Baby Leesa Terkena  (Infections) Jangkitan Kuman di Telinga.

 
Jumaat. 8 Disember 2023. 

Leesa baru jer menginjak usia 10 bulan 2 Disember 2023 hari tu.Tapi sejak akhir bulan lepas lagi, dia terkena jangkitan kuman (infection) kat dalam telinga dia. 

Nanah tak berhenti-henti mengalir keluar di kedua-dua belah telingga. 

Di awal jangkitan, dia asyik menangis jer, tak dapat tidur malam. Kami suami-isteri langsung tak syak di menangis sebab 'sakit telinga'. Kami ingat dia menangis sebab nak kan perhatian. 

jangkitan kuman pada baby
Walaupun Leesa meragam dan menangis,tapi dia tetap aktif macam biasa. Mummy yang penat nak jaga dia. 


So, jadinya, dia tak lena tidur malam-malam, dan dengan mummy dan daddy sekali tak dapat tidur sebab kena jaga dia. 

Kami tak terus bawa jumpa doktor sebab ingatkan yang nanah tu akan kering dengan cepat. 

Tapi dah seminggu berlalu, tetap ada nanah dan Leesa pulak dah tak menangis dan tak meragam. 

Lepas tu, baru bawa dia jumpa Pakar Kanak-Kana (Pediatrician) sebab kebetulan nak kena jab Vaksin wajib umur 9 bulan. Masa jumpa dengan Paed tu la, bagitau kat doktor pasal telinga dia. 

Dan hasil pemerhatian doktor cakap yang telinga dia terkena jangkitan kuman, di dua-dua belah telinga. Jangkita kuman tu kat dalam telinga, dekat dengan gegendang telinga. Dan punca jangkitan kuman tu ialah sebab selsema, iaitu jangkitan melalui udara. Dan doktor bagitau yang masa dia terkena jangkitan tu, sebenarnya dia sakit. 

Oooooooo... patutlah masa minggu lepas Leesa duk asyik menangis dan meragam jer, walaupun tak demam

Memang masa tu Leesa selsema. Hidung dia asyik berhingus jer. Tapi Leesa tak demam ok. 

Dan Paed bagi Leesa ubat antibiotik untuk dimakan selama seminggu. 

Doktor cakap, kalau tak sembuh juga (nanah tak kering), kena jumpa Pakar ENT (Ear , Nose, Throat Speacialist). 

Akhirnya, selepas ubat antibiotik dah habis, telinga Leesa masih bernanah. Dan jugak berbau. Sebelum ni juga berbau busuk. So, kami pun bawaklah Leesa jumpa dengan Pakar ENT, di Hospital Annur Bandar Baru Bangi, berjumpa dengan Doktor Azlan Iskandar. Sebab hanya doktor ni sahaja yang bertugas di malam hari. Siang-siang daddy Leesa tak ada - kerja. 

Doktor masukkan kamera kat dalam telinga dan nampak memang banyak nanah, lepas tu doktor sedut nanah tu. 

Dan doktor bagi ubat antibiotik - minum dan ear drop (kena masukkan kat dalam telinga). 

Doktor cakap, nanti nanah tu akan kering dan jumpa doktor lagi 2 minggu akan datang (13 Disember), kalau dah kering tak perlu dah jumpa doktor lagi. 

But, unfortunately, Isnin hari tu (4hb Disember 2023), Leesa demam panas dan hingus tak berhenti-henti keluar. Ubat antibiotik dah habis. Mummy risau sangat-sangat. 

Lalu, tanpa menunggu sehingga 13 Disember, aku terus ke hospital dan jumpa Dr Azlan tanpa en.suami bersama. Sebab En.suami outstation atas urusan kerja ke Negara Matahari Terbit - Jepun ketika ini. 

Aku bagitau doktor yang Leesa demam, dan aku risau sangat. 

Hasil pemerhatian doktor, nanah di telinga Leesa dah kering di sebelah kanan, cuma di belah kiri masih lagi bernanah macam biasa. 

Jadinya, doktor bagi 3 ubat ni :

Inilah ubat-ubat yang diberikan untuk Leesa. Ubat Iliadin tu untuk bayi yang selsema. Ubat tu hanya doktor yang boleh bagi, dan ubat tu kita kena spray masuk ke dalam hidung, 1 kali sehari jer. 

Ubat'Effexin' tu ialah antibiotik yang kena masukan terus ke dalam telinga, hanya pakai seminggu sahaja, selagi ada nanah. Jika nanah dah kering, tak perlu dah pakai ubat ni. 

Kos untuk 3 ubat ni ialah lebih kurang RM 100. 



Ini ubat antibiotik oral (minum), yang kena bancuh terlebih dahulu menggunakan air masak dan disimpan di dalam peti ais. Kena minum ni 2 kali sehari. 

Inilah doktor Pakar ENT yang aku jumpa. Dr Azlan ni juga bertugas di Hospital Pengajar UPM. Kos consultation untuk jumpa Dr Azlan ni, buat pertama kali di Hospital Annur ialah RM 250, kali ke-2 berjumpa dan seterusnya ialah RM 110. 

Hari ini, Jumaat 8 Disember 2023, nampak Leesa makin bertambah sihat dan nanah kat telinga dia pun dah makin berkurang. 

Se;ain tu,aku juga ada gunakan Essential Oil Young Living - Perisa Lemon, untuk tingkatkan imune system Leesa. 

By the way, untuk pengetahuan koramg, masa Leesa demam hari tu, aku juga berjangkit demam dan selsema dari dia. Dan hari ni baru aku OK sikit. 

Korang jaga diri baik-baik k. Thank you sebab sudi membaca artikel ni sampai habis. 

Mungkin ada yang nak tahu, aku jumpa ENT ni guna panel / takaful / sendirian, jadi aku bagitau kat sini, yang aku tak guna mana-mana panel, dan bayar sendiri. 


BACA NI JUGA : 

'CARA MASAK PASTA YANG PALING SENANG UNTUK BAYI 8 BULAN'

 

'Jangkitan kuman di paru paru bayi'

'Elak Anak Mudah Sakit, Buat 5 Cara Ini Untuk Tingkatkan Imun Mereka!'

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE