Penangan Booster Dos Penggalak Pfizer

in , by dorsett pink, December 24, 2021

Sorry seminggu tak update sebab terkesan melihat sahabat-sahabat yang ditimpa musibah banjir. 

So, hari ni aku nak share cerita pasal - Kesan Sampingan Booster Dos Penggalak Pfizer.

Hari Rabu hari tu aku dapat 'booster', atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai ' Dos Penggalak'. Aku dapat Pfizer, sebab vaksin hari tu aku ambil SINOVAC. 


Ada keluar notifikasi kat MySejahtera. 

So Hari Rabu hari tu 22 Disember 2021, aku pun pergilah ke klinik yang telah ditetapkan untuk inject booster. 

Masa pergi klinik tu, aku standby panadol dalam handbag aku, ingat nak terus makan lepas jab. Tapi tak makan-makan pun. hahhaha.

Sebab aku risau sebenarnya nak ambik Pfizer, sebab dengar ramai yang cakap kesan sampingannya agak teruk kalau nak compare dengan Vaksin Sinovac, sebab tu aku ambik sinovac dulu. Sebab aku ni penakut yang amat.

Kesan Sampingan BOOSTER : 

Hari pertama: Lengan tempat cucuk tu lenguh-lenguh jer seharian. 

Hari kedua : Lengan rasa sakit, lengh dan badan aku letih giler walaupun seharian tu tak buat kerja-kerja berat pun. Penat dia tu rasa macam baru balik hiking.  Seharian aku rasa macam tu sampai tidur malam. 

Hari ketiga : Dah tak penat, lengan rasa lenguh sikit jer, dah banyak kurang dari hari-hari sebelum tu. 


Hari ni kiranya hari ketiga lah aku dapatkan booster ni. Esok lusa aku tak tahu kesan dia macam mana, so nanti kita tengok jer lah. Aku harap semuanya baik-baik dan aku tak demam. 

Ni muka lepas kena jab hari tu. Muka ada senyum , tak sakit. 😄

SHARE 11 comments

Add your comment

  1. kita hari ketiga hari nii...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. PH 1st &2nd day sama dgn DP tapi 3rd day demam :(
    Tapi masuk hari ke-4 everything went back to normal alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Akan ada lagi kah booster seterusnya.. tunggu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah dapat booster moga selamat semua

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE