Mencari Semangat Yang Hilang di KOMUNE

in , by dorsett pink, November 17, 2017
Hari tu kan aku bagitauyang aku macam dah nak give up untuk teruskan phd aku ni.. huhuhu.. Sesiapa yang pernah ada di tempat aku, pasti akan merasa apa yang aku rasa tu. Korang boleh baca entri tu KAT SINI. 

Then, selepas terbaca Blog Ben Ashaari pasal satu tempat ni - KOMUNE COWORKING SPACE yang terletak kat Bangunan UOA Corporate Tower, Bangsar South. Macam best je tempat tu... Why not aku cuba buat kerja kat situ, mana tahu tetiba dapat semangat baru nak siapkan tesis ni... 

Then, lepas booking dibuat, aku pun kesana last week, saja nak cuba environment baru. Aku naik LRT ke sana. Jimat sikit duit parking. Tambah pulak, harga minyak naik lagi , lagi lah bertambah kos isi petrol.. huhuhuhuu.. (Apalah nak jadi ngan negara ni 😢 ).


 
KOMUNE ni sebenarnya ialah office. Office / ruang pejabat yang boleh disewa oleh sesiapa saja. Komune ni dibuka 2 bulan lepas. So, tempat ni masih baru. Ruang yang disediakan di sini ada yang boleh disewa sebulan terus, atau nak datang walk-in pun boleh. Kalau sesiapa yang nak cari small office, boleh jer sewa office kat sini.

Small office yang boleh disewa disini

Kat sini memang selesa nak buat kerja. Even you are an entrepeneur, a freelance, a blogger, or even you are a student just like me, korang boleh je datang sini untuk buat kerja. Sesiapa pun boleh datang sini. Kalau nak buat assingment pun, boleh lepak sini sambil discuss. Jangan risau, plug merta tempat ada. Wifi pun laju giler.. 


 
 Duduk santai-santai sambil wat kerja.. Ruang ni pun boleh disewa kalau nak buat seminar / workshop
 
 Kita boleh duduk kat mana-mana jer.. Plugs are everywhere
    
 Sebelum start kerja, kita tengok blog dulu

 Ni permandangan dari tingkap


 Ada kafetaria.  
So jangan risau kalau korang lapar masa tengah buat kerja tu..


 
 Rasa macam home office pulak.. Ruang yang sangat santai untuk berdiskusi



Ni landskap kat luar building

Kalau syarikat korporat / government agency nak buat event kat sini pun boleh. Ada ruang yang disediakan khas untuk event. Even just nak sewa bilik meeting pun boleh. Kalau nak buat seminar / workshop, boleh jugak buat kat sini. Projector & PA system disediakan mengikut harga pakej.


Ni harga kalau nak sewa tempat kat sini

 Kalau korang nak datang sini, korang boleh call +6016 651 4128 


Islamic Montessori - Betul ke Islamik?

in , , by dorsett pink, November 13, 2017
Misi mencari tadika diteruskan. Ada satu tadika ni bagi nama ‘Islamic Montesorri’. Aku tahu banyak jer nama tadika yang macam tu sekarang. Tapi aku tak spesifik kan montesorri yang mana sebab ada banyak yang nama seakan-akan nama gitu, mungkin nama pangkalnya saja yang lain untuk dibezakan dengan tadika yang lain.

Bila dah pergi survey.. Ermmm.. hampeeehh..
Di manakah pembelajaran ‘Islamic’ yang di ‘up’-kan sangat tu?


 Gambar sekadar hiasan

Bila aku tengok subjek apa yang diajar – langsung tak ada subjek agama Islam. Cuma ada belajar Iqra dan pembacaan IQRA’ tu akan diulang-ulang sehingga kanak-kanak berusia 6 tahun. How about Tajwid? Memang langsung tak diajar la.

Dan jugak, langsung tak diajar kanak-kanak untuk solat. Bila ditanya kenapa? Kata mereka sebab kanak-kanak bawah usia 7 tahun tak diWAJIBKAN solat. Tapi kanak-kanak akan diajar membaca doa sebelum & selepas makan, sebelum masuk toilet, sebelum belajar.

So, dimanakah ‘islamic’nya tadika tersebut. Bukan ke pembelajaran tentang solat tu patut dimulakan sebelum kanak-kanak mumayiz lagi?? Adakah parents saja yang bertanggungjawab untuk mendidik dan mengajar anak-anak tentang solat? 

Nama 'Islamic' itu sebabnya owner tadika tu Orang ISLAM dan cikgu-cikgunya pun orang Islam. Hanya itu!

Mudahnya nak buat bisnes zaman sekarang. Guna nama Islam jer, terus bukak tadika. Mahal pulak tu yuran dia! Walhal teras Rukun Islam pun tak diajar , apatah lagi nak mendidik jiwa kanak-kanak untuk menjadi seorang Muslim yang benar-benar sujud dan takut pada Allah swt... errrmmmm..

Atas dasar bisnes, Nama Islam digunakan untuk mengaut keuntungan. Nampak sangat, Tadika tersebut hanya berpaksi pada DUIT semata-mata, bukan benar-benar tulus untuk mendidik generasi muda sekarang mengenal Allah swt dan memahami teras untuk menjadi seorang Muslim iaitu memahami dan belajar tentang Rukun Islam dan Rukun Iman.

Gambar sekadar hiasan - masa ni FL belum 1 tahun lagi..
Nak lagi best, guna perkataan ‘montessori’ – confirm mendapat sambutan yang menggalakkan. Well, aku tak ada lah nak komen pasal kaedah ‘montessorri’ tu. Baguslah kalau owner pusat tadika tersebut betul-betul menggunapakai kaedah montessorri. Thumbs up.. 

Actually pasal kaedah 'montessori' ni pun aku ada nak komen jugak, tapi nantilah aku up kat entri lain. Nanti panjang pulak bebelan kali ni.

Well, untuk misi pencarian tadika untuk FL, tadika ‘Islamic’ tersebut memang dah awal-awal keluar dari list aku…
Lama aku berfikir naktulis tak entri ni.. Aku rasa aku ambik masa berbulan kot nak tulis pasal benda ni.. Kenapa lama sangat?? Sebab di satu sudut, aku rasa aku tak nak share pasal isi hati aku kat public, tapi di satu sudut lain berkata, u just share your experience only.. Maybe ada orang lain jugak merasa experience yang sama macam aku.. ermm.. Hopefully...

So, entri ni aku nak share kenapa aku...... -  Kenapa berhenti kerja? Kenapa jadi suri rumah? Kenapa sambung belajar?

Ok, sebelum ni aku pernah bekerja kat Agensi Kerajaan. 4 tahun aku kerja kat situ. Sebelum tu aku kerja kat UIA.

Masa dapat tawaran bekerja oleh pihak SPA, aku 50-50 - nak atau tak.. Sebab aku tak berapa minat kerja dengan government ni, lagipun aku tengok kawan-kawan aku yang kerja kat sana  life diaorang hectic giler... Kesian aku tengok. 

Tapi atas dasar nak mencuba, aku try gak lah kerja situ. Dari 3 bulan, aku boleh bertahan sampai setahun, then 2 tahun, then 3 tahun, sehinggalah tahun ke-4, aku rasa sampailah masanya untuk aku resign. 

WHY RESIGN??

Ramai yang tanya soalan ni.. Ye lah mereka pelik la sebab aku ambik skim pencen. Kata depa - nanti tak dapat pencen bila dah tua... Pastu pulak, kerja gomen kan stabil, senang nak dapat loan & peratusan ko untuk dibuang kerja tak ada... - Well!! Ada aku kisah dengan semua tu!

Aku tak kisah la dengan pencen, sebab orang yang kerja swasta pun tak ada pencen. Aku tak kisah la tak boleh apply loan, sebab aku tak suka berhutang - hutang menambahkan beban di kepala, hidup tak tenang. Dibuang kerja? Prinsip aku, kalau ko kerja bagus, mana ada majikan nak buang ko, unless ko jenis suka kerja sambil lewa, tak komited, pemalas - memang senang la boss nak buang ko. 

Tapi, bagi aku, kerja la kat private atau government sekalipun, jangan lah ambik kesempatan walaupun possibility kita untuk dibuang kerja tu tipis.. Jangan lah sebab pihak kerajaan tak kan buang staff, ko boleh buat kerja sesuka hati - masuk kerja pagi, pastu menular minum kopi berjam-jam, lepas tu baru masuk ofis, then tengok FB je kerja ko.. eerrmm.. Buatlah kerja dengan ikhlas, komited, barulah gaji tu berkat..

 Gambar sekadar hiasan

Aku resign sebab aku tak tahan dengan environment kerja aku. Post aku ialah post tertutup. Setiap pegawai kena berpindah-randah ke serata tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Either ko ada anak, ada suami/isteri, ada mak yang sedang sakit yang perlukan perhatian ko atau atas alasan apa sekali pun - pihak majikan aku tak kan terima. Memang dah biasa kami di office tu tengok, suami-isteri PJJ - weekend baru jumpa. Kalau tak nak penat, 2 minggu sekali lah jumpa. Itu perkara biasa - tak ada yang pelik di ofis tu.. 

Kalau bagitau kat Top Management akan masalah ko - pihak Top Management akan cakap - saya dulu pun kerja macam ni jugak, lagi jauh saya kena stay - nun kat Dabong nun. Korang tahu tak Dabong kat mana? 

Aku pun tak tahu, tapi sejak kerja situ, baru aku tahu sebab semua orang takut kalau-kalau kena pindah ke Dabong. korang google la kat mana tempat tu. Aku dulu kena pindah ke Lenggong, setelah berkhidmat di Kuala Lumpur. Lenggong tu dekat je compare to Dabong.

Aanak-anak dara tak kahwin? Itu pun biasa di ofis tu.. Tak kawin sampai mereka pencen - PERKARA BIASA! Mungkin sebab jodoh belum sampai. Tapi slaah satu puncanya ialah sebab BUSY. Busy yang melampau sangat. Seriously aku pun rasa ke-bizi-an yang melampau ni dulu. Sebab tu aku dulu tak sempat nak bercinta. Terus kawen jer. 

Sebab apa busy? Sebabnya kami kena selalu travel. Travel sekeliling Semenanjung Malaysia. Hari ni kat Johor, esok aku dah ada kat Kuching. Lusa pulak schedule kena pergi Terengganu. KLIA tu memang dah macam rumah kedua. So, bila nya rehat? Dalam flight la jawabnya, tidur puas-puas kat dalam flight. Best ke travel? Tak best kalau travel sebab kerja sebab korang tak sempat pun nak hoop-around. 

  Gambar sekadar hiasan

Lagi parah, bila out station memanjang tu, korang tak dapat pun elaun out-staion. Kadang tu (selalu sebenarnya), terpaksa kerja Sabtu dan Ahad. Tak ada OT ok. Dalam pekeliling, pegawai tak layak dapat OT. Tapi sesetengah boss akan kasi claim cuti sebab kita dah kerja Sabtu-Ahad tu. Tapi Boss aku tak bagi claim cuti Sabtu-Ahad tu. So, the end ko buat la amal jariah atas alasan - SUMBANGAN UNTUK NEGARA dan dalam masa yang sama, ko tak ada masa untuk diri ko sendiri dan tak ada masa untuk orang-orang yang ko sayang.

So, kerja macam nak mati tu gaji tetap banyak tu jer... Tak banyak pun gaji ko, tapi kerja macam mengalahkan General Manager. Berapa gaji aku masa tu?? Frankly speaking, dengan beban kerja yang terpaksa tarvel ke sana-sini tu, gaji aku cuma RM 3,000 masa tu. Itu standard pegawai 41 kerajaan ketika itu. Orang kata kerja gomen ni dapat kerja kul 8-5 ptg. Siapa kata?? kalau ada event, kul 12 malam ko baru sampai rumah. kalau kena outstation, memang habis kerja malam je lah. Alaaa... pagawai-pegawai kerajaan lain pun experience benda yang sama jugak. Lebih-lebih lagi kalau pegawai akaun yang kena buat budget tu (confirm bukan aku), nak dekat Pengisytiharan Budget, tak tido la ko jawabnya.. 

 Gambar sekadar hiasan

Pastu pulak, kalau ko kerja kat PBT atau State Government, ko kena ikut kepala orang politik. Kalau tempat tu dikata nak buat pembangunan (walhal kalau ikut piawaian pembangunan, tempat tu tak layak untuk dibangunkan), ko terpaksa angguk kepala mengiyakan apa yang dimahukan oleh BOSS ko (ahli politik tu).

Kalau ko bekerja dengan ahli politik, biasanya, diaorang ni nak suruh buat event kat tempat kawasan parlimen diaorang. So, tak semena-mena korang kena bertungkus lumus anjurkan event kat tempat tu walaupun event tersebut lebih layak dibuat ditempat lain... Welll ... 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' Sape ko nak bantah?? Nama pun kerja, jadinya ko buat je lah..

So, kerana penat dengan situasi-situasi yang aku ceritakan kat atas ni, aku pun ambik keputusan untuk RESIGN selepas aku berkahwin... Sebelum resign tu, aku dah buat solat istikharah berkali-kali, dan hasilnya Tuhan bagi Petunjuk - Resign adalah jalan terbaik untuk aku. Dan bermulalah tugas baru aku iaitu SEORANG SURI RUMAH... hehe

Sambungan di episod akan datang.......

Kalau korang bercuti kat South Island New Zealand, masukkan lah tempat nama 'CROMWELL' ni dalam itinerary korang. Tempat ni wajib pergi tau selain dari Wanaka. Dekat je dari Wanaka. Dalam 15-20 minit drive. 

Cromwell ni terkenal dengan buah-buahan. Kiranya kalau korang nak makan buah-buah segar dari pokok, inilah tempatnya. New Zealand kan antara pengeluar / peng-eksport buah-buahan terbesar kat Rantau Asia. So, inilah tempat pengeluaran buah tu. Pastu, kalau dah datang Cromwell, tak makan buah memang TAK SAH!.

Hari tu, kitaorang pergi ke Ladang Buah milik Mr.Jackson kat Jackson Orchards. Alhamdulillah, kitaorang sekeluarga mendapat layanan yang baik dari Mr. Jackson, his family and all his staff. 

Mr.Jackson ni walaupun dia orang kaya-pemilik ladang terbesar tu, dia sangat humble - dia sendiri yang buat kerja-kerja ladang, bersihkan ladang dia dan kutip buah. Salute la gua..

Ini kedai buah di Jackson Orchards ni. Korang boleh beli fresh fruits kat sini. Murah!

Percaya tak aku cakap fresh?
 Ini buktinya. Masa kitaorang datang hari tu, truck ni tengah loading buah-buah ni kat dalam kedai ni..

Kat sini gak ada kedai ais krim

Pekerja kat sini kebanyakannya bukan warga New Zealand. Mereka ialah foreigner. So, kalau korang nak rasa bekerja kutip buah kat NZ, korang boleh apply kerja kat sini. Syaratnya mesti umur kurang dari 30 tahun dan ada lagi lah syarat-syarat lain yang Kerajaan NZ tetapkan..

Ini dressing - antara produk yang dijual di sini



 Sedap buah ni... Fruits dan vegetables yang dijual disini ialah hasil tanaman dari Ladang ni...

 Kitaorang ambik tour farm. Harga tiket untuk seorang ialah NZD 24. Kanak-kanak free. So, FL tak perlu bayar. Touring tu naik truck ni. Kitaorang spend masa dalam farm ni lebih kurang 1 jam setengah. 

Pemandu pelancong kitaorang ialah Miss Catherine. Dia sangat baik & peramah. Dia treat kitaorang macam kawan dia jer. Catherine ni dah kerja kat farm ni sejak dari dia kecik lagi sebab dia kata ayah dia kawan baik dengan Mr. Jackson. (Sorry tak ada gambar Mr.jackson dalam entry ni, tak sempat nak ambik hari tu). So, ayah dia tolong Mr.jackson ni bukak ladang ni dulu.Aku rasa ladang ni dah berusi lebih dari 30 tahun kot.

Budak yang paling excited - tak sabar nak makan epal katanya


Epal gala - manis giler

Ni pokok epal gala. Ada macam-macam jenis pokok epal kat sini. 
Yang paling sedap memang epal gala la.

Ni kawasana ladang ni. Besar giler. 
Selain dari epal, ada macam-macam jenis buah ditanam kat sini. Kiwi pun ada.




Ini terusan yang digunakan untuk tujuan saliran dan perparitan kat dalam ladang ni. Besar terusan ni...
Catherine tengah brief kitaorang pasal sistem saliran kat sini

Ini rumah Mr.Jackson.
Bestnya ada rumah dalam ladang.. Besar giler banglo dia..
 
Ini pulak jalan masuk ke rumah Mr.Jackson.
Bestnya ada landskap macam ni kat rumah. Aku berangan nak ada landskap macam ni gak. hehe (Tak salah berangan - tak kena bayar pun. hehe)

Ni pulak landskap depan rumah Mr.Jackson. Rasa macam kat Switzeland kejap

 Ini kaedah yang digunakan untuk bersihkan ladang ni.  Buah-buahan yang kotor dan buruk automatik masuk ke dalam 'penyapu' tu.

 Ni antara buah yang ada kat ladang ni..
 

Masa melawat ladang ni hari tu, macam-macam jenis epal aku belajar. Selama ni duk tahu epal merah, epal hujau, epal Fuji je, rupanya ada banyak jenis rupanya.  Kalau kat Malaysia, jarang boleh jumpa epal ni, maybe sebab mahal kot nak import tu.  

 Lepas dah melawat ladang, kitaorang ditunjukkan cara diaorang asingkan buah yang berkualiti dan tak berkualiti. Hanya buah-buah yang berkualiti saja yang dijual & dieksport. Diaorang guna sistem canggih. Semuanya mesin yang buat - so tak perlu hire ramai staff untuk kerja.

Masa dah habis tour dan nak balik, kitaorang diberi 2 kotak buah-buahan (besar kotak tu macam gambar kat atas tu) PERCUMA (actually dah termasuk sekali dengan harga tiket kot). Sebab apa 2 kotak? Seba kitaorang datang dengan 2 bijik kereta. So, 1 kotak untuk 1 kereta, boleh buat kudap-kudap masa dalam perjalanan.

So, kalau korang datang NZ, jangan lupa singgah sini tau makan buah. Pengalaman manis sekali seumur hidup! hehe..

Thank you for reading..

Bila Diri Tertekan

in , by dorsett pink, November 09, 2017
Aku pasti semua orang pernah rasa tertekan kan. Tak kiralah apa pun puncanya, pasti semua orang pernah rasa. Cuma mungkin orang gila je la kot yang tak ada perasaan tu dah… heee..

Ni minyak petrol naik lagi, lagi la bagi tekanan especially untuk golongan bawah. Kalau minyak naik pastu turun balik takpe.. Ini naik dan naik, tak turun-turun.. Adoooiii.. Bila minyak naik, kesan dia banyak, harga barang semua makin naik. Bila harga barang naik, GST pun turut sama akan mahal jugak….

Cakap pun tak guna gak, membebel pun tak guna jugak.. So, mampu diam je lah.. Nanti tunggu je PRU.. Aku Cuma kesian kat orang susah lah.. Kesian diaorang, pagi kerja, petang kerja, malam kerja, kesannya - anak-anak tak dapat perhatian dan kasih-sayang secukupnya dari mak ayah.. huhuhuhuhu..

 Sebabkan minyak naik, kita terpaksalah naik pengakutan awam ni. huhuhu

Sebenarnya bukan aku nak membebel pasal HARGA MINYAK tu. Tapi aku nak luahkan perasaan. Sekarang ni aku tertekan.. Tertekan dengan Tesis PHD aku ni. Aduuusss.. tetiba rasa menyesal pulak sambung tapi dah sampai ke garisan akhir dah ni. Tak kan nak menyesal lagi kan? Duit dah banyak habis.. Masa dah banyak habis.. nak tak nak kena habiskan jugak perjuangan ni..

Biasanya bila study ni, memang dugaan datang dengan Maha Hebat bila ko dah nak habis.Tak kiralah peringkat apa pun pengajian tu, even Diploma sekali pun. Ujian sangat berat bila dah nak grad.. Setuju tak?errmm.. Aku sekarang tengah pulun siapkan write-up..

Aku rasa dah 10 draft aku antar kat SV. Tapi biasalah ada je yang tak perfect. Kena tukar itu ini.. Aduss lecehnya.. Aku tak salahkan SV aku, memang patut pun dia komen itu-ini, at least nanti dengan examiner kuranglah sikit soal jawapnya.. hehe.. Hopefully..

Tapi tu lah, bila duk asyik betulkan ayat-ayat ni, mata aku pun dah blurr duk asyik tengok Microsoft Word ni, otak aku pun dah tepu. Rasa macam aku dah perah dah segala idea bagai, rasa macam dah tak mampu dah aku nak fikir lagi.. Addooooo..

Kalau dulu masa zaman sekolah, kalau aku tension or pressure, aku akan lepak kat pantai sorang-sorang. Sebab belakang sekolah aku dulu ialah PANTAI. Kalau korang pernah dengar Pantai Batu Burok, kat Kuala Terengganu, pantai tu lah yang aku pergi untuk mengubat rasa hati ni. Kadang, aku boleh termenung je tengok laut tu.Spend masa kat situ 3-4 jam, then balik rumah rasa LEGA NYA......

 Itulah natural remedy aku dulu-dulu.. Bestnya dapat duduk & sekolah kat pantai..

Sekarang duduk kat Hutan Konkrit. Mana nak cari pantainya. Paling dekat pun PD. Tapi terpaksa drive 2 jam.. huhu.. Rindunya dengan pantai..

P/S : Gambar pantai tu ialah kat Gili Trawangan, Lombok, Indonesia

TIPS Bangun Pagi - Reward Diri Sendiri

in , , , by dorsett pink, November 07, 2017

Aku ni bukan morning person. Memang susah sangat nak bangun pagi.. Adooooiii... Biasanya aku terjaga jam 6.30 pagi. Ok lah tu kot , sempat lagi nak solat subuh.

Tapi bagi seorang ibu, aku rasa 6.30 am tu dah kira cukup lambat dah.. Kalau ada anak yang bersekolah rendah, confirm tak sempat si ibu nak buat Bento untuk anak. 

Paling worst lagi, ko tak dapat nak solat tahajud.. huhu.. Rugi banyak tu.... ustaz cakap kalau nak tarik rezeki - rajin-rajinlah buat Solat Tahajud (selain dari Solat Dhuha). 

Kalau orang tua dulu-dulu confirm dah kena marah ni sebab bangun lambat - tolak rezeki!. Mujur aku dapat husband yang sportinggg.. eccccceeeece (Saja bodek, nak hujung tahun ni - Black Friday bakal menjelma).
 
Sebenarnya kalau bangun awal, confirm banyak kerja boleh buat. Even nak menulis pun senang, banyak idea masuk di awal pagi. Kalau student, better study di pagi hari - senang nak ingat dan senang nak faham!

Aku tengok diri aku ni. Kalau aku menulis tesis awal-awal pagi, senang jer. Macam laju je menulis sebab banyak idea. Idea masuk mencurah-curah. Tapi kalau buat tesis masa siang hari tu, lambat skit la - jenuh nak perah otak.. huhuhuhu

Aku search kat google - TIPS Bangun Pagi.

Antara artikel yang baca suggest, supaya reward diri . Reward diri ni ialah buat apa yang kita suka buat masa di awal pagi tu. Kiranya, bangun pagi-pagi, reward diri dulu, then baru start buat kerja-kerja lain. Kalau korang suka update FB, jadi reward la diri dengan update status kat FB. Kalau kroang suka main game, jadi reward la diri dengan main game sekejap.

Macam aku, aku suka coffee..  I am a coffee lover. So, kalau aku berjaya bangun pagi seawal jam 4 pagi atau 5 pagi, aku akan bancuh kopi dulu.


Dapat minum secawan kopi, aku rasa phhheeeeewwwww... Nyaman nye.. Then, lepas minum tu, aku start la dengan rutin-rutin lain - solat, mengaji, study (menulis).... 

Nak buat benda baru dalam hidup ni memang susah. Mula-mula tu rasa susah la nak bangun pagi. Tapi, bila dah seminggu buat benda tu, badan kita dah boleh adapt dengan aktiviti baru tu, then ia terus akan jadi rutin selepas tu...

P/S : Gambar-gambar kopi tu gambar di siang hari, pagi-pagi aku minum kopi 3 in 1 jer.. hehehhe
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE