Pertama Kali Berkunjung ke Tanjung Dawai, Sungai Petani

by - Wednesday, October 31, 2018

Masa cuti Hari Malaysia 16 September hari tu aku berkunjung ke Sungai Petani. Pergi jalan-jalan kat Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai. Aku ada cerita kat entri sebelum ni. Itulah pertama kali dalam hidup ini aku ke Sungai Petani dan ke Pantai Merdeka dan juga Tanjung Dawai.


 Lepas check-out dari Hotel Emerald, kami terus gerak ke Pantai Merdeka, waze jer. 

Boleh baca Review Hotel Emerald kat sini : Hotel Review | Emerald Hotel, Sungai Petani

Meriah juga Pantai Merdeka ni. Ramai orang kat sini. Parking kat sini pun free jer. Sampai-sampai jer, makan laksa kedah dulu isi perut. 


Boleh tahan juga sedap laksa dan mee sup kat Pantai Merdeka ni


Orang yang paling excited nak naik bot.

Suasana kat Pantai Merdeka. Tempat ni sebenarnya besar. Tapi tak sempat nak tunjuk gambar kat sini. Nak ke Tanjung Dawai, kena naik bot kat sini. Macam ala-ala bot penambang. Perjalanan ke Tanjung Dawai hanyalah 5 minit jer.



Excitednya dia dapat naik bot. First time in her life naik bot ni.

Kenangan bersama untuk ditatapi di masa akan datang.

Jeti Tanjung Dawai.
Inilah 'Pintu Masuk' Tanjung Dawai


Inilah Jeti Tanjung Dawai

Merenung masa depan. hehe


Inilah Tanjung Dawai


Food court kat tanjung Dawai. Kami singgah makan Laksa Kedah sekali lagi di sini sebab kat KL susah nak dapat Laksa Kedah original.

ABC - pengubat dahaga


Antara makanan yang dijual di sini



Kat sini famous dengan makanan laut macam ni.

Inilah bot yang kami naik. Seronoookkk walaupun kejap je. hehe.

Inilah Jeti Tanjung Dawai. Harga tambang bot ialah RM 3 seorang untuk sehala, tak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

Seronok dapat berkunjung ke sini. Sebab first time menjejakkan kaki ke Tanjung Dawai ni. Dapat tengok tempat orang. Bak kata pepatah "jauh perjalanan, luas permandangan". InshaaAlah, akan datang, kalau ada lagi rezeki dan dipanjang umur kami akan datang lagi ke sini.

You May Also Like

0 comments