Bertukar Susu

by - Saturday, June 30, 2018


http://www.dorsettpink.com/2018/06/bertukar-susu.html

Bertukar susu formula. Dah 3 tahun Kakak FL consume Susu Pediasure, perisa Vanila. Itu paedtrian dia yan suggest susu ni sebab Kakak FL kecik sangat masa tu. Berat badan dia pun naik elok lepas tu. Alhamdulillah, dia ngam dengan susu tu.Sebulan, dia habiskan 2 tin besar susu ni. Lagi satu, apa yang aku suka pasal Pediasure ni, dia selalu bagi bagpack. So, so far, FL pakai bag sekolah free jer. hihi.. 


Sekarang dah genap 3 tahun dia minum Pediasure. Hari tu, en.suami belikan DugroSure pulak. Sebab apa Dugro Sure? Sebab formula dia sama macam Pediasure tapi DugroSure tawar, atau dalam erti kata lain 'tak manis / less sugar', compare dengan Pediasure tu manis sangat. So, Ok lah Kakak FL minum minuman tak manis. 



 Tapi masalahnya, bila dia minum DugroSure ni, dia kata 'tak sedap'. So, kitaorang agak 'tak sedap' tu ialah sebab DugroSure ni rasa susu, bukan rasa Vanila seperti sebelum ni macam susu Pediasure tu. Sebab dia dah biasa minum susu yang perasa Vanilla kan, so bila minum DugroSure dia tak suka. huhu..

Tka kan lah nak buang susu Dugro tu macam tu jer. Membazir kot. Rugilah, dah beli nak buang.huhu..

Then, en.suami beli pula susu Sustagen perasa 'Coklat'. Then, dia campurkan susu DugroSure dengan susu Sustagen Coklat tu. Bila bagi kat Kakak FL, dia kata 'SEDAP' (Sambil tunjuk isyarah 'thumbs up'). 

Hence, sejak dari itu, Kakak FL minum susu Sustagen coklat campur ngan DugroSure. Dah tak minum lagi dah Pediasure. Bye-bye Pediasure. Lepas ni, dah tak dapat free gift lagi. huhuhu.. Takpelah, janji Kakak FL happy.

Kakak FL sekarang umur 4 tahun, dia dah kurang minum susu kat botol susu. Sekarang kitaorang ajar dia minum susu dalam gelas. InshaAllah target kitaorang by the time umur dia 5 tahun, nak stop dah minum botol susu. Kiranya lepas tu dia minum kat gelas jer lah secara full time. hihi..

You May Also Like

5 comments

  1. bila dah besar dah berubah deria rasa, pilihan pun mula berubah kan

    ReplyDelete
  2. anak2 mrs pip dah tak nak minum susu ... cuma sesekali je lah dorang request nak susu ... kalau mrs pip buatkan tanpa dorg request, mesti dorang bagi banyak alasan tak nak minum susu tu ... hurm, maybe kena tukar susu yang ada flavor kot ...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tindakkan yang bijak...

    ReplyDelete
  4. eheheh comel je campur coklat. bagus tu kak pelan2 stop guna susu. insyallah Kakak FL you can do it =D

    ReplyDelete
  5. Intan, try bg fresh milk, lg bgus compare to fm. Tgk dia suka x?

    ReplyDelete