My Travel Gear :: Padlock

by - Wednesday, April 11, 2018

My Travel Gear :: Padlock . Travel gear. Konon maam gempak jer bunyinya. Padahal padlock jer. Tak kisah lah tajuk macam mana pun, janji korang faham apa benda yang aku nak share ni. 

Padlock - Salah satu benda yang paling penting untuk travel. better lock luggage korang kalau nak check-in bagasi supaya nanti terselamat la jugak harta karun dalam beg tu. Memang orang still boleh kopek kunci tu, tapi risikonya kuranglah sikit.

http://www.dorsettpink.com/2018/04/my-travel-gear-padlock.html

So, ini aku punya koleksi padlock. Nampk macam banyak, nampak jer. Tapi sebenarnya tak banyak mana pun. Kalau nak travel 1 family sure banyak beg yang dibawa kan, so senanglah nak cari.

http://www.dorsettpink.com/2018/04/my-travel-gear-padlock.html

 Aku simpan padlock semua ni dalam kotak kecik UMobile ni jer. Kotak ni  diletak sekali mgan barang-barang travel lain. So, bila nak packing barang, senang cari kat 1 tempat jer. 


TIPS - Kalau travel stay kat hostel backpacker atau guest house seeloknya bawak spare at least 1 padlock ni. Sebabnya kebiasaan di kebanyakan hostel, almarinya atau locker tak berkunci dan guest kena guna padlock sendiri. Kalau terlupa bawak, boleh jer beli kat destinasi yang kita pergi tu tapi better bawak sendiri dari rumah, boleh jimat duit sikit.

Ada sesetengah hostel yang bagi sewa padlock ni, but still u need to pay. Selagi boleh berjimat bila travel, eloklah berjimat, duit tu boleh jugak digunakan untuk beli sourvenir untuk yang tersayang.

You May Also Like

1 comments

  1. Yaa saya setuju, untuk keselamatan barang-barangan kita kat hostel. Kalau naik night train, saya suka pakai padlock basikal, senang rantaikan semua beg tu sekali gus. Takut juga terlebih lena pastu ada beg hilang.

    ReplyDelete