Ragam Si Pemandu Teksi

in , by dorsett pink, November 07, 2017
Aku ni pengguna tegar pengangkutan awam, tak kira kat Malaysia atau kat negara lain. Aku memang suka naik public transport. Tak ada kereta sendiri ke?? ADA. Tapi aku jenis spesis malas nak drive. Kalau hari-hari pergi kerja, pergi sekolah, pergi antar anak ke school, memang aku akan drive kereta. Tapi selain dari tu, aku lebih suka naik public transport. 

Kalau en.suami ada, dia boleh jadi driver. Tapi kalau en.suami tak ada terpaksalah aku bergantung pada public transport. Kalau tempat tu ada akses train, aku naik train. Tapi kalau tempat tu tak ada train, aku akan naik teksi / uber.. Aku tak suka naik bas. Sebab aku rasa bas lambat. 

 Ini hanya sekadar gambar hiasan - teksi di Jepun

BENGANG DENGAN PEMANDU TEKSI DI MALAYSIA!
Dulu, masa zaman tak ada UBER, aku selalu naik teksi lah.. Yang aku bengang dengan teksi ni ialah - diaorang tak pakai METER. Meter ada, tapi tutup dengan topi. Bukan semua pemandu teksi yang macam tu, segelintir jer. Tapi nasib aku dapat yang macam tu, aku rasa sangat-sangat-sangat-MARAH!! 

Kalau ikut meter, hanya charge RM 10 jer, tapi dia charge aku RM 15.. Aku tanya kenapa, alasan dia ialah - sebab masa pagi (8 am), susah nak dapat customer pagi-pagi macam ni... Aduhh! 

Aku bayar je lah, tapi dalam hati aku tobat dah tak nak naik teksi. Since lepas tu, aku dah tak naik dah teksi. DAH SERIK, FOBIA DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA! Aku drive walaupun terpaksa redah jem. Walaupun tengah sarat pregnant, aku drive jugak.

Then, sampailah UBER masuk Malaysia. Aku happy sangat, sebab kita boleh book guna handphone je walau di mana saja kita berada. 

Mula-mula dulu, aku nak try je pakai UBER. Tapi since then , aku jadi loyal customer UBER. Aku tak pernah kena tipu lagi dengan UBER. Alhamdulillah. Sebabkan aku ni loyal customer, jadi selalulah bagi aku free ride.. Thanks Uber!

Tapi hari tu (minggu lepas), aku saja nak try naik teksi. Tempat yang aku nak pergi tu ada LRT. So, mula-mula naik LRT, then, sampai situ aku kena berjalan untuk ke destinasi yang dituju. Tak jauh pun jalan sebenarnya , hanya 10 minit jer. Aku tak nak penat. Dari aku berjalan, better aku naik Uber. Disebabkan kat bus stop tu ada banyak teksi, aku just grab teksi jer. Lagipun dah lama kan tak naik teksi, apa salahnya kali ni naik teksi pulak. 

Tapikan..... masa aku naik teksi tu, aku bagitau kat driver tu yang aku nak pergi tempat ABCD tu. (Dekat je sebenarnya). Then driver tu kata - "sorrylah dik, saya tak tahu tempat tu, adik naik teksi belakang la". What???????????????????

Mana mungkin pakcik tu tak tahu tempat tu, sebab ni kan area dia. Lagipun tempat ABCD tu memang dalam area tu jer. Kalau naik teksi tu tak sampai RM5 la... 
Sebenarnya, pakcik tu tak nak ambik customer yang nak pergi dekat-dekat je.. Buat penat dia jer.

See! Kalau betul dia nak kerja, dia tak kisah pun dekat or jauh, janji ada customer, dapat la jugak duit poket tu... 

https://northcoastcourier.co.za/wp-content/uploads/sites/73/2016/11/uber-calle1-960x623.jpg
Sumber gambar - google image


KENAPA UBER MENJADI PILIHAN?
So, kerana sebab tu lah, aku rasa ramai yang pilih UBER / Grab. Sebab tak perlu nak berdepan dengan pemandu teksi yang macam-macam ragam tu..... Tapi bila UBER / Grab makin berkembang, driver TEKSI pulak marah-marah, buat mogok bagai.. hurrrmmm..

Even kat oversea pun, senang pakai Uber. Download je apps dia.. Sebagai penutup entry ni, hari tu aku sampai ke tempat ABCD tu hanya dengan berjalan kaki... Mujur hari tu tak panas terik... huhuhu

My Pencil Case

in , by dorsett pink, November 06, 2017
Aku ni stationery addict. Aku suka sangat dengan stationery / alat tulis. Kalau masuk kedai stationery, aku boleh lepak situ berjam-jam sorang diri. Dan situlah jugak merupakan salah satu remedy aku bila aku tengah down or tengah tension. huhu..

Kedai favourite aku ialah Smiggle and Typo.. Sehari suntuk lepak situ pun takpe.. Walaupun tak beli, hanya usha-usha je, itupun dah buat aku happy.. hehe..


 Dan ini ialah pencil case aku. Actually aku ada 2 pencil case. Satu lagi yang besar gedabak, and satu lagi yang ini. Pencil case ni aku beli kat Daiso je - RM 5.60. Aku guna pensil case ni untuk bawak pen ke mana-mana. Aku ni tak ngam (tak senang duduk) kalau pergi mana-mana bawak 1 pen jer. Rasa tak puas nak menulis 'coz i do love writting and doodling so much! 

So, pergi mana-mana wajib bawak banyak-banyak pen. So, nak senang bawak pencil case ni lah. Yang ini ringan jer, so senang nak angkut pergi mana-mana, even kalau pergi travel pun. Hanya pen yang kerap guna je aku letak dalam ni.

Aku suka pen Faber Castel. Sebab ink dia lembut dan laju.. So, bila menulis tu rasa smooth jer...

Pencil Case yang 1 lagi tu besar dan berat sebab ada macam-macam jenis pen dan alat tulis dalam tu.  So, yang itu aku cuma pakai kat rumah jer la.. Malas nak meng-angkut..

Aku ingatkan dulu aku ni jenis spesis yang pelik la sebab suka sangat dengan stationery. Tapi sejak aku ada IG, aku tengok ramai je orang yang spesis macam aku ni - stationery addicts ... Kiranya, OK la tu, aku bukanlah UFO yang datang dari Planet Marikh.. hehe.. and the best part, aku boleh share pasal alat tulis ni dengan diaorang.... So bolehla bertukar pandangan dan idea pasal stationery.

She Is A Makeup Lover

in , by dorsett pink, November 06, 2017
FL skrang dah umur 3 tahun5 bulan. Next year, she will turn 4 years old.

Sekarang ni aku perasan FL suka sangat dengan mekap. Habis mekap aku dia kebas..huhuhu.. So, mommy has a reason to pau her daddy for a new makeup set.. hehehe..



Dulu, FL ni suka sangat dengan mainan Boys macam suka main dengan cars, main dengan spiderman (aku ada update pasal tu KAT SINI) dan suka aktiviti lasak (i'm OK with it sebab aku pun suka aktiviti lasak). I'm also OK with her toys preference as long as it doesnt hurt her. Let she discover the world by herself.

Dan jugak Aku pulak tak adalah insist nak sangat dia pakai PINK or everything must be PINK since she is a girl. NO! Even she is a girl, i'm not prefer everything must be in PINK COLOUR.. For me, a rainbow colour is more colourful and would make our day more cheerful. hehhe.. 

But yet, she loves PINK so much.... and when we going out for shopping looking for her stuff, definetely she would take something pink, or if not, something that are close to pink, so it could be purple.. hehe.. 



Currently, everytime when we wanna going out, she will pick the cloth up by herself. She already know which one clothing for outing and which one is for home basis..So, most of the time, i've no objection with her choice because definetely she will choose something in PINK.. But sometimes, no pinky is available, so she has to choose other colour....hehe ..

And now, i think she already more to gurlysh.. and no more boy's toys as curently she loves to play with baby doll, cooking, baking and loves to play with all girl's thingy especially COSMETIC.






  
But mommy is facing a problem..I have to share these make up with her.. huhuhuhu. I already bought her a cosmetic-toys, from Toys' R' Us but she refuse it.. She said, that one is a fake one 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂 ...

Self Reward With Coffee

in , , by dorsett pink, November 03, 2017
Aku ni coffee lover. Pencinta kopi. 

Seminggu sekali, aku akan reward diri aku dengan Premium Coffee. Seminggu sekali jer. Kalu hari-hari boleh pokai den! Biasanya hari Jumaat la aku akan mencari kedai kopi ni sebab hari Jumaat library tutup masa lunch. So, aku terpaksa buat kerja kat tempat lain. Nak buat kerja kat masjid tak boleh sebab Hari Jumaat, masjid dipenuhi oleh kaum Adam. Dan juga boleh reward diri sendiri setelah 4 hari bertungkus-lumus buat kerja..

Kedai kopi sekarang dah mesra pelanggan. Siap provide wifi free lagi dan provide plug. Boleh lepak-lepak kat sini sampai bosan sambil buat kerja.

So, sambil layan kopi, aku akan bukak laptop buat kerja tesis yang tak siap-siap lagi ni ngan sambil update blog.. 

 Bekerja sambil minum

 Kalau lapar. Boleh makan sekali..

Kenapa sini?? Sebab ini je cafe yang paling dekat dengan aku. Kalau kafe lain tu jauh sikit, so bila malas nak drive jauh, aku datang sini je lah. Kalau rajin nak drive and cari parking, aku pergi lah cafe jauh tu. 

Well, Salam Jumaat everyone. Wishing u all have a nice weekend tomorrow k.

Sepetang di Masjid Besi Putrajaya

in , , , by dorsett pink, November 03, 2017
Weekend haritu, aku dan keluarga kecikku gi lepak kat Putrajaya. So kami singgah kat Masjid Besi untuk solat. Ini antara shot-shot yang aku ambik kat dalam Masjid Besi guna kamera ajaib aku. 

kebetulan sekarang ni masa konvokesyen, jadinya Masjid Besi ni menjadi spot untuk shoot gambar konvo diaorang. Kalau wedding pun, cantik shoot gambar wedding dalam masjid ni.














 Kalau weekend, ada pengajian agama kat masjid ni.. Sesiapa pun boleh datang join. Boleh menambah ilmu didada..


 

Budak kecik ni tengah godek make up bag mummy.. 
Dia pantang kalau jumpa beg mekap. 
Semua mekap mummy semua dah jadi dia punya. huwwaaaa..
(#mummy'sproblem)..

Susah Nak Travel Dengan Anak Kecil??

in , , by dorsett pink, November 02, 2017
Dulu-dulu masa aku belum kahwin , aku selalu duk dengar orang-orang tua (orang dah kahwin) cakap :

'payah nak berjalan ngan anak kecik ni'. 'Banyak barang nak kena bawak', 'susahlah nak usung stroller kesana-sini', 'susahlah bila anak buat perangai (meragam)', 'susahlah bila anak nak tidur', 'susahlah nanti anak nak makan'. 

Walaupun banyak keluh resah aku dengar pasal travel dengan anak kecik ni, aku tetapkan bulatkan hati - 'one fine day, kalau aku ada anak, aku nak bawak anak aku tu travel kemana saja'. - Sebab aku rasa bila bawak anak pergi travel, bonding antara kita dengan anak akan jadi lagi kuat dan rapat sebab kita masa travel, kita akan bagi sepenuh perhatian pada orang yang berada disekeliling kita especially pada anak-anak.



Dan Alhamdulillah, aku berjaya tunaikan hajat hati aku tu. Sejak baby dalam perut lagi, aku dah bawak FL travel. Masa babymoon, aku travel ke Europe. Seawal usia FL 3-bulan, FL ke Melbourne. Boleh baca entry tu KAT SINI. 

 Ni masa first time dia travel

Sebab apa aku berani bawak anak aku yang masih kecik tu pergi melancong? Sebab masa aku bujang dulu, aku tengok Mat Saleh rilek jer bawak anak-anak diaorang travel merata dunia. So, kalau diaorang boleh buat, why not me? 

Sebelum berangkat ke Melbourne, memang hari-hari aku study macam mana nak travel dengan baby - banyak baca blog dan tengok Youtube - baca banyak TIPS pasal Travel dengan baby. Apa yang perlu dibawak , apa yang perlu diprepare, etc.

Alhamdulilah, the trip was smooth. FL tak meragam. Even sampai sekarang pun, FL tak meragam / tantrum bila waktu travel. Dia cuma get tantrum masa kat rumah jer (agaknya sebab bosan kot tak keluar rumah). 

Macam mana kalau baby/kids meragam masa travel?? - Jawapannya ialah - korang kena prepare dulu baby tu sebelum berlepas. Seminggu sebelum travel, dah bagitau baby (even masa tu baby belum boleh bercakap lagi, tapi InshaAllah diaorang boleh faham apa yang kita cakap) yang korang akan pergi melancong jauh , nak naik flight. So, talk to your baby -  'please behave when you are on board and when you reach at the destination. Dont ever cry or make me angry, if you do it so - u will never  have a chance to travel again after this'. 

 Dalam flight, dia tidur je. Minum susu - tidur -minum susu - tidur.


My husband and I always repeat that sentence to FL before she travel to Melbourne 3 years ago. And Alhamdulillah, dia langsung tak menangis dan meragam masa dalam flight & masa kat Melbourne tu. Alhamdulillah bersyukur sangat. So, dia ada chance untuk travel ke tempat lain pulak.

So, kalau orang kata travel dengan anak kecil ni susah, bagi aku tak susah. Cumanya, ada banyak cabaran. Yang penting, kita sebagai parents kena prepare dulu mentally sebelum travel tu. Dan prepare keperluan dan kelengkapan baby sebaik mungkin sebelum travel. Dan yang penting, mummy or daddy kena banyak bersabar dan always think positive. 

Kalau korang fikir susah, akan susahlah jadinya. Kalau korang fikir senang, senanglah jadinya. Kalau korang fikir nak usung stroller kesana-sini tu susah, maka end up ia akan jadi susah. Kalau tak fikir tentang kesusahan tu, and just fikir nak enjoy je masa travel nanti, InshaAllah korang anak-beranak akan enjoy trip tu nanti. And even, korang akan rasa seronok tahap dewa, rasa nak travel lagi lepas tu, nak bawak anak pergi negara lain pulak. Percayalah! Inilah yang korang akan rasa.

So, nasihat aku, sebelum travel , banyakkan baca TIPS-TIPS Travel dengan Baby / Toddler / Kids . InshaAllah, korang nanti boleh prepare mental korang untuk travel nanti.


ANTARA TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL

So, untuk menjawab persoalan-persoalan parents sebelum ni tentang travel. Ni antara jawapan aku (ni based on my experience jer, lain orang lain experience nya) :

'payah nak berjalan ngan anak kecik ni' - Tak payah kalau korang sentiasa berfikiran positif. Word Payah tu tukar kepada CABARAN. Lebih banyak Cabaran, lebih banyak yang korang akan belajar.

'Banyak barang nak kena bawak' -  Bawaklah beg besar yang boleh sumbat semua benda. Diapers beg pun carilah yang travel-friendly. Aku suka bawak diapers bag yang jenis bagpack. Aku guna jenama JUJUBE - BE Right Bag. So, senang gantung kat belakang, 2 tangan lagi boleh pegang anak.

Ini stroller & diapers bag yang aku guna bila travel - Aprica Flyle Stroller & Diapers Bag Jujube - Be Right Back.

'susahlah nak usung stroller kesana-sini', - Carilah stroller yang ringan ( 5 -6 kg) dan senang nak fold. Boleh baca TIPS tu KAT SINI.

'susahlah bila anak buat perangai (meragam)', - Anak tak buat perangai kalau dia tak letih dan tak lapar. So , pastikan waktu makan dan nap dia dijaga. Bila tiba waktu makan tu, stop dan bagi dia makan kenyang-kenyang. Kalau tiba waktu nap pulak, bagi dia nap dalam stroller.

 'susahlah bila anak nak tidur', - Bila dia nak tidur, bagi dia tidur dalam stroller. So, bawaklah stroller yang boleh recline habis supaya anak selesa untuk tidur.

'susahlah nanti anak nak makan'. - Makanan HALAL diluar negara memang agak susah nak cari especially di negara yang tak ramai Muslims. So, mummy or daddy kena bawak bento makanan untuk anak bila keluar berjalan. Sediakan makanan kegemaran si anak sebelum keluar dari hotel. So, you have to bring some of the food from your hometown. Macam aku, aku wajib bawak spageti dan macaroni dari Malaysia sebab FL suka makan pasta. 

Itu jelah yang aku boleh tulis hari ni. Nanti Inshallah (kalau aku rajin), aku share lagi TIPS-TIPS travel lain. So, hopefully, perkongsian dari aku yang sedikit ni dapat membantu korang untuk rasa selesa bila nak bawak anak kecik pergi berjalan.  *Peace . XOXO

Dalam library pun nak bergaduh!

in , , by dorsett pink, November 01, 2017
Hari ni aku buat kerja kat library macam biasa. Library ni sama je macam library-library lain, tak boleh tinggal barang dan meja library tu bukan ko punya!

Sistem nak guna guna meja kat library ni ialah 'first come-first serve', siapa cepat-dia dapat. Kalau ko datang awal, boleh lah ko dapat meja, tapi kalau ko datang lambat, alamatnya memang tak ada tempat la untuk ko. 

Pastu cerita hari ini disini. Ada sorang student perempuan ni warga asing- rambut blonde- mata biru, duk mengadu kat kat kawan dia yang duk sebelah aku ni. Dia cakap kuat, sampai ke gegendang telinga aku ni dengar dia marah-marah. Adussss! Bising betul lah!

Aku istilahkan dia sebagai Si A. Dia mengadu kat kawan dia tu (sama warganegara dengan dia), yang dia tak dapat duduk kat meja yang dia selalu duduk tu. Dia cakap, dia dah 2 tahun duduk meja tu, alih-alih hari ni orang lain (perempuan) duduk situ. 'Bitch!', dia kata kat budak perempuan yang duduk kat meja tu (Student perempuan ni aku istilahkan dia sebagai si B). 

Ye lah, dah ko lambat! Mana dapat ko nak duduk situ. Tapi dia tetap nak cakap, yang meja tu dia punya, dan dia berhak duduk situ. 

Ini notis yang ditampal di semua meja. 


Bukan salah Si B yang duduk situ, sebab dia datang awal, so dia berhak la duduk situ. Lagipun kat setiap meja memang dah ditampal notis atas tu. 

Si B ni cakap lah kat Si A sebab dia datang dulu, and kat meja tu tak ada tulis nama sesapa dan jugak kat situ pun dah tertulis - 'if you left your seat more than 30 minutes, others have the right to use it'. Tapi Si A tetap jugak kata meja tu dia punya walaupun dia datang lambat sebab dia dah study kat meja tu untuk 2 tahun. Sebelum ni tak ada pun orang duduk situ. 

Si A tetap tak puas hati. Tapi Si B tak nak jugak mengalah. Ye lah, kalau aku jadi Si B pun, aku tak mengalah jugak, dah sape suruh dia datang lambat. Kalau nak sangat duduk situ, lain kali datanglah sesudah Subuh, duduk terpacak kat depan pintu library, and ko akan jadi orang pertama masuk library! So, meja tu ko punya.

 Adusss.. benda kecik pun nak bergaduh..

Inilah salah satu sebab kenapa aku tak suka kat student warga asing. Ada banyak lagi sebab lain. Aku lebih suka dan selesa dengan student warga Malaysia dan Indonesia.

Meja Boleh Lipat

in , , by dorsett pink, November 01, 2017
Aku pernah terbaca kat Blog Ben Ashaari pasal dia beli meja lipat. Lepas baca post tu, aku rasa macam aku pun perlukan jugak meja macam tu satu. Then, terus aku bukak website LAZADA, usha portable desk ni. 

Dan, hasilnya, aku terus beli yang ini.. 
Sebab tu aku suka shopping kat LAZADA. Sebab semua benda ada jual. Kereta pun ada. eh!

Meja ni nama dia - Portable and Folding Aluminium Desk. Harga dia masa aku beli hari tu cuma RM 50.00.. Ok la tu. tak mahal sangat.

Yang penting pasal meja ni ialah dia boleh lipat-lipat jadi kecik. Dan ringan pulak tu!..


Sebab apa aku nak meja lipat-lipat? Sebabnya aku kan buat kerja secara mobile office. Aku boleh buat kerja kat kedai kopi, kat masjid, kat taman kanak-kanak, tapi yang selalunya aku buat kerja kat library la. 

Kalau kat kedai makan atau kat library ada meja, so, senangla, tak sakit tulang belakang 4 kerat aku ni. Tapi kalau buat kerja kat masjid, terpaksa buat kerja atas karpet.. huhu.. Sakit tulang tengkuk aku. Jadinya, meja ini adalah solusinya!

Siap ada pemegang lagi.

Sebabkan saiznya yang ekcik dan ringan, so aku boleh je letak dalam bonet kereta. Tak makan space pun meja ni.

Boleh muat letak laptop, handphone ngan botol air pun boleh.. 

Memang selesa lah buat kerja kat laptop bila dah ada meja serbaguna ni.. 
Dah tak sakit tulang bahu, sendi-sendu semua..

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE