Macam mana nak join IKRAM?

in , by dorsett pink, July 26, 2017
Ok, sebelum aku jawab soalan topik ni - Macam nak jadi ahli Ikram? Lebih baik aku terangkan dulu apa itu IKRAM? kat ENTRI SEBELUM ni aku dah bagitau apa yang dimaksudkan dengan Ikram. Takpe, kali ni aku explain detail sikit pasal IKRAM. 

 Website IKRAM - www.ikram.org.my

Ok, Ikram ni ialah sebuah Pertubuhan NGO yang bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah islamiah dan membangunankan islam dari sudut fizikal, sosial dan rohani di negara ni.  Ianya merupakan pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. Ikram ni merupakan NGO Islam yang terbesar kat Malaysia pada masa ini.  Setiap negeri ada pertubuhan   Ikram ni.  Pastu pulak, ikram ni dibahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil.  

Boleh dikatakan kebanyakkan ulamak-ulamak di Malaysia ni adalah merupakan ahli Ikram.  Bukan saja ulamak, malah ikram turut dianggotai oleh ramai profesional dan pelajar seperti doktor, arkitek, lawyer,  engineer,  cikgu, nurse, pilot dan segala macam orang la.  Suri rumah pun ramai yang join Ikram.  

So, ikram ni ada kumpulan-kumpulan kecil untuk manage aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan tersebut. Contoh macam ada kumpulan 'Wanita Ikram', 'Hidayah Centre Foundation', 'MyCARE', 'IKRAM-MUSLEH' dan macam-macam lagi. 


Contohnya, Ikram-Msleh, bertanggungjawab untuk membangunkan menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan sistem pendidikan Islam, contohnya macam membangunkan sekolah-sekolah Islam, membangunkan kolej dan universiti Islam. Antara institusi pemdidikan dibawah kendalian IKRAM_MUSLEH ni ialah macam Sekolah Islam Al-Amin, Pusat Pendidikan Hira', Pusat Pendidikan Al-Itqan dan banyak lagi.


Hidayah  Centre Foundation bertanggungjawab untuk mengendalikan program-program yang berkaitan dengan dakwah Islamiah kepada orang bukan Islam termasuklah untuk para mualaf. Kalau ada orang bukan Islam nak masuk Islam, Hidayah Centre ni lah yang uruskan.

Macam MyCARE pulak bertanggungjawab untuk membantu umat Islam dinegara-negara tertentu macam di Palestin, di Syria, di Iraq, di Nusantara. MyCARE ni tebahagi pula kepada kumpulan-kumpulan kecik lagi, contoh macam Aqsa Syarif, I4Syria, Salam Iraq, Nusantara Cara. Jadinya, setiap satu kumpulan tu bertanggungjawab untuk membantu umat Islam di negara-negara tersebut. 

I-Bantu (Ikram Bantu) pulak berperanan untuk membantu umat Islam di Malaysia macam contoh bantu mangsa Bencana Banjir, bantu pelajar-pelajar Islam yang susah, bantu mangsa-mangsa tanah runtuh dan sebagainya. 

Ok, so macam mana nak join IKRAM? Sesiapa pun boleh join IKRAM. Nanti boleh join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Usrah pun ada.

Pergi je ke website IKRAM - www.ikram.org.my , boleh register untuk join IKRAM secara online.

Klik kat 'Keahlian' , then klik pada 'Permohonan Keahlian Online'. Senang Kan?? Ada bayaran keahlian tapi tak banyak lah.

Jadinya, kalau duit kita yang kita sumbangkan pada IKRAM, confirm duit yang disumbangkan tu akan digunakan untuk jalan Islam. InshaAllah, ia saham kita untuk Akhirat nanti. Macam pembangunan sekolah dan hospital tu semua, semua dibuat menggunakan duit yang orang-ramai dan ahli IKRAM sumbangkan. Semoga usaha kita yang sedikit hari ini, akan menambahkan saham kita untuk masuk ke syurga Allah kelak.

P/S : IKRAM bukan pertubuhan POLITIK. So, sesiapa je dialu-alukan join IKRAM .

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. nice info Kak DP.. dulu masa uni ada diperkenalkan dengan IKRAM. tak pasti da pernah register ke tak. tapi dulu tak pernah join apa2 aktiviti..

    ReplyDelete
  2. Wah boleh join secara online. Sangat mudah. Bagus IKRAM ni.

    ReplyDelete
  3. baru tahu boleh join IKRAM. senang plak tu boleh daftar online je. tq for the info.

    ReplyDelete
  4. dulu mase tadika, kite tadika ikram.. tapi sekarang dah name lain dah

    ReplyDelete
  5. Macam best ajer....hihi...nanti ada ruang boleh la join aktiviti dia sekali =)

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya, kalau join program ikram/kem ke, ada bayaran ke dikenakan jika saya mendaftar sebagai ahli ikram.

    ReplyDelete
  7. saya nak tanya, kalau join program ikram/kem ke, ada bayaran ke dikenakan jika saya mendaftar sebagai ahli ikram.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE