Cuti sekolah hari tu, aku bawa anak-anak pergi tengok movie cerita The Little Mermaid di PlayPlus Hall, GSC Cinema di IOI City Mall East Wing, Putrajaya. PlayPlus Hall ni ialah kids-friendly hall ataupun family-friendly hall di Golden Screen Cinema.
PlayPlus Hall ni sangat mesra kanak-kanak, yang dilengkapi dengan playground. Di GSC IOI East Wing ni, PlayPlus Hall dia ada 2 - 1 di dalam hall dan 1 lagi di luar hall. Hanya yang membeli tiket 'PlayPlus Ticket' sahaja yang dibenarkan untuk bermain playground ni.