Family Holiday At Ruby Homestay, Melaka

by - Wednesday, July 08, 2020

Aku ada cerita kan yang weekend minggu lepas aku bercuti dengan my big family kat Melaka. Dan hari ni, aku nak share dengan korang tempat penginapan yang kitaorang menginap kat Melaka hari tu. 



Ini dia, Ruby Homestay Melaka. Yang terletak kat Taman Paya Rumput Perdana, Melaka Tengah.

Rumah ni merupakan rumah persendirian Air BnB. 


Kitaorang bercuti seramai 13 orang. Rumah ni ialah rumah banglo. Ada 4 bilik tidur yang besa , campur dengan 1 bilik main game yang sangat kecik. Keluasan rumah ni lebih kurang 5000 kaki persegi. Sangat-sangat besar!


Ini rumahnya. Boleh masuk 4 bijik kereta kat dalam rumah. Harga sewa rumah ni RM 1,700 semalam. 

Dapur dia lengkap. Semuanya tersedia. Ada pinggan mangkuk, gelas, ada dapur elektrik, ada periuk nasi, ada airfryer, ada fridge, dan lain-lain. 


Kat kitchen, ada smart TV. Bolehlah layan rancangan masakan kat Youtube sambil man masak-masak.


Ni tempat kitaorang buat BBQ. Kat luar ni ada sink. Bolehlah kalau nak basuh pinggan mangkuk pun kat luar 😁😂.

Kalau nak buat BBQ, jangan lupa bawak arang dan fire cracker, sebab arang tak disediakan kat sini. 






Swimming pool dia pun besar dan bersih. 

Gaming room. Dalam bilik ni ada bilik air juga. 


Dining area. Kat dining room ada air-cond.

Living room. Kat living room ada air-cond.



Disediakan dam ular , so bolehlah main dengan family

Ni bilik tidur kat bawah. Setiap bilik tidur ada toilet.



Ini family area kat aras atas. Besar!. Disediakan sofa bed. So, boleh jugaklah nak tidur kat luar ni sambil layan TV. Ada disediakan smart  TVjugak kat family area ni. Kalau nak tidur, boleh tutup tirai tu.


Ini bilik tidur kat atas.

Setiap bilik dan ruang ada air-cond.

Ini master bedroom. Boleh masuk 6 orang tidur sini.


Ada iron. So jangan risau kalau tudung berkedut =)). Ada disediakan hair dryer.

Ini makanan dinner kitaorang malam tu. Masak sama-sama, sambil buat BBQ. Banyak lagi, cuma ini yang sempat masuk gambar. Ayam dan kambing dah marinate siap-siap kat KL lagi. 


Kitaorang 1 keluarga suka sangat tempat ni. OK sangat kalau buat family gathering kat sini. Tempat ni kawasan rumah banglo, kawasan baru. So, jiran-jiran tak ada lagi. Lagipun terletak kat Daerah Melaka Tengah, so dekatlah kalau nak pergi jalan-jalan kat Bandar Melaka.

Kalau korang nak booking rumah ni, pergi jer kat Agoda atau Booking.com atau Air BnB dan make your booking kat situ. 

Aku highly recommend tempat ni kalau korang nak bercuti ramai-ramai, sebab aku pun akan repeat duduk sini lagi next time. 

Akhir kata, terima kasih kerna sudi membaca 😊.

You May Also Like

4 comments

  1. cantik giler rumah ni..
    selesaaaa sgt nmpk!
    berbaloi sewa rm1700 satu malam pon..

    ReplyDelete
  2. Besr betul rumah tu.. Cantik dan selesa

    ReplyDelete
  3. bebrbaloi untuk family gathering ini..cantiknya rumah..berbaloi dengan kemudahan yang ada dia kenakan kos RM1700.00

    ReplyDelete
  4. Woww. Cuti beramai ramai berbaloi ni. Cantik tempat dia

    ReplyDelete