Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu pergi, sekarang tiba masanya nak sambut Hari Raya Aidiladha pulak. Jemaah-jemaah haji adalah orang yang paling excited sebab dapat menjadi tetamu Allah tahun ini.  

Aku punya giliran tahun 2052. errrmmm..Lambat lagi tu. Semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan dan rezeki lagi murah supaya dapat pergi haji lagi awal. Inshaallah. Amiiiin. 

Sempena nak Raya Haji ni, sebagai orang Islam kita pastinya tak sabar nak buat Ibadah Qurban kan. Itulah salah satu ibadah Sunat Muakad yang sangat dituntut oleh Islam masa Hari Raya Aidiladha nanti.

So, apa kata tahun ni kita buat Ibadah Qurban kat Tanah Suci Mekah pulak. 

https://www.ezqurban.org/

“Tak pergi haji boleh ke buat qurban kat sana?” 

Jawapannya ialah “Boleh”. Walaupun kita tak pergi haji, tapi kita buat qurban secara online. Buatlah dengan Team UTS – Umrah Untuk Semua. Team UTS ada menguruskan Qurban di Tanah Suci Mekah.



Buat Ibadah Qurban dengan Team UTS InshaAllah boleh dipercayai. Eam UTS telah melaksanakan ibadah Qurban di Tanah Suci ni dah 8 tahun. Saban  tahun, Pihak UTS berjaya qurban 4,000 – 5,000 ekor kambing. Manakala untuk Ibadah Aqiqah pula, mereka mempunyai kapasiti untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 150 – 300 ekor sehari. 

InshaAllah. Qurban dengan UTS adalah diyakini dan diiktiraf serta legit, iaitu boleh dipercayai. Bukannya scammer tau. 


Kenapa Perlu Buat Qurban dengan Team UTS ? 

UTS Trading Enteprise telah berpengalaman selama 8 tahun dalam melaksanakan Ibadah Qurban di Tanah Suci Mekah. Kenapa dengan Team UTS : 

- Sebab Team UTS bagi harga paling murah dipasaran Malaysia
- Sebab Team UTS Paling dipercayai dan berpengalaman
- Sebab Team UTS menyediakan servis yang pantas dan cekap
- Pihak UTS akan uruskan ibadah qurban anda dari A to Z. 
- Sijil Digital pelaksanaan akan diberi beserta gambar dan video Proses Qurban

BOLEH niat sedekah ibadah Qurban untuk:
- Arwah
- Keluarga yang masih hidup
- Diri sendiri


Ini ialah gambar-gambar dan video-video ni ialah bukti ibadah Qurban dibuat oleh pihak UTS: 









Kemanakah perginya daging qurban di Tanah Suci yang sangat banyak?

“Saudi kan dah kaya-raya, buat apa kita nak buat qurban kat sana lagi” .

“Dah ramai sangat orang buat qorban kat Mekah, nanti membazir pulak kalau kita pun buat qurban kat sana, penduduk Mekah tak ramai pun”.

Ini ialah antara kata-kata dari netizen yang mempersoakan tentang Ibadah Qurban di Tanah Suci Mekah.  

Ok guys, sebenarnya bila kita buat Qurban kat Mekah, daging yang diqurban tu bukan untuk dinikmati oleh Rakyat Arab Saudi semata-mata, tetapi ianya dihantar ke negara-negara miskin yang lain yang mempunyai Penganut Agama Islam. Jadi, sempena Hari Raya Aidiladha ni, dapatlah jugak diaorang merasa nak makan daging sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. 

Antara negara-negara yang terpilih untuk mndapatkan daging qurban dari Tanah Suci Mekah ialah : Azerbaijan, Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros,  Djibouti, Gambia, Ghana, Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan, Liberia, Mali, Mauritania, Mozambique, Nigeria, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria, Tanzania.

Sebelum dagug qurban ini dihantar ke negara berkenaan, ia akan dibekukan terlebih dahulu untuk memastikan daging qurban tidak rosak dan selamat dimakan bila tiba di negara-negara tersebut. 


Harga Buat Ibadah Qurban Bersama Team UTS

RM400-500 seekor untuk seekor kambing. Kambing di Mekah murah jer sebab kambing merupakan sumber protein utama bagi masyarakat Arab di sana. 

Pihak UTS memilih kambing jenis Harri – kerana ia sempurna mengikut syarak iaitu kambing cukup umur, cukup sifat, sihat dan berat kambing yang melepasi syarat. 

Bila kita buat qurban dengan UTS, ada akad jual-beli dan nanti kita akan dapat resit. 


Kalau nak buat Qurban di Tanah Suci, nak bayar secara ansuran pun boleh.

Boleh Ke Nak Buat Aqiqah di Tanah Suci Juga?

Jawapannya ialah BOLEH. 

Pihak UTS juga ada juga ada menguruskan aqiqah kat Tanah Suci. Biasanya untuk aqiqah mereka sembelih 150 – 300 ekor kambing sehari. Tapi, ibadah aqiqah ni tidak qajib dilaksankan pada Hari Tasyrik, iaitu 10,11, 12, dan 13 Zulhijjah sahaja. Jadi ia boleh dilakukan pada bila-bila masa saja. 


Cara Nak Buat Qurban Secara Online?

Senang jer nak buat qurban di Tanah Suci Mekah secara online. Hanya perlu Daftar Qurban melalui pautan ini : https://tanahsuci.onpay.my/order/form/q2blp dan disitu boleh pilih terus pakej qurban yang kita berminat.


Atau, untuk lebih info berkenaan dengan daftar Qurban di Tanah Suci bersama Pihak UTS, boleh klik pautan ni : https://utsqurban.com/

Jom guys, sama-sma kita membantu Umat Islam yang miskin. 

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. hampir dah dengan raya qurban, semoga dipermudahkanNya dalam urusan ibadah qurban mencari redha Allah swt.. aamiin

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE