Drama Sayap Bagimu Terbitan AEON Lakonan Alif Satar & Siti Nordiana. 

Hari Khamis lepas, 12 Oktober 2022 aku berkesemptan untuk menghadiri Pelancaran Drama SAYAP BAGIMU Terbitan AEON (M) Berhad di TGV AEON AU 2, Setiawangsa, Kuala Lumpur. 

Drama 13 episod ni adalah lakonan mantap pelakon-pelakon hebat Malaysia iaitu Alif Satar, Siti Nordiana, Eizlan Yusof, Izzue Islam, Intan Ladyana, Vince Chong dan ramai lagi. 

Drama ni akan bersiaran di Youtube Saluran AEON Malaysia setiap Hari Khamis, Jam 6 petang. Tapi korang boleh tengok bila-bila masa jer sebab ada jer kat Youtube tu. 

https://www.budiey.com/aeon-lancar-drama-bersiri-sayap-bagimu-sempena-ulang-tahun-ke-38/
Ini dia tulang belakang  Drama Sayap Bagimu

https://www.miszrockers.com/2022/10/sayap-bagimu-drama-bersiri-pertama-aeon.html
Barisan pelakon beserta orang kuat dibelakang tabir Drama Sayap Bagimu

https://www.femagonline.com/2022/10/aeon-sayap-bagimu.html
Alif Satar dan Bandnya The Locos performed live hari tu. Tu lah first time aku tengok Alif Satar menyanyi live depan mata aku. 

https://www.myinfotaip.com/2021/06/drama-sayap-bagimu-tv3.html
Korang pun boleh baca artikel pasal Drama Sayap Bagimu ni kat sini : https://www.budiey.com/aeon-lancar-drama-bersiri-sayap-bagimu-sempena-ulang-tahun-ke-38/



Alif Satar nyanyi 2 lagu hari tu. Suara dia nyanyi live dengan dalam radio sama sebijik. 



Ini masa Pelancaran Drama Sayap Bagimu hari tu, Managing Director AEON Malaysia , Mr. Keiji Ono bagi ucapan aluan.

DRAMA SAYAP BAGIMU 

Drama ni diterbitkan bersempena dengan Ulang Tahun AEON Malaysia yang ke 38. Kali pertama AEON bertapak di Malaysia ialah pada tahun 1984 di Kompleks Daya Bumi, Kuala Lumpur dengan nama asalnya Jaya Jusco (JJ). 

Sehingga ke hari ini, AEON masih lagi menjadi pasaraya Nombor 1 di hati Rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Pihak AEON, namun mereka masih bertahan di Bumi Malaysia ni sehingga ke hari ini. 

Dan antara cabaran yang sangat hebat yang terpaksa AEON hadap ialah cabaran PKP masa musim pandemik Covid-19 tahun 2020 & 2021 hari tu, di mana rakyat Malaysia tak dibenarkan keluar dari rumah dan stok-stok barang pun tak dibenarkan masuk ke pasaraya dek kerana sekatan PKP. 

Namun, walaupun sangat sulot dan sangat sakit untuk mendapatkan pelanggan masa Musim PKP tu, Rakyat malaysia tetap memilih AEON untuk membeli-belah dan ketika itulah AEON memperkenalkan perkhidmatan dalam talian (AEON Online Store) untuk terus menawarkan services pada jutaan Rakyat Malaysia yang tak boleh keluar rumah. 

So, sebagai tanda ucapan terima kasih dari pihak AEON (M) Berhad kepada seluruh Rakyat Malaysia, AEON membawakan Drama Sayap Bagimu ni untuk santapan Rakyat Malaysia sekalian. Yang mana drama ni telah di 'shooting' sejak masa Musim pandemik Covid-19 lagi iaitu pada Oktober 2020. 


Drama Sayap Bagimu 13 episod ni mengisahkan tentang Warga AEON berdepan dengan situasi Covid 19 yang sangat sukar. Dengan sekatan MCO dan kes Covid yang sangat tinggi masa tu, staff-staff AEON ni tetap kena bekerja macam biasa samaada bekerja terus di pejabat atau bekerja dari rumah. 

Drama yang dibintangi oleh Alif Satar ini membawakan watak Alif Satar sebagai CDO - Chief Digital Officer yang merupakan seorang yang sangat INTROVERT, sangat pemalu nak bercakap dengan orang. Tapi dia sangat hebat bila bekerja dengan komputer. So, tugas dia kat AEON tu ialah mencipta idea-idea bernas untuk "mendigitalkan' Pasaraya AEON. 

Dan dalam masa yang sama, orang Introvert macam tu boleh jatuh cinta dengan Kak Siti - Siti Nordiana. Tapi sebabkan malu, dia pun malu lah nak mengorat Kak Siti tu. 

Last sekali jadi macam mana hubungan Alif dan Kak Siti??? Itu korang kena tengok sendiri kat Youtube. Ini link nya : https://youtu.be/TWSxKS6-twg



Gambar-gambar ni semua, saya snap guna Handphone Poco X3 NFC. Memang cantik sangat kamera nya, untuk kamera versi Android dan harga yang berpatutan, bukan harga T20 la.  Kalau nak beli boleh beli kat Shopee, ini link nya : https://invle.co/clen9mx


Ini gambar-gambar di sepanjang sidang media berlangsung





Hari tu jugak, aku dapat jumpa blogger famous Nadia Johariwww.miszrockers.com


Korang pun boleh baca artikel yang Nadia Johari tulis ni pasal Drama Sayap bagimu kat sini : https://www.miszrockers.com/2022/10/sayap-bagimu-drama-bersiri-pertama-aeon.html

Antara drama lain yang pernah aku review kat blog ini ialah Drama KOREA 'Familiar Wife', korang boleh baca kat sini : https://www.dorsettpink.com/2020/08/fall-in-love-with-familiar-wife.html


By the way, Korang jangan lupa tengok tau Drama Sayap Bagimu ni. Best!. Tengok jer kat Youtube. Ini link nya : https://youtu.be/TWSxKS6-twg

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE