Ajar Anak-Anak Beriktikaf di Bulan Ramadhan. 

22 Mac 2024 hari tu, aku bawak anak-anak bermalam di masjid, a.k.a ber-iktikaf di masjid. 

Objektifnya ialah aku nak ajar anak-anak aku akan ibadah yang satu ni. Hopefully, bila diaorang dah biasa iktikaf kat masjid sejak kecil lagi, nanti bila diaorang besar, dah jadi dewasa, diaorang dah biasa ber-iktikaf masa Bulan Ramadhan.

Aku dulu masa bujang, selalulah iktikaf kat masjid masa 10 malam terakhir Ramadhan tu. 

Tapi sejak aku berkahwin , aku dah tak lagi iktikaf kat masjid. Sebabnya bila kahwin, aku pregnant. Aku bila setiap kali pregnant, aku akan alami alahan yang sangat-sangat teruk, sampai nak bangun pun tak boleh. 

So, bila pregnant, better stay kat rumah jer. 

Bila dah bersalin pulak, anak masih kecil, so tak sesuai nak bawak anak-anak kecil tidur kat masjid. 

iktikaf bulan ramadhan

Sekarang ni, 2 orang anak aku dah besar. Leeya dah umur 6 tahun, dah boleh uruskan diri sendiri. Walaupun aku ada baby kecil, but bolehlah nak bawak diaorang iktikaf kat masjid masa Ramadhan. Sebab 2 orang anak yang tua dah boleh tolong jaga baby, sementara aku bersolat. 

Tahun lepas aku baru lepas bersalin Baby Leesa. Baru lepas pantang, so memang aku tak kuat nak ber-iktikaf. 

Dan tahun ni, baru kami ada rezeki dan peluang untuk ber-iktikaf. 

Kakak FL dan Leeya la excited. Kebetulan, classmate Kakak FL pun join sekali, so bestlah ada kawan. Diaorang dah lama dah nak tidur masjid. 

iktikaf
Ini family aku dan family Dr Wardah (Ibu kepada classmate kakak FL). Kami tidur sama-sama. 


iktikaf
Kami memilih masjid Al-Umm, di Bandar Baru Bangi.
Masjid ni selesa, mesra kanak-kanak, ada playground, dan ada disediakan bilik / ruang khas untuk para jemaah wanita tidur masa Bulan Ramadhan. 

Kat masjid ni, bukan je boleh iktikaf masa malam 10 terakhir Ramadhan, tapi sejak 1 Ramadhan lagi dah boleh iktikaf.

iktikaf
Ini ruang solat wanita di Masjid Al-Umm, Bangi

iktikafLeesa dengan caranya

iktikaf
Cantik masjid ni


iktikaf

iktikaf

iktikaf

iktikaf
Seronok Leesa

iktikaf
Ini barang keperluan yang aku bawa untuk aku dan anak-anak. 

iktikaf
Aku ada bawak toto sekali untuk alas tidur tapi tak ada dalam gambar




Barang Keperluan Untuk Beriktikaf : 

- Bantal
- Selimut / sleeping bag
- Alas Tidur (Toto / Comforter)
- Tuala
- Telekung (Untuk solat)
- Al-Quran (Untuk baca)
- Toiletories
- Air kosong (Untuk minum)
- Charger handphone
- Aktiviti untuk anak-anak
- Tudung sarung (Senang nak pergi toilet pakai tudung sarung jer)
- Jaket (Sebab kat masjid sejuk sangat)
- Makanan untuk sahur (Takut masjid tak cukup makanan).

***********************
Bagi aku, elok didik anak-anak dari kecil untuk cintakan masjid. Nanti bila diaorang dah besar, diaorang dah jadi terbiasa dengan masjid dan tak segan-segan nak pergi masjid. Supaya agar anak-anak kita menjadikan Rumah Allah ini sebagai 'tempat lepak' diaorang bila besar nanti. InshaAllah. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE