Aku selalu dapat soalan : "FL buat apa kat umah, apa aktiviti die?"
So, ni aku nak share salah satu aktiviti FL kat umah. Ada banyak lagi aktiviti lain, tapi ni salah satu yang aku share kali ni. Nanti yang lain2 tu, aku share lain kali.
Bende yang paling senang aku rasa ialah bagi anak-anak main colour-colour..
Senang, ambik jer colour pencil & kertas, bagi jer dieorang conteng. Lagipun, banyak giler buku colouring untuk budak-budak dijual kat kedai, kat pam minyak PETRONAS pun ada, kat 7-eleven pun ada. Beli jer, tak mahal pun..
Ni lah aktiviti die dikala 'masa lapang'.
Hari-hari lapang jer masa die..
Dalam banyak-banyak mainan & aktiviti, die paling suka main colour-colour and baca buku.
(kalau colour cantik-cantik tu, mummy la yang tolong colour kan).
Aku bagi FL guna Jumbo coloured pencil ni.
Sebab saiz die yang besar senang budak-budak nak belajar cara pegang pensil dengan betul..
Instead of pencil colour, aku jugak sediakan magic pen ni.
Yang ni aku beli kat Ikea, RM 10 satu kotak..
Saiz die pun besar, senang budak-budak nak pegang..
Ni colour book FL - spongebob. Nama buku ni 'Colouring Sticker Book'. Colour book ni aku beli kat Big Bad Wolf harga RM 8. Walaupun 8 henggit jer, tapi die tebal and siap ade banyak sticker spongebob lagi. So, jimat la. Mummy pun boleh guna sticker tu jugak untuk decorate planner mummy. So, selain main colour-colour, FL pun main tampal-tampal stiker spongebob tu
Ni sticker nye... ada banyak lagi sticker-sticker dalam buku ni.
Ok, nanti entry lain, aku share aktiviti lain plak..
neway, thanks for reading ya!



















































