Sebelum ni aku tak pernah ambil tahu pun pasal Zakat Perniagaan, macam mana cara nak bayar dan bila nak bayar, berapa nak bayar zakat - semua tu aku tak tahu. 

Sampailah tahun lepas bilamana aku dah buka syarikat aku sendiri (syarikat 'enterprise' jer), then kelam-kabut aku duk mencari info pasal ZAKAT PERNIAGAAN ni dan MACAM MANA CARA NAK BAYAR ZAKAT ni. Sebab aku nak barakah dalam hidup, aku nak perniagaan yang aku buat tu berkat dan dirahmati Allah sentiasa. 

Apa guna perniagaan maju, dapat pulangan berjuta-juta tapi hidup tak berkat. Bila hidup tak berkat, dunia tak tenang, akhirat pun tak selamat. 



So guys, korang yang berniaga ni, walaupun hanya berniaga kecil-kecilan jer, hatta menjadi dropship, atau agen sekalipun, wajib kita keluarkan zakat bila dah cukup haul dan cukup nisab. 

So, masa Ramadhan hari tu, aku pun pergilah ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) kat Masjid UPM. Aku tanya habis-habis kat situ. Bila dapat penerangan dari Pegawai yang bertauliah, aku rasa puas hati sangat sebab info yang diberikan sangat-sangat jelas. 

Antara info yang diberikan ialah : 

1. Apa syarat wajib untuk keluarkan Zakat Perniagaan ?

Jawapan - Perniagaan kepunyaan Orang Islam, berniaga atau menjalankan perniagaan yang halal, hatta perniagaan dari sektor perikanan, makanan, pertanian dan penternakan sekalipun. Semuanya kena ZAKAT bila cukup HAUL dan cukup NISAB. 

Perniagaan HALAL - maksudnya barang/produk/perkhidmatan syarikat kita tu mestilah halal, dan tak bercampur dengan unsur-unsur haram seperti ada unsur arak, judi, riba dan sebagainya. Kalau ada unsur-unsur HARAM, ia tak diwajibkan berzakat. 


2. Cukup Nisab tu apa? 

Jawapan - Cukup nisab tu ialah cukup nilai atau cukup duit untuk bayar zakat. Cukup duit tu dikira dengan nilai '85 gram emas semasa'. Contohnya, harga emas semasa sekarang ialah RM 244.85 segram (contoh sahaja ya). So, RM 244.85 kita darab lah dengan 85, so jadinya ialah RM 20,812.25. 

So, kalau syarikat kita ada duit lebihan sebanyak RM 20,812.25, syarikat kita tu dah wajib keluarkan zakat. Senang kan nak kira? 


3. Cukup Haul tu apa?

Jawapan - Cukup haul tu ialah cukup tempoh atau cukup masa. Maksudnya 'tempoh/masa' yang digunapakai untuk membayar zakat ialah tempoh 1 tahun. Nak senang cerita, setiap tahun pada tarikh yang sama , kita set kan masa untuk bayar zakat. Contohnya, kalau kita nak bayar zakat pada 1 Ramadhan. So, tahun depan 1 Ramadhan, kita pergi Lembaga Zakat untuk bayar juga. 

Tapi andaikata kalau dalam temmpoh 1 tahun tu 'duit syarikat' kita tak ada / tak cukup RM 20,812.25 tu, maksudnya kita tak perlulah nak bayar zakat untuk tahun tu. 

Jelaskan jawapannya ? 😊.

Macam mana nak bayar zakat perniagaan? 

Senang jer nak bayar zakta sekarang, dah tak perlu lagi nak pergi ke Kaunter Zakat atau Pejabat Zakat. Kalau ada smart phone, kat hujung jari jer dah boleh bayar zakat. 


Untuk info lanjut, boleh tengok kat website ni : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-perniagaan/

Program "Jom Tunai Zakat Menang & Kongsi"

Bila dah tahu kewajipan bayar zakat ni, jom kita sama-sama rancakkan ekonomi umat Islam dengan BERZAKAT. At least kita boleh tolong Orang Islam yang miskin dan susah. 

Sambil-sambil nak bayar zakat tu, apa kata kita join program  ni - " Jom Tunai Zakat Menang & Kongsi".


Untuk info detail, boleh klik link ni boleh klik ni   - http://my2point5.zakatselangor.com.my/


Untuk info lanjut pasal program ni, boleh tengok kat website ni -  https://www.zakatselangor.com.my/kempenmenangdankongsi/


Lagi banyak kita berzakat, lagi banyak Allah akan bagi pada kita. Zakat tu ialah umpama umpan untuk perniagaan kita makin maju dan berjaya. So, janganlah kita kedekut untuk berzakat, sebab tak rugi pun kita keluarkan zakat banyak-banyak, sebab akhirnya kita juga yang akan mendapat untung dan barakah. 

Untuk info lanjut lagi pasal zakat ni, korang boleh tengok media sosial Lembaga Zakat Selangor : 

SHARE 5 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE