'Baby Rice' Untuk Travel

by - Monday, October 22, 2018

Leeya dah start makan bubur sejak umur dia 6 bulan. Kalau kat rumah, mommy masak bubur untuk dia guna slow cooker. Kadang-kadang kalau terlupa, masak je guna dapur gas. Tapi bila keluar pergi mana-mana, mommy prefer untuk guna cereal atau instant baby rice.  Senang! hanya tambah air panas je, dan siap! makan! Easy-peasy.


http://www.dorsettpink.com/2018/10/baby-rice-untuk-travel.html 
Ini 'baby rice' dan 'baby porridge' pilihan mommy. Jenama 'BELLAMY'S'. Produk dari Australia. Yang ni organic. 100% organic. Mommy beli kat Jaya Grocer. Tak ada bahan pengawet, tak ada bahan pewarna, tak ada  gula, tak ada MSG, tak ada garam. So, ia sangat selamat dan berkhasiat untuk baby.

 Ada ibu-ibu yang buat sendiri baby rice ni kat rumah - sangai beras & blend & simpan. So, sama jer dengan dengan organic baby rice yang mommy beli ni. Cumanya, mommy beli kat kedai, malas nak buat sendiri. 

Bila keluar rumah, letak dalam bekas kecik yang cukup-cukup untuk makan sehari jer. Senang.

 Memang confirm organic. Boleh juga beli online kat website ni - https://www.bellamysorganic.com.au/

http://www.dorsettpink.com/2018/10/baby-rice-untuk-travel.html
Selain dari  'baby rice', mommy juga ada beli puri untuk baby yang 100% organic jugak.  Yang ini dari jenama 'Only Organic'. Produk dari New Zealand. Pun sama tak ada Tak ada bahan pengawet, tak ada bahan pewarna, tak ada  gula, tak ada MSG, tak ada garam.



So, bila keluar pergi jalan-jalan atau pergi travel mana-mana, bawak jer makanan yang dah tersedia ada ni. Cuma, kena bawak air panas jer. Kalau nak bawak food warmer pun boleh, tapi mommy tak suka pakai food warmer. Lebih prefer panaskan guna air panas.

Nak tahu macam mana cara mommy panaskan susu ibu bila travel? Jom baca entry ini - "Cara Panaskan EBM Ketika Keluar Jalan-Jalan".

You May Also Like

2 comments