Kakak FL Masuk Darjah 1 - Mommy Dah Download Microsoft Teams. Yeeeeaaaayy!!

Tahun ni Kakak FL masuk sekolah rendah Darjah 1. 

Isnin hari tu, semua parents Darjah 1 dah ada briefing dari pihak sekolah secara online. 

So, persekolahan akan bermula pada esok (20 hb Januari 2021) secara online. 




Senarai nama kelas dah keluar dan Kakak FL pun dah tahu dia kelas mana. Kami pun dah berkenalan dengan guru kelas. 1 kelas ada 2 orang guru kelas. Kat Sekolah Kakak FL ni, guru kelas dipanggil sebagai mentor. 

Jadual kelas ONLINE pun dah keluar. Secara tentatifnya, kelas online ni hanya sehingga 26 Januari 2021 ni saja. Tapi kalau PKP extend lagi, so maksudnya extend lagilah belajar online ni. 

So, minggu pertama persekolahan ni, akan bermula dengan Minggu Orientasi dulu. Orientasi secara online sehingga Hari Jumaat ni. So, start minggu depan baru belajar betul-betul untuk setiap subjek.

Pembelajaran Online Sekolah KAKAK FL akan guna software Mictosoft Teams. 

Kakak FL nanti akan guna Samsung Tablet untuk belajar online, so, mommy dah download siap-siap  Apps Microsoft Teams dalam Tab ni. 

Pihak sekolah pun dah antar emel dan password untuk setiap pelajar guna Teams ni.

So, esoklah bermula episod baru dalam hidup Kakak FL dan MOMMY 💗. All the best anakku. 

Esok pulak nanti Mommy update - Hari pertama Kakak FL masuk sekolah 😊.

Petua Ustazah Asma Harun Menjadi!

in , , by dorsett pink, January 18, 2021

 Petua Ustazah Asma Harun Menjadi!

Kakak FL dah umur 6 tahun . Tahun ni genaplah dia berusia 7 tahun Jun nanti. Dah besar kan? 

Kejap jer rasa , macam baru semalam mengandungkan dia. Tup-tup dah masuk darjah 1.

Tahun-tahun lepas, aku geram dengan Kakak FL ni. 

Kalau mommy suruh apa-apa, lambat betul nak buat, atau tak buat langsung. Ayat dia - 'Kejap mommy, jap-jap'. Jap-jap tu last-last tak buat. Last-last mommy yang kena buat. HUH!.

Bila tak ada maid, memang kita mak-mak kena buat banyak kerja rumah kan. Kalau anak-anak tolong rasa ringan sikit. En.suami aku selalu tolong , Alhamdulillah!. Tapi kalau dia sibuk, jam 12 malam baru balik rumah. So, tak kan nak suruh dia tolong jugak kan? Kesian la dia penat-penat cari rezeki, balik rumah mestilah nak rehat.

Pastu Kakak FL ni, kekadang melawan juga. Bila mommy cakap apa-apa, ada lah jawapan dia 'itu-ini'.

Aku boleh bersabar, tapi kadang-kadang tak boleh bersabar juga. Tapi tak kan nak biarkan peranagi dia tu macam tu sampai dia besar. Tak Boleh!. Dari sekaranglah kena didik dia betul-betul, contohi akhlas Rasulullah saw. 

Itulah benda yang merisaukan aku pasal Kakak FL ni - pasal akhlak dan adab.


Tahun lepas ALLAH makbulkan doa aku -dengan cara Allah gerakkan hati aku untuk follow Ustazah Asma Harun kat sosial media. 

Dan salah satu petua Ustazah Asma share kan untuk anak-anak kita menjadi anak soleh dan anak solehah ialah dengan - 'Amalkan baca Surah Al-Saffat, Ayat 100". Jadikan Ayat itu sebagai zikir harian kita dan bacakan pada anak-anak. 

Selepas beberapa bulan aku amalkan baca doa tu, Alhamdulillah! Kakak FL sekarang sangat-sangat ikut cakap mommy. Dah tak melawan, dan terus je buat apa yang mommy suruh. Memang miracle!


Baca post ni nak tahu doa tu -  'DOA SUPAYA ANAK-ANAK MENJADI SOLEH SOLEHAH'.


Declutter - Nak Buat Rumah Cantik dan Tersusun Indah. 

Decluttering atau Spring Cleaning - projek ni dah menjadi annual project untuk rumah aku. Biasanya kalau bulan November atau Disember, aku akan buat spring cleaning kat rumah. Aku akan sisihkan barang-barang yang dah tak guna, yang dah tak muat atau yang dah rosak ketepi dan buang! Opppsss! Buang atau donate. 

Mana yang asih elok tu, aku akan donate ke mana-mana tempat yang memerlukan especially tudung dan baju-baju.

Biasanya baju anak-anak lah yang banyak  untuk let go sebab diaorang ni cepat sangat membesar. Baju pakai pun cukup-cukup setahun jer, lepas tu dah kena tukar baju lain. Tak kan nak simpan baju diaorang tu banyak-banyak (nanti boleh simpan untuk adik). 

Adiknya entah bila lah nak dapat. So, sementara nak tunggu dapat adik baru, lebih baik sedekahkan baju-baju diaorang tu semua, sebab semuanya masih elok lagi. Tak kan nak bagi kat orang baju yang dah buruk kan. 

Bila kita let go, barang-barang atau baju-baju yang kita dah tak guna, rumah kita pun makin kemas dan bertambah kurang lah barang-barang. kalau tak 'buang', nanti, barang-barang kat rumah bertambah banyak pulak, pastu rumah jadi semak dan serabut sebab dipenuhi dengan barang-barang yang dah tak berfungsi. 

(Boleh tengok entri-entri aku yang lepas pasal spring cleaning ni - Get Organized ). 


Tapi sekarang ni, aku dah tak buat acara 'DECLUTTERING' ni secara tahunan . Sebab azam tahun 2021 ni aku nak menjadi Lebih Organized dan Lebih Kemas, so, decluttering ni aku buat selalu - setakat ni setiap minggu / weekly . So, decluttering ni dah menjadi weekly routine kat rumah aku. 

Aku pun dapat educate en.suami - suruh dia buang jer barang-barang yang dah tak guna, tak perlu nak simpan. Kalau sayang nak buang, sedekah kan. Bila kita sedekah, kita akan lagi happy dan tenang. 

Sebelum PKP hari tu, aku buang kotak-kotak ni semua kat Pusat Recycle. 

Hari pertma PKP, aku declutter kotak ubat dan supplement. So, aku terjumpa ubat-ubat ni yang dah expired dan perlu dibuang! Kalau tak declutter, tak perasan pun dah expired kan? 

Ini semalam - buang rice cooker dan barang-barang lain yang dah rosak. 

Kat mana kita nak buang barang yang dah tak guna? Boleh buang kat kotak CRCBOX - kuning atau kotak hijau, kalau kat kawasan rumah korang tak ada Pusat Recycle. 

Bila dah banyak sangat membuang barang-barang, Alhamdulillah! rumah sekarang dah makin kurang barang. 


Kalau sesiapa, yang rasa tak mampu nak declutter sorang-sorang atau tak sempat sebab busy dengan kerja-kerja pejabat, aku ada buat Service Decluttering ni. Buat masa ni hanya cover area Selangor dan KL jer, dan kawasan yang dekat dengan Selangor contoh macam NILAI dan Seremban. 


Boleh whatzapp number ni : 011-6225 3899 . www.wasap.my/01162253899  untuk book slot. 

Untuk yang nak pindah rumah, jika tak cukup tangan nak declutter dan kemas barang sorang-sorang, boleh la whatzapp aku. Nanti kita discuss soal bayarannya. 

Persediaan Masuk Darjah 1 Tahun 2021

in , by dorsett pink, January 16, 2021

Tahun 2021 ni Kakak FL masuk Darjah 1 Sekolah Rendah. 

Segala persiapan dan keperluan dah dibeli dan dibuat sejak Disember 2020 lagi. Senang prepare awal-awal sebab tak nak kelam-kabut last-minute. 

Buat awal-awal, so last minute nanti boleh fokus buat benda lain. 

Baju sekolah semua dah siap beli.

Ni uniform sekolah Kakak FL - pakai seluar. Nanti Darjah 4 baru pakai kain.

Beli uniform kat koperasi sekolah jer. 


Harga untuk uniform + lencana + buku tulis semuanya ialah 
RM 271 (5 pasang baju sekolah). 


Buku teks dan buku latihan beli kat Pustaka Rakyat. Pihak sekolah bagi senarai buku. Harga BUku beserta alat tulis semua iaah RM 330.

Kakak FL dpaat masuk kelas DLP (Dual-Language Programme), so nanti dia akan belajar Math dan Sains dalam English. 

Ni ready-made pembalut buku. Senang ! Terus lekat je kat buku, dah tak perlu nak guna gunting untuk potong plastik, potong saletape macam zaman mommy dulu-dulu.  Ni beli sekali kat Pustaka Rakyat tu. 

Stamp nama dan sticker pun dah siap buat di kedai printing.


Belajar beli air kat mesin ni. Nanti mesti selalu membeli di sini kan kakak?


Ini masa beli uniform Disember hari tu. 


Ni buku tulis dan buku latihan yang akan digunakan nanti. 


Kasut sekolah, stokin, telekung, sejadah semua dah beli. Tapi tak dapat nak guna lagi. Sobbss.. Sobsss.. Hopefully ada lah sinar nanti untuk pergi sekolah macam biasa. 

Walaupun start sekolah ni belajar ONLINE jer, tapi takpelah, at least dah prepare semua. 

Sedih jugak lah belajar ONLINE, tak dapat nak pergi sekolah. Kakak FL dan mommy pun dah excited nak masuk sekolah ni. Al-maklumlah, first time kan. Tapi kita redho jer lah. Harap-harapnya, dapat juga Kakak FL pergi sekolah betul-betul tahun ni.  

Hari tu masa Bulan Disember, kami anak-beranak (together my big family), pergi breakfast awal-awal pagi kat  Levain Boulangerie Patisserie Cafe yang terletak di Jalan Delima, Off Jalan Imbi , Kuala Lumpur. Dekat sangat dengan Prince Court Medical Centre.

First time kitaorang breakfast kat situ. Masa tu kitaorang holiday kat KLCC, so pergilah jalan-jalan cari makan kat sekitar KL ni. 




















 Overall, aku sangat suka tempat ni. Parking senang!. 

Kalau datang dalam jam 9 tu dah ramai orang. Kitaorang dulu datang masa Cafe baru bukak, seawal jam 7.30 am. Kalau Jam 11 dah habis breakfast, tapi ditukar ke Lunch Menu. 

PKP Lagi?

in , , by dorsett pink, January 12, 2021

 Semalam YAB Tan Sri Perdana Menteri dah umumkan yang Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan PKP - Perintah Kawalan Pergerakan, sama macam Mac tahun lepas. 

Errrmm..

Takpe. 

Hal ni telah dijangka kan. 

So, keep calm dan terima keadaan ni dengan redho. 


Masa PKP ni, bolehlah aku ganti puasa sampai habis. Dan bolehlah solat jemaah dengan en.suami 5 waktu sehari macam tahun lepas. Boleh lah khatam Quran (InshaALLAH). 

1. Mula-mula , PLAN dulu apa yang nak dibuat sepanjang 2 minggu PKP ni (Ye ke 2 minggu, rasanya extend sampai 3 bulan kot 😅). 

2. Lepas tu, buat jadual untuk seisi keluarga. 

Tahun ni first year Kakak FL masuk sekolah rendah. 20hb ni start belajar online?? Online apakah?? Bisakah Kakak FL belajar Online?? Errrmm... Kita tunggu dan saksikan jer macam mana nanti 😅.

Kelengkapan sekolah semua dah beli, buku-buku dan alat tulis dan uniform dah habis beli semua, tapi last-last tak sekolah. Errmm.. Takpelah, kita redho. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Stay positive OK.

Hari Sabtu hari tu pergi IKEA beli barang .


Semalam pergi IKEA lagi sebab ada barang yang terlupa nak beli. 

So, bolehlah buat projek decor dan susunatur rumah masa PKP ni 😊.

Last but not least, banyakkan baca surah al-Kahfi dan amalkan baca Surah al-Mathurat setiap hari. Amalkan, and you will see the miracle. 

Hopefully, cepatlah virus covid ni hilang. Stay safe everyone. Jangan lupa pakai face mask, sanitize tangan selalu dan kekalkan jarak sosial.

Sumbangan Untuk Mangsa Banjir di Pahang

in , , by dorsett pink, January 12, 2021

 Sekarang kan Musim Banjir kat Pantai Timur dan Johor. 

Kesian tengok mangsa-mangsa banjir ni. Rumah aku pernah kena banjir tahun lepas. (Boleh baca entri Julai 2020), so aku tahu macam mana perasan dia bila banjir ni. huhuhuhu.. Penat ooo!. Penat nak mencuci rumah yang disaluti lumpur. Bila penat emosi kita pun terganggu, tidur tak lena, makan tak kenyang, sebab stress tengok rumah tak sempurna. huhu.

So, untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir ni. Aku sumbangkan makanan dan keperluan untuk mereka melalui pihak Farm Fresh KL dan Selangor - Team Bapak Susu. 

Sebenarnya aku nak belikan barang-brang keperluan tu bagi pihak aku sendiri. astu terfikir, dah alang-alang pergi kedai beli barang sumbangan, belikan sekali lah sesiapa yang nak minta tolong belikan sumbangan especially kawan-kawan. Then aku pun mesej la kawan-kawan tanyakan kot-kot diaorang nak sumbangkan apa-apa untuk mangsa banjir ni. Senang aku belikan semua sekali harung jer, pastu terus aku hantar ke Team Bapak Susu untuk diagihkan ke mangsa-mangsa banjir. 


Bila aku  blast whatsapp ke kawan-kawan dan group-group whatsapp yang aku aku join., ramai juga kawan-kawan yang respond dan berikan sumbangan. Antaranya ialah Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih BEN Ashaari dan ahli-ahli Kelab KBBA atas sumbangan yang diberikan.

So, hari Jumaat hari tu, aku ke kedai, belikan semua barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir dan terus aku hantar ke warehouse Farm Fresh Selangor. 

Alhamdulillah! Aku happy dapat tolong kawan-kawan yang tak sempat nak belikan barang-barang. Dan aku pasti mangsa-mangsa banjir turut happy sama. 




Ini antara barang-barang keperluan yang aku beli

Penuh boot kereta. Aku shopping dengan anak-anak. Biar anak-anak tengok apa yang patut dibeli untuk membantu mereka yang terkena banjir ni. Nnati bila diaorang besar, bolehlah diaorang fikir dan beli sendiri - apa yang wajib dibeli untuk membantu mereka dalam kesempitan.






Sumbangan telah dihantar ke mangsa banjir pada hari Sabtu baru-baru ni di mana Maran, Pahang adalah destinasi pertama yang diberikan.

Terima kasih pihak Farm Fresh KL kerana kerahkan masa dan tenaga untuk turun ke Pantai Timur untuk agihkan bantuan ni.

Aku berdoa pada Tuhan agar Allah murahkan lagi rezeki aku dan suami supaya lagi banyak kami dapat memberi dan lebih ramai orang kami dapat tolong, especially untuk tolong orang Islam. Amin.

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE