pakai boot tu. Kalau tak, tak selesa sebab kasut tu makan space kat dalam luggage and boot tu agak berat. So, biasanya orang pakai boot tu bila pergi kat tempat main snow atau negara-negara yang sejuk tahap dewa. 

P/S : selipar tak yah bawak lah sebab sejuk kan, confirm korang tak pakai selipar melainkan kalau korang duduk kat hostel yang kena share shower kat luar bilik, itu kena bawaklah selipar.

++++++++++++++++++++++++++++++

Itu jelah kot aku rasa benda penting yang aku fikir wajib ada dalam luggage / backpack korang bila korang travel di musim sejuk ni. Benda-benda lain tu extra dan atas inisiatif sendiri, tapi 5 perkara ni memang kena ada. Hopefully, entry ni membantu korang untuk fikir apa yang patut dibawa nanti.

Thank you for reading. and happy holiday!

7 comments:

  1. tak terbayang lagi cemane perasaan dekat negara yang beriklim sejuk, sebab tak pernah rasa lagi. huhu

    ReplyDelete
  2. Good info, untuk yang mendaki pun sesuai pakai long john tu

    ReplyDelete
  3. Good tips.. to kalau sejuk2 sgt mama x tahan

    ReplyDelete
  4. even spring is cold for me. in shaa Allah next time nak pergi time winter plak

    ReplyDelete
  5. belum lagi tercapai niat nak pegi tempat beriklim sejuk ni, harap2 suatu hari nanti dapat jejak kaki...

    ReplyDelete
  6. Fuhhh teringat p Kunming kat gunung banyak lapis baju tmbh winter coat semua tak menahan sejuknyaa uwaaa

    ReplyDelete
  7. stokin bulu2 bestnyaa bawak tidur. kat Malaysia memang tak la nak pakai stokin tidor..
    rindu winter tapi nak rehat japla winter. penat usung beg time winter. tapi rezeki manaaa tau =D

    ReplyDelete