Ulang Tahun Kelab Blogger ben Ashaari Yang Ke-10

in , , by dorsett pink, January 28, 2020
Ahad minggu lepas (19 Januari 2020), aku joined gathering Kelab Blogger Ben Ashaari - KBBA , kat McDonald Putrajaya sempena Ulang Tahun KBBA Yang ke-10. WOW! Dah 10 tahun dah usia kelab ni. Pejam-celik-pejam-celik, cepat jer masa berlalu.

Aku baru jer joined kelab ni masa tahun 2017. Baru 3 tahun aku jadi member kelab ni. Kiranya newbie lagi lah. Tapi banyak benda aku dapat belajar dari kelab ni, especially tentang dunia blogging. Banyak ilmu yang dikongsi dalam kelab ni, bukan hanya terbatas tentang ilmu blogging semata-mata tapi termasuk jugak tentang ilmu kehidupan dan ilmu akhirat. Best lah dapat belajar banyak benda.

Dan best jugak dapat berkenalan dengan kawan-kawan blogger yang lain. Ramai blogger yang baru kenal sejak jadi member kelab ni. Al-maklumlah aku kan blogger picisan, manalah kenal orang sangat, dan orang pun tak kenal aku. Tapi sejak masuk kelab ni, aku dapat ramai kawan baru. 

Aku pakai baju putih , dua dari kiri (tengah dukung Leeya. hehe)..









Terima kasih McDonald sebab sudi taja gathering ni. Makanan McD memang best-best semuanya.. Dan terima kasih tak terhingga untuk founder a.k.a blogger otai Ben Ashaari yang menjemput aku join group ni. Terima kasih juga buat team members blogger-blogger yang awesome dari KBBA. 
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. semoga makin maju jaya..
    seronok ada kawan2 buat bakar semangat nak sama2 berjaya..
    share positivity =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah moga KBBA terus melangkah lebih jauh.Aamiin.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE