Demam Sebab Bengkak Susu

in , by dorsett pink, February 13, 2019
3-4 hari blog ni tak terupdate. Langsung tak larat nak bukak laptop, apatah lagi nak update blog. huhu. Sebab utamanya ialah aku demam. Ditambah pulak dengan masalah internet lately, lembap betul. Jadi, nak tulis blog tu tak terdaya langsung.

Aku demam sebab bengkak susu. Leeya dah menginjak ke usia 11 bulan. Bulan depan genap lah usia dia 1 tahun. Ingatkan bengkak susu tu cuma waktu dalam pantang atau bila baru-baru habis pantang. Rupanya walaupun anak dah nak masuk 1 tahun pun still jugak dapat bengkak susu. huhu.

Memang rasa sakit tu. Pastu, dapat pulak pakej demam sekali, dan dapat jugak pakej sakit kepala, so lagilah bertambah-tambah sakit nya. Tapi nasib baik sakit kepala tu sakit biasa jer, bukan tahap sakit migrain. Aku tak pernah kena rasa sakit bengkak susu macam ni. Kalau ada pun, tak ada lah sampai tahap demam gini. 


Terima kasih banyak-banyak untuk www.superibu.com


Aku ada jugaklah tanya dengan pakcik gugel. Tapi last-last aku bagi Leeya minum (direct feeding) banyak-banyak ngan buat marmet jer. Bila bengkak tu dah surut, demam tu automatik sembuh. Amazing!. Masa demam tu, aku ada juga makan panadol, tapi panadol yang dibenarkan untuk ibu menyusu lah. Sebab dah tak tahan sangat. Lepas makan panadol tu, rasa lega lah sikit. 

Alhamdulillah, hari ni dah sembuh sepenuhnya dan bolehlah tengok blog ni. hehe. 

Main Pondok-Pondok

in , by dorsett pink, February 09, 2019
Semalam kan aku ada cerita yang aku dan my big family belah hubby pergi bersuka-ria kat Bangi Wonderland. Boleh baca kat entri ni - 'OUR CNY HOLIDAY'. 

Budak-budak memang teruja habis sampai tak nak balik. Tapi kena jugak balik, tak kan nak tidur situ kan. 'Takpelah anak-anak, nanti kita datang lagi ya'.

Salah satu benda yang diaorang teruja selain dari main air , ialah sebab ada gazebo / wakaf ni.



Suka diaorang sebab dapat main pondok-pondok. Budak bandarlah katakan (poyo!), sebelum ni hanya main barbie doll kat rumah jer, main 'rumah-rumah pun kat dalam rumah, main 'pondok-pondok' pun di dalam rumah juga. Bila dapat 'pondok' betul-betul, memang super-duper excited la. 

Macam-macam diaorang main dalam 'pondok' tu. Main cikgu-cikgu, main 'hide & seek', main masak-masak, main 'story-telling', macam-macam lah. Budak-budak kan imaginasi diaorang tinggi. Tengok tu Leeya pun sama naik. Nak jugak join the crowd, walaupun dia belum faham apa-apa. hehe. 


Leeya main 'hide & seek' . Orang lain menyorok, Leeya kena cari. hihi. Cute jer mommy tengok.


Kalau korang pergi Bangi Wonderland, korang boleh sewa gazebo/wakaf ni atau dipanggil sebagai 'Cabana' kat sana. Boleh sewa kat kaunter 'tube rental'.  

Sekarang Bangi Wonderland buat promosi sehingga Jun 2019 - 2 orang hanya RM 90, 5 orang hanya RM 200. Tapi sila bawa MyKad masa nak beli tiket. Murah kan? 

Our CNY Holiday

in , , by dorsett pink, February 08, 2019
Cuti panjang hari tu kami tak kemana-mana. Dah cerita kan kat entri sebelum ni? Entri ni - 'CUTI PANJANG TAK KEMANA-MANA'. 

Tapi, kesian gak kat anak-anak duk umah jer. Kalau keluar pun, keluar dekat-dekat jer. So, sehari sebelum cuti CNY kami (including my hubby's big family), decide nak bawak budak-budak main air kat Bangi Wonderland. Sebab apa Bangi Wonderland? Dah tak de tempat lain ke? Disebabkan review aku yang sangat menarik kat entri ni - 'DATING DENGAN ANAK SULUNG DI BANGI WONDERLAND'. Diaorang nak jugak merasa keterujaan bermain air kat Bangi Wonderland ni. 


Hari Isnin (4 Feb 2019), En.suami beli tiket through online. Memang biasanya kami beli tiket online jer kalau pergi mana-mana themepark, sebab dah fobia beratur panjang-panjang kat kaunter. Biasanya tempat-tempat tumpuan orang ramai ni, memang ramai giler orang que. 

Hari Selasa (5 Feb 2019), hari yang dijanjikan. Pagi-pagi Subuh aku bangun, study dulu untuk VIVA. inilah rutin pagi aku sekarang. Bila studi waktu pagi ni boleh lah fokus lebih sikit sebab anak-anak sedang lena beradu. Dalam jam 11 pagi, keluar dari rumah, kami brunch dulu kat kedai mamak. Lepas brunch, bergerak ke Bangi Wonderland. Kebetulan masa tu dah nak dekat waktu Zuhur. So, solat dulu kat Masjid Bandar Seri Putra, then lepas tu terus gerak masuk ke Bangi Wonderland. 5 minit jer jarak dari masjid ke theme park ni.

Study dulu sebelum bersuka-ria

Sambil tengah tunggu makanan kjat kedai mamak, dapatlah siapkan 1 worksheet dulu


 Gambar sebelum mandi-manda



Ramai giler orang kat Bangi Wonderland ni. Almaklumlah cuti public holiday kan. Walaupun crowd ramai tapi kami tetap enjoy tahap maksimum. Sampai ke hari ni pun, masih lagi duk cerita keseronokan kat Bangi Wonderland tu. Nanti nak repeat lagi lah pergi sana. Tak puas rasanya. 

Jam 6 petang, tempat tu tutup. Lepas dah siap mandi dan solat Asar,jam 6.30 kami keluar dari sana. Rasanya kitaorang la kot orang paling last keluar. 

Lepas tu, kami terus shoot ke Putrajaya. Makan malam kat Ayer@8. Sambil makan, sambil duk cerita pasal kerterujaan kat Bnagi Wonderland petang tu. Then Jam 11 malam, baru drive balik rumah. Balik rumah, masing-masing keletihan, tidur sampai pagi.

Hari Rabu, duk berehat jer kat rumah sebba badan dah penat sangat. 

Apa-apa pun, Bangi Wonderland memang terbaik ..

Our Family - Present and Future

in , , by dorsett pink, February 04, 2019
Kakak FL sangat suka melukis. memang nampak bakat dan hobi dia ke arah seni tu sejak dia umur 2 tahun lagi. Dia ni jenis orang yang tak boleh duduk diam tanpa buat apa-apa. Mesti nak buat aktiviti jugak hatta sambil tengok TV. Dan aktiviti yang paling dia suka ialah baca buku dan buat 'homework'. Tapi bila bosan dengan buku, dia suka melukis dan mewarna. 

Since kat rumah tak boleh tengok / main handphone, so memang dia akan habiskan banyak masa dia dengan aktiviti seni dan belajar. 

Dan aku perasan, objek yang dia suka lukis ialah - family. Family - our little family - daddy, mommy, Kakak Leena & Leeya. Ada kalanya, hari-hari dia lukis benda yang sama jer - our family.

Dia cakap - ni our family. Maksudnya family kitaorang sekarang. Ada 4 orang dalam gambar ni - daddy, mommy, dia & Leeya. Daddy tu yang muka warna coklat, dia paling besar. hehe. 


Ini pulak - ada mommy, Kakak FL & Leeya. Leeya duduk tengah-tengah. 'Mommy pakai tudung  warna pink dan dia pakai baju warna-warni', katanya. (Thumbs-up).

Dan dalam lukisan ni pulak ada 5 orang. Sorang lagi tu dia kata 'our future brother'.  Tinggi betul imaginasi dia. Mommy pun tak tahu bila bakal 'adik lelaki' akan keluar. hahahaha.


So, this are our present and future family based on Kakak FL's imagination. hihi. It is a pretty good for a 4 years old kid. Mommy senyum jer tengok artwork ni semua. Mungkin nak buat frame la nanti. Tapi tak tahu kat mana nak buat. Duk tengah mencari lagi kedai frame. 


Biasanya, orang yang minat art ni, daioarng akan luahkan perasaan diaorang melalui kertas lukisan. So, apa yang Kakak FL lukis ni, nampak macam dia happy sangat dengan family dia sekarang. Macam dia enjoy dikelilingi oleh kami-kami - Leeya, mommy & daddy. Alhamdulillah kalau dia happy dan sayang family dia sendiri. Hopefully ikatan kasih sayang ni akan berkekalan erat-seeratnya sampai diaorang besar nanti dan sampai ke Syurga. Inshaallah. 

Cuti Panjang Tak Kemana-Mana

in , , by dorsett pink, February 04, 2019
Cuti panjang Tahun Baru Cina ni, kami sekeluarga tak kemana-mana. Hanya spend masa kat rumah jer. Tak de mood nak drive jauh-jauh, sebab tak nak terperangkap dalam jem. 

Kat KL dan Selangor pun banyak juga attractions. So, akan luangkan masa untuk anak-anak kat area KL ni je lah.

Dah 2 hari start cuti. Bestnya. Dapat mandi-manda kat pool. Dah lama tak turun mandi pool. Hari-hari biasa, masa tu macam pack jer nak pergi swim. Weekend pulak kitaorang selalu pergi kat taman awam atau stadium untuk jogging. So, waktu cuti macam ni lah, ada peluang untuk turun swim kat kolam renang.



Leeya ni demam. Aku cerita kat entri sebelum ni. Tapi lepas dapat main kolam, terus sembuh dari demam. Errmm. Kuat betul penangan air kolam ni. Both Kakak FL dan Leeya memang suka sangat main kat swimming pool. Just like their mommy - hantu air. hihi.


Dah 2 hari aku berjaya buat 8 laps - breaststroke. Ok lah 8 laps breaststroke, selepas berehat panjang cuti bersalin. Sebelum ni (lepas bersalin Leeya) hanya berjaya buat 3-4 laps jer. So, sekarang nampak gayanya aku dah makin fit, dah boleh buat 8 laps, esok-esok mungkin boleh tambah lagi buat 10, 15, atau 20 laps. hehe.. 

Kalau aku berjaya buat 15 laps, aku nak self-reward makan cheese cake. Dah lama tak makan cheese cake ni. hehhee.. 

HARAM - Lagu Terbaik Tahun 2018

in , by dorsett pink, February 04, 2019
Anugerah Juara Lagu 33 - AJL 33 telah melabuhjkan tirai tepat jam 12 malam semalam. Aku setiap tahun memang tak pernah miss tengok AJL ni. 

Aku paling suka Akim. Tapi dah 2 tahun Akim tak masuk bertanding sebagai penyayi. Dia masuk bertanding sebagai komposer jer. Kalau Akim masuk, sure aku sokong dia. Aku suka gaya nyayian dan suara dia. 

Tahun lepas aku sokong Lagu Jampi nyanyian Hael Husaini, Alhamdulillah dia menang Juara Lagu tahun lepas. 

Tahun ni pulak - AJL 33. Aku sokong Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Memaag touching habis la Pian nyanyi semalam. Menusuk kalbu betul. Memang feel betul dia menyanyi tu. Takpelah tak menang pun, at least menang Persembahan Terbaik. 

A big congratulation goes to Hael Husaini dan Dayang dengan lagu HARAM. Diaorang menang  tempat pertama AJL 33 semalam. 


Tahun depan korang rasa siapa yang akan masuk final AJL 34? Aku for sure nak sangat Akim masuk.  Tahun ni Akim ada keluarkan lagu baru. Bagi aku, lagu-lagu dia memang feel la. Semalam pun lagu dia menang tempat ke2.

Jatuh Cinta Dengan Essential Oil

in , , , , by dorsett pink, February 04, 2019
Dulu-dulu aku ni sangat skeptikal dengan essential oil ni. First time dengar pasal essential oil (kebetulan masa dengar tu , dengar jenama young Living) masa pergi parenting class. Speaker yang mengajar tu merupakan therapist bagi kanak-kanak istimewa, a.k.a kanak-kanak autism & other disabilities. Dia cakap, kanak-kanak istimewa ni banyak guna essential oil, dan memang nampak sangat peningkatan pada diaorang especially dari segi motor skill improvement.

Dulu Kata-kata speaker tu sangat menyakinkan, tapi aku masih lagi skeptikal - 'betul ke minyak ni boleh jadi ubat/supplement? Minyak je kot, main sapu-sapu jer, bukannya makan pun'. So, bila kawan-kawan duk promote essential oil ni kat aku, aku pandang sebelah mata jer, tak pernah pun beli Cuma mampu tengok orang lain membeli. hehe.

Sampailah pada waktu aku mengandungkan Leeya. Masa aku hamilkan Leeya, Kakak FL start buat perangai mengamuk-ngamuk. Sebelum ni dia tak pernah pun mengamuk/tantrum. Mungkin kerna faktor 'sindrom nak dapat adik' kot. Sebabkan aku dan en.suami dia tak pernah experience anak mengamuk sebelum ni, jadinya aku rasa aku nak cuba guna Essential Oil. Cuba jer dulu, mana tahu jalan. 

So, aku pun order lah EO pertama aku - 'JOY'. Joy ni guna untuk tenangkan anak-anak. Sebelum tidur, aku urut-urut Kakak FL dengan Joy. Dia suka sangat. And amazingly, Joy ni boleh buat dia tidur lena sepanjang malam, dan dia pun dah kurang mengamuk-ngamuk tu. 


Sejak tu aku memang percayakan EO ni. Tapi aku cuma yakin dengan brand Young Living je. Brand lain tak berani nak try. Sejak dari tu jugalah, aku menjadi pengguna setia EO. Setiap bulan aku cuba beli 1 botol EO. Beli 1 jer lah sebab EO ni pun mahal. Beli dan beli sampailah terbeli diffuser. Memang sangat-sangat best.

Bila anak-anak atau mommy daddy demam/tak sihat, aku akan urut diaorang dan diffuse 'Lemon'. So, 'lemon' wajib ada dalam stok simpanan aku. Sekejap jer demam tu akan hilang. 

Dan yang paling aku suka ialah EO ni dapat buatkan aku lebih fokus untuk study dan tulis tesis. Memang sebelum start menulis hari-hari, benda pertama aku buat ialah diffuse dulu EO ni. Untuk fokus menulis, aku biasnya diffuse 'focus blend - cedarwood, vertiver, lavender'. Ataupun hanya guna 'En-R-Gee' - untuk boost mood/energy aku hari tu. Kalau rasa badan lemau-lemau, malas-malas, aku diffuse la 'En-R-Gee' tu. Macam yang aku cerita kat entri ni - 'BERHUJUNG MINGGU DI FLORIA 2018'.


'Vertiver' ni wajib ada dalam hendbeg / beg laptop aku. Pergi mana-mana aku bawak 'Vertiver' ni sebab aku suka bau dia. 'Vertiver' ni aku guna u tuk fokus juga. Fokus untuk buat tesis atau apa-apa kerja yang menuntut konsentrasi. 


Alhamdulillah, sejka guna EO ni, anak aku Kaka FL dah jarang sakit-sakit (walaupun batuk-batuk). So, kos perubatan kami anak-beranak dah makin berkurang sejak guna EO ni. Dan yang paling best, Kakak FL sekarang dah tak tantrum lagi. Tapi, pasal tantrum tu , banyak faktor juga yang influence, bukan EO semata-mata. Inshaallah lepas ni, aku akan cuba tambah lagi koleksi EO aku. hahahha. 

P/S : Kalau nak beli EO, boleh try contact sahabat aku - Widy : 013-3934148. Selama ni aku beli EO ni semua dengan dia lah. 

Leeya Demam

in , by dorsett pink, February 01, 2019
Kalau minggu lepas mommy demam, minggu ni Leeya pulak demam. huhu. Kesian Leeya.

Demam nak tumbuh gigi lagi ke? atau demam sebab dah ready nak berjalan? Mungkin juga faktor cuaca kan. lately, kejap panas, kejap hujan, cuaca tak menentu.

Takpelah walau apa pun sebabnya semoga Leeya cepat sembuh ya sayang.

Bila Leeya demam, dia cranky jer. Nak berdukung jer dengan mommy macam baby kangaroo. Pastu tak de selera makan sangat. Makan sikit jer. Nasib baik dia nak makan juga. Minum susu OK, laju jer. Minum ubat pun OK. Tak susah-susah nak paksa makan ubat. Alhamdulillah.

Semoga Leeya cepat sembuh ya. Mommy dah jadi macam sotong ni - banyak tangan. Dua tangan macam tak sempat jer nak buat semua benda.. 

Budak demam tengah layan tengok cerita Larva kat TV =))
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE