Senang Nak Cari Makanan HALAL di Jepun

by - Sunday, January 06, 2019

Dah lama tak travel. Rasa gatalnya lah kaki ni nak berjalan ke luar negara. Dek kerana kesuntukan waktu dan beban kerja sedia ada, agak susah untuk aku travel keluar negara dalam waktu terdekat ni. Tapi, hopefully semoga ada rezeki dan kelapangan waktu untuk aku melancong keluar tahun ni atau tahun depan. Dan destinasi pilihan aku ialah JEPUN

Kenapa Jepun? Dah 2 kali kot aku ke Jepun. Sebabnya, Jepun sentiasa dekat dihatiku. Honeymoon pertama aku dan en.suami ialah di Negeri Matahari Terbit tu, sebab tu aku jadi jatuh cinta dengan Jepun, boleh mengimbas kenangan berbulan madu kat sana. Hihi. 

 Gambar kenangan dengan awek-awek Jepun


Kat Gion, Kyoto

Kat USJ - Universal Studio Japan


Next year (Tahun 2020) kebetulan ada Sukan Olimpik kat Jepun. Sememangnya nak pergi tengok Sukan Olimpik Jepun tu dah ada dalam wishlist aku sejak pertama kali aku kesana. Sebab aku memang suka sukan dan memang mengikuti perkembangan Sukan Olimpik setiap kali acara sukan terbesar tu berlangsung. Almaklumlah, aku kan tak berjaya nak masuk Olimpik. Dan aku pulak sememangnya tak pernah tengok Sukan Olimpik depan mata. Hanya tengok kat kacamata televisyen jer. 

Mana tahu, ada rezeki untuk tengok Olimpik live depan mata, boleh aku menjamu mata sekali dengan keindahan bumi Matahari Terbit tu. Kalau bab makan, tak susah nak cari makanan HALAL kat Jepun. Macam aku pernah cerita kat entri ni - BOLEH PERCAYA KE DENGAN LOGO HALAL NI? . 

Even restoren-restoren yang menyediakan makanan HALAL di Jepun mengunapakai LOGO HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM. So, memang tak ada perasan ragu-ragu nak makan makanan halal kat sana. Sebab confirm memang sah-sah HALAL. 

https://i0.wp.com/www.thevocket.com/app/uploads/2017/06/h37.jpg

 Contoh salah satu restoren di Osaka yang aku buat food review yang menggunakan Sijil Halal Jakim - REVIEW : JAPANESE NOODLES SOBA RESTAURANT, OSAKA. 

So, sempena dengan kedatangan Sukan Olimpik 2020 di Jepun tahun depan, Pihak Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia, akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 pada 24-26 Januari 2019, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.




Tujuan Expo Halal ini diadakan ialah untuk memasarkan produk-produk Halal tempatan ke Sukan Olimpik 2020 di Jepun nanti. Haaaaa! So, inilah masanya untuk usahawan-usahawan tempatan nak kembangkan perniagaan you all ke negara luar. Grab this opportunity. Jangan lepaskan peluang keemasan ni!. Mana tahu ada rezeki korang untuk tengok produk korang berada di pasaran Jepun satu hari nanti. 

So, don’t forget to save the date ya guys! Jom ramai-ramai kita ke Malaysia Halal Expo 2019 nanti di KL Convention Centre.

You May Also Like

3 comments

  1. yup. great opportunity kepada usahawan semua. and CT penah baca article / watch a video x ingat.. tapi katanya makanan halal semakin dapat tempat di Jepun. x sepenuhnya tapi slowly diorang da mula faham bersihnya makanan yang halal tu..

    ReplyDelete
  2. Samalah kak DP, saya pun kalaudiberi peluang nak ke Jepun lagi. Pendapat saya, kalau restoran boleh percaya kalau ada logo halal, tapi kalau street food kena tanya betul-betul. Jepun sekarang dah makin alert bab makanan halal ni. Simpan impian (dan duit) untuk ke sana lagi

    ReplyDelete
  3. OKey..maknaanya boleh beli makanan juga lah kat ekspo tuh yer. Yeayy...HAHAH! rindu juga Jepun. Terlalu banyak dan sarat dengan kenangan di sana. Walaupun hanya 1 tahun setengah saja kami di sana. Jepun tetap di hati..semoga ada rezeki untuk ku ke sana nanti.

    ReplyDelete