The Result of My Full Medical Check Up

Minggu lepas kan aku ada buat full body screening check-up kat KPJ Ampang Puteri. Kiranya full medical check-up secara komprehensif. Boleh baca post tu kat sini - 'BUAT MEDICAL CHECK-UP 1 BADAN DI KPJ AMPANG PUTERI'.


http://www.dorsettpink.com/2021/01/medical-checkup-kpj-ampang-puteri.html

Wajiblah ambik gambar kan? Kalau tak bergambar, bukan blogger la.. 😅😅😅.

Jubah ni dibeli kat Bandung tahun 2012. Masih elok dipakai sehingga hari ini 😊.



Medical Check-up aku under pakej Platinum. Ada lebih dari 200++ pemeriksaan yang dibuat termasuk cancer detection.

Dari result yang aku dapat hari ini. Semua ujian menunjukkan result OK. Jantung OK, liver OK, Perut OK , Usus OK, semuaya OK lah. 

Kecuali 1 jer tak OK .

Errrmm.... Aku ada cyst. Ya Cyst. Aku ada cyst kat kidney dan kat Ovari sebelah kanan. 

Nasib baik buat check-up, kalau tak buat sampai kesudah tak tahu ada cyst.
So, next week aku kena jumpa Gynae. Jumpa Gynae mana-mana pun tak kisah. Tapi aku lebih prefer untuk jumpa Dr Zalina kat hospital yang sama, sebab selesa dengan dia. Dulu kan bersalin Leeya dengan Dr Zalina ni. 

Aku tak risau, sebab semua orang ada cyst, cuma cyst tu bahaya atau tidak. So, nanti Gynae boleh confirmkan samada bahaya atau tidak. 😊😊.
 

Comments

  1. Moga cepat sembuh, ya.. dni pernah ada cyst masa kandungan pertama.. pastu kecut sendiri. Lepas bersalinkan sulung, selang 3tahun cyst ada balik. Tapi dia kecut aendiri juga lepas tu. Dni banyak makan peria. Tak sure ada kaitan ke tak, sebab ada terbaca petua kecutkan cyst dengab peria. Kebetulan memang suka peria. Kerap lah duk buat kerabu, goreng celup tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Dini sudi share cerita Dini kat sini. Makan Peria ya? OK nanti saya beli dan masak peria, agar cyst ni hilang. Thanks again Dini

      Delete
  2. Alhamdulillah ok moga selamat semuanya tiada masalah

    ReplyDelete
  3. Alamak, MH pun dah kena pi buat medical check-up ni... apabila came across perkataan cyst tu, agak merisaukan juga tu... semoga DP okay-okay je ye... MH doakan agar segalanya dipermudahkanNya untuk DP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah terikan MH sudi doakan. Harapnya tak ada apa-apa.

      Delete
  4. Bagusnya cek smeua badan..memnag kene cek kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. at least kita boleh detect awal apa2 penyakit yang datang

      Delete
  5. In syaa Allah ok tu. Ai nak check up next week. Takutt.

    ReplyDelete
  6. Salam Puan,

    Maaf bertanya, yang harga premium package full body medical checkup tu dalam RM20,000.00 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Eh! Tak adalah semahal tu. Kalau premium rasanya dalam Rm 1k-2k jer. Cuba call KPJ Ampang Puteri tanya diaorang promosi terkini,sebab selalu jugak KPJ buat promotion.

      Delete

Post a Comment