TIPS Mengelakkan Anak-Anak Menjadi 'Picky Eater'

by - Friday, October 19, 2018

TIPS Mengelakkan Anak-Anak Menjadi 'Picky Eater' | Sekarang Leeya dah berusia 7 bulan. Dia dah start weaning sejak sebulan yang lalu. Aku ada share story pasal tu kat entry ini - "Weaning Journey : Her First Spoonfuls" . Dan sekarang Leeya tengah dalam fasa untuk mengenali makanan. Nampak ganyanya, dia macam dah tak nak makan bubur atau puri yang diblend hancur. Dia nak makan makanan pejal yang boleh kunyah-kunyah. Tapi gigi pun tak de lagi ni. Errrmm.. Takpelah, yang itu nanti aku cerita kat entry lain. 

http://www.dorsettpink.com/2018/10/tips-mengelakkan-anak-picky-eater.html

Aku suka sangat baca blog orang lain. Tapi kadang tu (banyak kali sebenarnya) baca jer tanpa tinggalkan komen. Sebab melalui blogwalking ni, kita dapat baca pengalaman dan story sebenar seseorang. Kalau kat social media, biasanya orang tak share sangat story, tapi kat blog orang akan cerita tentang story diaorang. 

So, tengah-tengah blogwalking, aku terjumpa TIPS untuk elakkan anak-anak menjadi picky eater. Apsal lah aku tak jumpa tips ni masa Kakak FL baby dulu-dulu lagi. Sebab Kakak FL seorang yang super picky eater - nak makan makanan western jer. makanan melayu tak nak makan. Tapi sekarang dah umur 4 tahun, hari-hari nak makan nasi dah. Dah muak dengan western food katanya. hahahha. Anak oh! anak. Macam-macam ragamnya. 

Oh ya! TIPS tu boleh baca kat SINI.  Perkongsian yang sangat-sangat bagus dari Mommy Amyra Abas yang punya anak super picky eater bernama Arjuna. dan dia share sebaiknya, sejak dari usia 6 bulan lagi, kalau boleh makanan pertama yang masuk ke mulut anak ialah BUBUR NASI. 

 Sumber : Majalah PaMa


Korang boleh baca cerita lanjut kat link di atas tu. Lagi satu TIPS yang aku terjumpa juga ialah :

Masa kita (mommy/daddy) makan , kalau makanan tu tak pedas, calitkan jari kita ke dalam mulut baby, supaya baby dapat merasa sikit 'rasa' makanan yang kita makan tu. Dalam erti kata lain ialah untuk stimulate taste buds baby.  Ini petua orang dulu-dulu. Apsal la aku tak tahu petua ni awal-awal dulu. Tapi takpelah, boleh praktikkan kat Leeya sekarang. 



Sharing dari mommies tu semua boleh baca kat sini - "Bila Anak Tak Nak Makan". Sharing dari Mommy Nana.


 
Itu je lah yang aku nak share hari ni. Semoga perkongsian ni dapat memberi rujukan dan guideline pada aku membesarkan anak-anak syurga yang comel-comel ni. Dan semoga perkongsian ni juga turut membantu mommies and daddies out there. 

Last but not least. Thank you for reading this entry ya. Have a nice weekend.   

You May Also Like

2 comments