Baju Baru Untuk Planner Hobonichi 2017

in , by dorsett pink, March 12, 2017
Aku seorang yang sangat gilakan "planner" & "washi tape"...
And my favourite planner is Hobonichi, from Japan.. 
Aku ada cerita pasal planner aku tahun 2016 & 2017 sebelum ni..

Ini rupa original Planner Hobonichi Techno Cousin kesayangan aku.
(Sangatlah tak lawa kan?)

So, untuk nak bagi nampak meriah & cantik, aku customize cover untuk Mr.Hobo aku ni. Aku order kat kawan Planner Addicts yang buat bisness ambik tempahan buat cover planner, cover buku , cover wonderdori & cover traveller note book.
Korang search jer kat Insta , nama @linaann.xoxo . 

Design & kain kita pilih sendiri ikut citarasa masing-masing..
Dan inilah hasilnya...

 Inilah baju baru a.k.a cover untuk Mr.Hobo aku..
Aku mintak 2 slot pen untuk letak 2 batang pen..

 Aku mintak letak tali.. Senang nak tanda page mana-mana...

 Ini cover belah belakang, ada poket, boleh letak sticker or apa-apa..

Ini belah dalam, ada few pockets...

Ada poket berzip kat belakang. So letak stationary dalam ni...


Inilah kerja aku bila ada kelapangan masa - lepak kat Starbucks habiskan masa decorate Mr.Hobo.....hehe..

Btw, thank you for reading u oll...

Selamat berhujung minggu =))


Allah Maha Mengetahui

in , by dorsett pink, March 10, 2017
 Salam Jumaat yang penuh barakah =))

Gambar : Masjid Besi, Putrajaya

Allah swt itu Tuhan Yang Maha Mengetahui..  Dia tahu apa yang Benar & apa yang Batil...

Jadi, Berserah segalanya pada Nya nescaya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya......
Ini adalah info-info penting yang aku search sebelum pergi travel & semua info-info ni aku akan catatkan dalam my traveler notebook yang aku akan sediakan setiap kali pergi travel.



1. Keperluan Visa
Yang ini memang penting sekali. Takut nanti, kalau tak buat VISA tak dapat pulak masuk negara tu. So, lepas beli tiket flight tu,buat research negara tersebut perlukan Visa atau tak untuk Pemegang Passport Malaysia. Ada banyak negara yang tak perlukan Visa untuk masuk kesana, contoh macam Europe, Korea, Japan, New Zealand,& semua negara South East Asia. Tapi banyak jugak negara yang perlukan Visa, contoh macam Australia, USA, China, India dan banyak lagi.. Ada negara yang senang je nak buat (tak banyak songeh), tapi ada negara yang sangat susah & perlukan macam-macam dokumen , contoh macam Amerika.. So, better buat Visa ni awal-awal, takut proses tu dragging..


2. Cuaca / Weather
Ini penting untuk pastikan jenis pakaian yang peru dibawa ke sana. Kalau masa tu musim Winter so terpaksa la bawak banyak baju sejuk & thermal wear. But dont rely on the season itself. Sebab suhu di sesebuah tempat tak sama dengan tempat lain walaupun musim sama. Kena check berapa suhu/temperature tempat tu exactly. Sebab lagi sejuk tempat tu (sampai mencecah negative celcius) so perlu bawak extra clothing..

3. Waktu Solat
Yang ini penting untuk musafir yang beragama Islam sebab setiap tempat tu berlainan waktu solat kan.... (yang ini semua orang tahu).. Ada tempat , subuh masuk kul 4 pagi.. kalau korang pergi ke Kutub Utara / Kutub Selatan, - please refer to Ustaz for more confirmation. 



4. Halal Food
Kalau pergi negara Islam macam Turki or Jeddah , merata tempat ada makanan halal. So tak perlu susah-susah. Yang menjadi susah nya kalau pergi ke negara bukan Islam.. So, better sebelum depart, list kan dulu restoren-restoren Halal yang terdapat disana, kalau boleh catat sekali koordinat tempat tu. Nanti senang korang nak mencari, tak adalah sesat.

 Korang search jer kat Zabihah.Com - lengkap list kedai HALAL di serata dunia.


5.Lokasi Masjid
Yang ini tak berapa nak penting, sebab korang boleh solat je kat mana-mana. Tapi yang penting untuk tahu lokasi masjid ni ialah sebab kat sekitar masjid confirm ada restoren / kedai makan halal. Korang jalan jer sekitar masjid tu, confirm mesti jumpa. Tak pun, tanya je kat orang yang datang solat situ kat mana kedai Halal.

Ni Experience aku masa pergi Sydney, tak ada kedai halal kat area Masjid tu. Kebetulan ada sorang driver teksi ni datang solat situ dia pun bagitau kat mana restoren halal tapi macam susah jer nak jalan kaki dari masjid, so dia bawak kitaorang (aku & my hubby, masa tu tak ada anak lagi) naik kereta dia tanpa sesen pun bayaran pergi kedai halal tu. So tips ya, jangan malu jangan segan untuk bertanya, nanti sesat jalan. hehehe


Sekarang ni zaman teknologi, so confirm info ni semua dah ada dalam smart phone korang, just DOWNLOAD APPS je.. Tapi aku ni jenis old skool, nak gak tulis dalam buku baru rasa puas... Kot-kot nanti kat sana handphone aku habis bateri ker, terlupa nak bawak adapter ke etc..etc..  So ada la Plan B in case terjadi apa-apa.

P/S : Download sekali Apps Arah Kiblat. Senang nanti korang nak solat kat mana-mana. Aku dulu sebelum ada smart phone ni, bawak kompas pergi mana-mana.. ceeeettttt (memang sangat-sangat old skool).

Hopefully info ni dapat membantu sikit sebanyak korang yang nak gi travel... 

Last but not least, thank you for reading....

Hijau

in , , by dorsett pink, March 08, 2017
Asssalamualaikum wbt..

Aku ni jenis yang suka tengok tanah hijau. Rasa sejuk je mata memandang, rasa tenang je hati bila tengok canvas bumi yang menghijau. Terus mata jadi bersinar-sinar, rasa macam damai jer..

Kalau kat Malaysia, ada banyak sawah padi especially kat Kedah, kalau kat Aussie / New Zealand, boleh  tengok padang ragut... Asyik jer tengok biri-biri & lembu makan-makan...



http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/hijau.html

Hijau Bumi Melbourne..Tempat meraih rezeki bagi sang biri-biri...... 


Sebab tu aku suka dengar lagi HIJAU , nyanyian Zainal Abidin. Kalau terdengar kat koir or live band nyanyi lagu ni ,kalau boleh aku nak diaorang ulang lagi & lagi sampai aku penat.... hehhe... 

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa


Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari


Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang


Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau


Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat


Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama


Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh


Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo


Aku pun suka gak lagu Michael Jackson - Earth Song

What about sunrise?
What about rain?
What about all the things that you said
We were to gain?
What about killing fields?
Is there a time?
What about all the things
That you said were yours and mine?
Did you ever stop to notice
All the blood we've shed before?
Did you ever stop to notice
This crying Earth, these weeping shores?
Ah, ooh
Ah, ooh
What have we done to the world?
Look what we've done
What about all the peace
That you pledge your only son?
What about flowering fields?
Is there a time?
What about all the dreams
That you said was yours and mine?
Did you ever stop to notice
All the children dead from war?
Did you ever stop to notice
This crying earth, these weeping shores?
Ah, ooh
Ah, ooh
I used to dream
I used to glance beyond the stars
 

Note : Real happiness is when you can accept that life isn't always that happy and yet you still choose to smile and move on... =))

Thank you for reading guys.. 


Weaknesses Is A Test From Lord

in , , by dorsett pink, March 04, 2017
Tengah bosan - bosan... 
Then ambik handphone stalk IG.. 
Pastu terjumpa sharing ni dari IG Abby Abadi..



Such a kind of motivation 😊😊

Menikmati Kelazatan Coklat di DIP & DIP

in , by dorsett pink, March 04, 2017
Last night best friend aku ajak gi The Curve semata-mata nak bawak aku gi makan kat Dip & Dip...

At first, aku ingatkan Dip & Dip tu makan sekuang calit... Tapi dia kata Taaakkkk.. Dip&Dip tu ialah cafe yang serve food yang berasaskan coklat.. errrmmm.. Layankan je la..

Cafe ni ramai orang walaupun makanan dia hanyalah coklat... Best friend aku tu cakap coklat dia sangat sedap...

So kami pun order benda alah ni↓
Ini roti bersalut coklat & butter, topping ngan ais krim..
Roti dia tebal...Sedap sangat..
Harga dia Rm20 ..

Ini pulak lempeng jer, yang telah disaluti coklat yang sangaat melting... Harga ni RM 17..


http://www.dorsettpink.blogspot.com/

Makan ni memang terasa sangat coklat tu melting dalam mulut... Sedaap la bak hang... Tapi makan coklat banyak-banyak jadi cepat muak.. SO kena minum air kosong sebagai pemanis mulut... hehe..

Aku recommend la korang makan coklat kat sini. Sedaap.. Tapi Dip&Dip ni ada banyak cawangan, The Curve ni salah satu.. Kat Sunway Pyramid pun ada gak.. Korang gugel jer..

Itu jelah yang aku nak share..
Thank you for reading neway..

Selamat berhujung minggu u all... 


My confinement story with 2 Malay Confinement Lady (CL).
Korang gugel jer 'Confinement Lady', berlambak list yang keluar.

 ***********
 
Ni cerita pasal pengalaman berpantang aku masa beranakan FL 3 tahun lepas.. Lambat giler kooooo nak citer pasal bende alah ni.. Tu la kalau peram entri lama-lama dalam draft, last-last terus lupa nak update... huuuuhuuuu.. So, moral of the story, jangan tulis entri letak dalam draft, silalah publish terus wahai Cik DP oooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!

Ok, masa aku tengah sarat mengandungkan FL, en.suami cakap nak cari maid or someone untuk jaga aku masa dalam pantang. Maid Indon pun tak kisah janji dia boleh jaga aku waktu siang sementara dia pergi keja.. En.suami nak aku berpantang di rumah kami saja sebab dia nak jaga sendiri aku berpantang.

Malam-malam & weekend dia boleh jaga, siang je tak boleh Tak kan lah dia nak cuti 44 hari semata-mata nak jaga isteri kan - tak logiiiikk. Dan bertambah tak logik kalau ada meeting-meeting penting, especially yang melibatkan VIP, tak kan lah nak cancel meeting tu dengan alasan nak jaga isteri dalam pantang.. Walaupun keje sendiri pun, meeting tetap kena pergi. Kalau setakat 7 hari tu bolehlah cuti tapi kalau 44 hari, lingkup la syarikat. Kalau tak lingkup pun, sales / project tak banyak la masuk.

Jangan percaya dengan dialog-dialog drama, bila bos moody skit keluarla ayat 'cancel semua meeting saya hari ni!' .

Oh NO! Di dunia realiti tidak berlaku macam tu k.. Sesuka hati ko jer nak cancel meeting.. Even ko adalah BOSS sekali pun, u must respect your work. Time is money k.

So, lepas en.suami cakap pasal maid tu, aku terus google, search 'Confinement'. Sebab aku teringat yang kawan aku dulu (masa aku bujang) dia pernah cakap ada servis / company yang menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu-ibu dalam pantang.

Bila search tu, berlambak giler list Confinement Lady (CL) yang keluar. Rupanya sekarang ni memang famous perkhidmatan CL ni di kalangan orang Melayu. Kalau dulu, Chinese je yang ada servis macam ni, sekarang orang melayu pun dah guna khidmat CL ni.

Then, cari punya cari, aku jumpa ngan seorang makcik ni. Dia ni Bidan Kampung. Ada blogger share pasal dia, aku lupa dah nama blogger tu. Then, aku pun yakin lah yang makcik ni boleh dipecayai. Then aku pun call la Makcik tu, dapat nombor telipon dari entri blogger tu gak. Dunia blogging ni memang sangat membantu.

Alhamdulillah dapat bercakap dengan Makcik tu. Nama dia Umi. Dia orang Kedah. Umur dia dalam 60 tahun macam tu lah. Dia ada 11 orang cucu. Masa aku call tu, aku dah 8 bulan preggy & dia cakap dia dah ada orang book kat Nilai tapi EDD orang tu cepat sikit dari aku.. Tapi dia kata dia boleh jaga aku nanti. So, aku pun kira ON la deal tu. Tapi sebab Umi ni dari Kedah, so dia kena stay di umah kitaorang. Ok lah , lagi bagus kalau boleh stay sampai sebulan. Dia tanya aku ada maid tak - aku jawab "Tak ada". Dia cakap dia akan dahulukan kat customer yang tak ada maid sebab kesian. Ok lah macam tu. Harga dia RM 2200 untuk 30 hari, tanpa deposit or apa-apa bayaran pendahuluan/pendaftaran.

Dan aku ada jugak call CL-CL lain, semua cakap diaoang dah penuh 'coz i was a bit late.
(P/s : Kalau korang nak hire CL, make sure book awal- awal at least 3 bulan sebelum EDD.)

Aku pun menamatkanlah misi pencarian CL setelah aku dah dapat deal ngan Umi ni, malas dah nak call-call CL lain sebab rata-rata cakap DAH PENUH. Seminggu sebelum EDD aku, aku call lagi Umi tapi dia tak angkat.. Berkali-kali call dia tak angkat.. Sudaaaahhh... Then try lagi call hari seterusnya, dia angkat. Legaaaaaaaa maaakkk.. Dia kata dia ingat pasal aku. And dia start citer, ada orang call dia dari situ-sini-sinun nak hire dia jaga dalam pantang, tapi dia kata dia dah tak ambik new customer..But, ada customer dia yang kat Nilai tu pun lebih kurang sama edd ngan aku, tapi dia kata dia boleh je jaga aku nanti.

Aku : Eh! macam mana tu Umi?

Umi : Takpe, kita tengok nanti macam mana.... Jangan bimbang..

Aku : (bisik dalam hati - boleh ke main tengok-tengok)..Tapiii, terus je cakap  "Oklah Umi, saya tunggu umi datang" 

But a week before that, aku ter-search pasal CL lagi. Kot-kot la takut nanti Umi tu tak jadi datang.. (Always plan for Plan B or Plan C).

Dan salah satunya aku terjumpa pasal 'Mum Retreat Home'. Mum Retreat Home ni ialah sebuah Villa yang telah dijadikan tempat rehat untuk ibu-ibu yang nak berpantang dengan aman & tenang. Kat situ, ada nurse-nurse yang bekerja sebagai CL. Nurse tu semua ada Diploma / Degree dalam Nursing. Diaorang boleh mengurut & menjaga baby sekali. It's sooo cool. Tapi harga dia pricy jugaklah. Tapi bilik dia cantik, setanding dengan hotel bertaraf 5 atau 4 bintang. No wonder la mahal. Dia ada pakej 3 hari, 5 hari, seminggu, 2 minngu, sebulan or even 44 hari.. Ko cuma perlu sedia duit jer.. Villa tu terletak kat Jalan Klang Lama. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/confinement-story-confinement-lady.html
 Ini interface website momretreathome.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/confinement-story-confinement-lady.html
Ini harga bilik di Mom Retreat Home yang terkini tahun 2017

Tiba hari yang dinantikan,  masa aku nak masuk ward (sebab kena induce), aku call Umi bagitau aku dah nak masuk ward. Tapi dia tanya aku , aku ada maid tak? mak aku ada tak? eerrmmm.. Then, esoknya lepas je bersalin FL (masih dalam labour room), aku call Umi tu, 2-3 kali call tak berangkat. Aduuusss...

Kali ke-4, dia angkat, dia said sorry sebab tadi tengah tungku-kan customer. OK. aku tak marah. Tapi Dia cakap dia hanya boleh datang 3 atau 4 hari lagi sebab sekarang dia masih menjaga customer di Bandar Putra Heights.. Adduuuuuuss...  Pastu dia kata dia kena balik Kedah dulu sebab nak ambik daun-daun akar kayu & segala jenis daun untuk proses berpantang.


Then, aku pun bagilah kat en.suami nombor-nombor CL yang aku rasa OK. Nasib baik ada simpan dalam buku nota. Then, satu-satu nombor en.suami call, semua kata tak boleh dah penuh. Ada kawan suggest suruh aku stay je kat hospital tu sampai Umi datang. Aku cakap TAK NAAAKKK.. Tak sanggup aku nak duduk kat Hospital An-Nur (Bangi) ni lama-lama. TAK BEST!

Aku suggest kat en.suami untuk hantar aku kat Mom Retreat Home for three days only. Tapi en.suami tak setuju sebab masa tu kami ingat yang para suami tak boleh stay situ sekali... Tapi sebenarnya boleh (last-last baru tahu bila dah nak dekat habis pantang).

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/confinement-story-confinement-lady.html
 Sumber : Website momretreathome

Then, aku tunggu je la Umi tu datang masa hari ke-4 my confinement day. En.suami ambik dia kat Putrajaya Sentral subuh hari (bas dari Alor Setar gerak malam).  Masa dia datang tu, dia bawak sebeban daun-daun akar kayu & segala macam jenis daun. I liiiioookkeee cara berpantang tradisional ni.

Sesampai je Umi cakap dia tak boleh stay sampai sebulan. Dia cakap skrang ni dia duduk kat umah customer dalam 2 minggu je atau sehingga ibu tersebut kuat (ayat beralas). pppfffftttt..

Ok. Takpe lah. Aku pun malas nak fikir panjang sebab aku pun masa tu mood tak elok. Biasalah orang dalam berpantang - memang mood tak betul. Kalau dilayan, nanti boleh bawak meroyan. So better tak yah fikir sangat.

Umi jaga aku dalam pantang Ok lah. Yang bestnya part mengurut - sangat sedaap. Anak aku (FL) dia mandikan, tolong urut, bedung etc & dia buatkan aku mandian akar kayu untuk aku mandi. Dia tungku kan aku & pakaikan aku bengkung & ada buat tangas. Best la sebab aku suka cara berpantang macam tu.

Kalau orang Terengganu, berpantang kena bersalai (ibarat salai ikan atas bara api a.k.a panggang ikan), kat kampung aku ada 'salai' khas yang dibuat untuk orang berpantang. So ibu-ibu akan baring atas tempat salai tu & ko rasa bahang bara api dari bawah salai tu. Orang tak berpantang pun boleh join skali.. hihi.. Family aku strict tau bab-bab pantang ni. Kalau bertungku at least kena 60 hari, sampai hitam perut tu, kalau pakai bengkung pulak kalau boleh nak kena pakai 24 jam.. Tapi aku hari tu tak sempat eh nak buat 60 hari & tak sanggup nak berbengkung 24 jam sehari.. (buat muka sedih).

Tapi kat umah aku masa tu tak ada lah tempat salai tu. Mungkin next time ada kot. pppppfffttt.

Masa Umi duduk umah aku ni dia asyik tanya aku pasal maid. Aku pun heran apsal la dia asyik tanya pasal maid je.. Pastu dia duk asyik citer pasal hal-hal rumahtangga customer-customer yang dia duduk sebelum-sebelum ni... Adduussss , aku malas nak dengar citer pasal umah tangga orang ni , sebab tak ada kene mengena ngan aku.

Pastu hari-hari seterusnya, dia cakap dia bukan maid, so dia tak boleh ikat sampah & buang sampah. Ok Fine. En.suami aku boleh buat semua tu. Ikan-ikan & ayam-ayam pun sebenarnya bukan kerja dia nak siang-siang & cuci, kerja dia cuma masak untuk aku jer. Then, baru aku tahu kenapa dia asyik tanya pasal maid sampaikan dia tanya gak umah family tak ada maid ke. Rupanya kalau boleh dia nak duduk di rumah customer yang ada maid & di rumah customer yang kaya jer.. eeerrrmm..

Pastu dia asyik duk cakap pasal kekayaan & kemewahan customer-customer dia..Dia pernah jaga isteri pemain bola sepak Malaysia, pernah offer Siti Nurhaliza untuk dia jaga kalau CT preggy errrmm.. Masa tu kebetulan ayah aku masuk newspaper Utusan Malaysia di Istana Perlis. Tapi aku segan nak tunjuk kat Umi, then aku diam jer la kalau dia cerita apa pun. Senyum je..

Dalam hati aku - ada jugak orang macam ni erk - yang bangga dengan kekayaan orang lain. Errmmm.. biarlah. Malas fikir.

Then, setelah 2 minggu, Umi pun balik . Aku bayar dia RM 1100 jer untuk 2 minggu.

Pastu Alhamdulillah aku dapat khidmat CL yang lain datang rumah. CL dari Mom Retreat Homes. Kebetulan masa tu Mom Retreat HOmes tu ada kekosongan sebab ada customer yang tak besalin lagi. Masa tu kebetulan Mom Retreat Home buat promosi & tawarkan perkhidmatan dari umah-ke-umah. So pakej untuk CL tinggal dengan customer lagi murah compare than CL yang balik hari-hari. Actually di Mom Retreat Home ni, diaorang tak panggil CL tapi diaorang panggil Nurse sebab memang nurse pun yang jaga kita.

Setelah pembayaran through online banking dibuat, nurse yang dijanjikan sampai di depan pintu umah, dia pakai baju nurse yang warna putih tu lagi. Muda lagi nurse tu dalam 20an , nama dia F. Hari tu aku kitaorang bayar Mom Retreat Home ni dalam RM 2000 untuk 2 minggu.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/confinement-story-confinement-lady.html
 Ini harga terkini 2017 untuk post-natal treatment di rumah


Walaupun dia masih muda, dia sangat cekap buat kerja. Dia mandikan baby, tungku aku & semuala dia buat macam Umi dulu. Dia ada bawak alat 'sinaran ultra merah' untuk nak cepatkan sembuh jahitan Episotomi.  Urut dia pun best AND paling aku suka, dia tak bercakap sangat & tak ada cerita pasal ragam / hal rumah tangga customer-customer dia sebelum ni. Ikan , ayam, semua dia siang & sampah semua dia tolong buang. Dia cakap dia pernah duduk dengan customer dia sampai 44 hari... pperrrggghh lamanya..

 F jaga aku & FL betul-betul masa dalam pantang tu termasuk massage baby & basuh baju FL.

Baru aku tahu , F cakap kat Mom Retreat Home tu sebenarnya husband pun boleh duduk sama-sama kat situ, lepak je la dalam bilik dengan isteri. Ada TV kat situ, so boleh layan TV, ada internet, so hidup tak bosan. Dia cakap baju isteri  & baju baby pun diaorang yang basuhkan sepanjang duduk kat situ. Makanan untuk suami pun diaorang sediakan kalau mahu, sediakan DUIT jer...  Ok. This place is heaven !


Setelah 2 minggu berlalu, tamatlah sesi berpantang aku dengan F, sebelum F balik dia ada bagi aku borang - customer satisfaction. WoW! this is good. Aku suka dengan cara yang bersistematik macam ni. Kalau tak puas hati, komplen je dalam borang tu..

By the time F balik, aku dah sihat walafiat &  boleh masak sendiri.

So, untuk the 2nd baby bila aku preggy & bersalin nanti, confirm aku nak ambik khidmat Mom Retreat Home ni jugak untuk jaga aku nanti.

The end..
---------------------------
Itulah pengalaman aku masa berpantang 3 tahun lepas...
Cepatnya masa berlalu ..

P/S : Kalau korang nak guna khidmat CL / nurse from Mom Retreat Home tu, korang search jer website diaorang or telipon number ni 012 2878212 / 012 5301197 / 012 2141780..

Thank You for reading anyway...


3rd day - 16 Oktober 2016


Hari ke-3 ni kitaorang pergi Air Terjun Sendeng Gile dan Air Terjun Tiu Kelep dan hari ni jugakkitaorang akan gerak ke Gili Trawangan. Gili Trawangan ni Pulau Besar and ada pulau-pulau kecik lagi keliling dia. So, bila pergi ke Gili Trawangan, wajib tido kat sana.

So, hari ni kitaorang packing barang , terus check-out.Mula-mula pegi breakfast tengok sawah padi. Macam biasa menu breakfast kat sini biasa jer, tak sedap sangat la tapi ok lah kalau compare dengan standard hotel 3 star.

Lepas tu terus turun ke Lobi tunggu Pak Supir. Hari ni lambat sikit diaorang datang ambik, but it's ok.

Sebelum ke Gili Trawangan, kitaorang ke Waterfall dulu. Kitaorang pergi ke Air Terjun Sendeng Gile dan Air Terjun Tiu Kelep. Perjalanan ke waterfall ambik masa 2 jam dari hotel. Macam biasa tak boleh nak tido, sebab scenary masa perjalanan cantik.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
 Ni masa on the way ke waterfall

Sampai jer kat tempat parking waterfall ni, kitaorang tukar baju dulu. Aku tak pakai baju mandi siap-siap dari hotel sebab baju aku basah kan semalam gi island hoping. And local guide yang akan guide kitaorang ke waterfall tu dah siap menanti. Supir-supir ni diaorang ikut mood nak pergi waterfall atau tak sebab dieorang dah sediakan local guide untuk kita.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Alhamdulillah, selepas 2 jam dalam kereta, akhirnya sampai di Waterfall ni..

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Kita parking kereta di Pondok Senaru (wajib bayar parking).
Kat tempat parking ni ada kemudahan yang lengkap - toilet, bilik mandi, surau & tempat makan 


Pastu terus berjalan ke Waterfall. 
Pakai baju mandi siap-siap sebab kat waterfall nanti tak ada tempat mandi &
 baju persalinan tinggal dalam kereta

Pintu masuk ke Waterfall Sendeng Gile & Tiu Kelep

 
   Info pasal waterfall ni

Asriel ikut kitaorang pergi ke waterfall sebab dia kan 'jurufoto tak diupah' kitaorang, so dia kene ambik gambar. Hahahhahaha

Firstly, kita akan jumpa Waterfall Sendeng Gile. Nak ke Waterfall ni, kene trekking sikit dalam 10 minit macam tu. Trek dia cantik bersimen. Kalau bawak anak kecik dan warga tua atau sesiapa yang ada masalah keuzuran, eloklah pergi ke waterfall ni jer. Sebabnya nak ke waterfall Tiu Kelep kena hiking lagi 20 minit. Larat ke kalau dukung anak kecik nak hiking??? Tepuk dada, tanya sendiri.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Air Terjun Sendeng Gile

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Untuk budak-budak or warga emas, better mandi kat Waterfall Sendeng Gile ni jer.. 

 
  Ni tangga nak ke Waterfall Sendeng Gile



Kat waterfall Sendeng Gile ni ada bangku & pondo, so bolh piknik kat sini


Ada gak makcik-makcik jual makanan - pisang goreng, maggi, cempedak goreng



Anak comel ni mengingatkan aku pada FL di rumah

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
On the way nak ke Waterfall Tiu Kelep, 
mula-mula dah kene panjat tangga yang mencuram 80 darjah macam ni dulu.
 
 Yang berambut panjang tu local guide di waterfall ni.. 
Nak datang sini, wajib upah local guide di sini, tak boleh main redah jer walaupun trek disini senang macam kacang putih.. Ala-ala macam Taman Negara di Malaysia la - wajib pakai guide Taman Negara sendiri. 

 Jambatan ni sebenarnya longkang yang mengalirkan air dari Waterfall Tiu Kelep ke Waterfall Sendeng Gile..


Air dalam longkang ni sangatlah jernih & bersih.. Nak mandi pun boleh
 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
 Cukup 20 minit hiking and trekking, satu pemandangan yang sangat menakjubkan menanti aku.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Akhirnya sampai la di destinasi yang dituju - Air Terjun Tiu Kelep..

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
MashaAllah.. Terpegun aku bila sampai je sini.
Masa aku sampai sini hari tu ada pelangi..
 Ya Allah! Cantik yang amat tapi sayang rainbow tu tak dicapture dalam kamera ni. huhu 
(nampak gaya, kene beli DSLR la lepas ni..hehe) 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Kitaorang hanya mampu pandang dari bawah jer tengok Asriel panjat bukit ni..
 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Subhanallah.. Cantiknya!
Inilah air terjun yang paling cantik yang pernah aku tengok depan mata ...
Tempat ni memang ramai pelancong, so tak boleh stay sini lama-lama sebab nanti bila crowded tak best pulak.


http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
Jernih sangat air dia.. Sampah pun tak ada.. Tempat ni memang dijaga rapi.

Memang awesome sangat!!!.. Tak sia-sia aku datang sini.

Cantik giler! Subhanallah. Aku rasa ada kot waterfall yang cantik macam ni kat Malaysia tapi aku jer belum sampai.

Kat Lombok ni sebenarnya ada lagi satu waterfall yang lebih cantik dari ni. Nama dia Air Terjun Tiu Teja tapi kitaorang tak pergi sana sebab kalau pergi sana kena ambik masa seharian sebab sebelum tu kena naik motor untuk pergi ke tempat air terjun tu, kereta tak boleh masuk.

Lepas dah siap mandi-manda dan dah puas tangkap gambar bagai, kitaorang pun gerak balik.

Masa on the way balik ke kereta, ada budak-budak main pelampong meluncur dalam longkang tempat jalan kaki. Air kat sini bersih giler, aku nak minum pun rasa tak bersalah sebab air dia sangat jernih. Then, kitaorang teruja tengok, terus sorang-sorang nak cuba. Memang best la main pelampong meluncur atas air , rasa macam main air kat slide taman tema plak.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html 
Ok, ini starting point. 
Masing-masing tengah tunggu turn nak meluncur dalam longkang tu..

 http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html 
Bila kita kat dalam longkang tu, orang-orang yang jalan atas jambatan tu boleh nampak kita kat bawah...
 http://dorsettpink.blogspot.com/2017/03/travelog-lombok-indonesia-waterfall.html
 Ini garisan penamat. 
Kalau tak ada orang yang stop di sini, alamak nya 'peluncur' (peluncur la kono0000000oon) akan terus masuk dalam terowong tu dan terus sampai ke Air Terjun Sendeng Gile yang jaraknya 'agak' jauhlah.

Lepas dah habis main air tu, Asriel bayar upah kat budak-budak tu sebab diaorang susah-susah tolong bawak pelampong naik ke situu..

Lepas tu, kitaorang singgah ambik gambar kat Waterfall Sendeng Giler jap. Then, terus ke kereta, tukar baju & pergi lunch kat warung dekat area situ (dalam 500m jalan).

 Menu lunch hari tu

 Ini Kopi Lombok. Sedaaap giler.. 
Setaraf dengan coffee bean. 
Tapi lepas tu, aku dah tak jumpa kopi lombok yang sesedap tu..

Lepas lunch, kitaorang terus gerak ke Jeti untuk ke Gili Trawangan.

Citer pasal Gili Trawangan sambung di next entry k. Stay tune..

Terima kasih sebab baca trip Lombok ni. 

Indahnya canvas yang menghijau disinari sinaran sang suria
(On the way ke Jeti untuk Gili Trawangan)

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE