Macaroni Organik

in , , by dorsett pink, February 08, 2017
Hari ni tetiba rajin pulak nak check keywords. Antara keywords yang selalu dicari kat blog aku ni ialah pasal travel, aqua cream dan aqueous cream dan lunchbox ( bekas tahan panas). Tapi hari ni aku terkejut pulak tetiba ada yang cari pasal macaroni orgran (Orgran - salah satu jenama untuk organic food). Ramai pulak tu yang mencarinya.Apsal erk? 

Ke sekarang musim baby dah start makan solid food? (cerita pasal solid food untuk baby tengok kat Entri NI).

Ke sekarang rakyat Malaysia dah insaf , semua nak cari makanan organik jer untuk dimakan?


Takpelah, apa-apa pun sebabnya, ianya bagus untuk kesihatan kita jugak..

So , kalau korang nak cari macaroni organik, korang boleh beli kat Cosway, Cold Storage atau di Hero. Untuk entri pasal macaroni tu, boleh klik pada gambar 👇

http://dorsettpink.blogspot.my/2015/06/babys-food-animal-pasta.html


Peminat Setia BUNTAT

in , , by dorsett pink, February 08, 2017
Watak Buntat ni memang famous sejak drama "7 Hari Mencintaiku" tengah top hari tu. Aku memang layan citer ni sampai habis... Memang tepat jam 7 petang duduk  terpacak depan TV. Dan bukan aku sorang jer yang layan, si kecik anak dara kesayangan aku yang sorang ni pun duk layan sama gak..

Tapi dia tengok citer ni sebab nak tengok Buntat jer. Masa ada scene Buntat, dia duduk la depan TV diam-diam, bila Buntat tak ada, dia pergi la main.... Kalau ada iklan yang tunjuk gambar Buntat kat TV pun, dia cepat-cepat berlari tercegat depan tv. Kalau Buntat a.k.a Areef (nama sebenar adik Buntat) ada masuk newspaper , dia cepat-cepat datang kat mummy sambil bawak newspaper tu..

"Mummy.. mummy.. untat.. untat..."

"(Mummy.. mummy.. Buntat.. Buntat..)" .  Katanya yang kederangan riang sambil jarinya telunjuknya menunjuk tepat ke arah muka Buntat.


https://pbs.twimg.com/profile_images/808549855559716864/S_a0Ltv4.jpg

 Memang excited dia kalau nampak muka Buntat kat mana-mana. Even kalau ada kat TV orang yang seakan-akan Adik Areef ni, FL akan cakap itu Buntat. errrrmmm.. Maknya layankan ajer..
 
Aku ingatkan lepas dah habis drama 7Hari Mencintaiku tu dia dah tak ingat dah ngan Buntat. Tapi tak.. Dia memang peminat Buntat sampai sekrang....

PhD & Master Talk :: How to Write A Literature Review

in , by dorsett pink, February 07, 2017

Aku ingatkan orang tak nak baca cerita pasal study ni, apatah lagi cerita pasal Ph.D. Tangapan aku sebenarnya silap sebab aku dapat banyak emel tanya pasal study. And most of them, kebanyakkannya tanya pasal macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni, dan salah satu soalan yang banyak ditanya ialah "macam mana nak tulis literature review?".

Sebenarnya bukan aku tak nak cerita pasal study ni, cuma aku takut orang bosan nak baca benda yang 'membosankan' ni. So that's why aku jarang share cite pasal study.

Well, kali ni aku cuba share ngan korang semua yang mana yang sedang sambung study buat master dan phd. Student degree pun ada jugak yang kena buat thesis macam course aku dulu. So harap perkongsian ni dapat membantu korang walaupun tak banyak membantu, but at least can give u an idea in how to write a literature review.

Ok. Part Literature Review (LR) ni pada aku ialah part kedua susah selepas data analysis sebab menuntut keringat pemerahan otak tahap dewa tapi tak sedewa macam buat 'Analysis' la.. Dulu, aku tak pandai jugak buat literature review ni , but after a lot of practices lama-lama dah ok. Kebiasaanya, orang ingat LR ni kena buat untuk tulis Chapter 2. Tapi sebenarnya tanggapan tu silap. LR ni dah kena buat sebelum buat Research Proposal lagi sebenarnya. And in fact, untuk tulis semua chapter (bab) dari chapter 1 sampai chapter 6,7,8 , semua kena buat LR.

So, LR ni kiranya part yang paling penting dalam research / thesis.
 
Sebabnya, kalau korang tak buat LR, korang tak boleh nak tulis Research Proposal sebab tak tahu nak tulis apa dan tak tahu nak buat research apa-apa.

So, untuk buat sebuah research, apa-apa hal start dulu dengan LR. Maksud aku start ni, bukannya korang kena start tulis Chapter 2 cantik-cantik. BUKAN! Maksud aku start buat LR ialah, baca banyak-banyak journal paper, then buat nota. Masa buat nota tu nanti korang akan dapat idea apa yang nak ditulis dalam tesis korang nanti.  Kalau dulu-dulu, orang tulis nota LR ni guna kaedah 'LR Matrix Table' tapi sekarang dah ada banyak software yang membantu, antaranya software 'atlas.ti' dan 'nvivo'  dan banyak lagi. Korang tanya jer pakcik gugel.

So, basically, inilah step yang selalu aku buat :


Tips To Write Literature Review :

  1. Reviewing - Read Articles
Firstly, baca artikel journal yang berkaitan dengan research korang. Masa baca tu highlight ayat-ayat yang penting. Gunakanlah highlight yang  macam-macam colour supaya senang korang nak faham. Masa baca tu 'ambik nota', tulis dalam nota berkenaan dengan ayat yang korang baca tu dalam ayat korang sendiri supaya korang faham apa yang ayat dalam paper tu tulis. Tulis bahasa melayu or mandarin pun takpe, janji korang faham. And lagi satu, senang nanti bila nak buat 'rephase' untuk elakkan 'plagiarism / plagiat'. Stage ni kita panggil sebagai "Reviewing".

  1. Classification - Classified according to category.
Masa korang baca paper tu, mesti korang tahu yang ayat atau sentence tu tengah bincang pasal topic apa kan, then put into category. Category itu kita biasanya panggil sebagai "Coding" dan ayat yang kita highlight' dalam paper tu kita panggil sebagai "quoting". Then, 'quoting' yang kita dah buat tu, kita classify kan dia mengikut kesesuaian tema atau category.

Contohnya kalau korang buat research pasal kanser otak. Mungkin category-category atau 'coding' yang berkaitan dengan kanser otak adalah seperti 'punca-punca kanser otak', 'kesan kanser otak', 'kaedah-kaedah pembedahan', 'ubat-ubat untuk kanser otak', 'kaedah perubatan untuk pesakit' dan macam-macam lagi lah.

Dan setiap coding tu ada sub-coding lagi (sub-category). Tapi, untuk fasa pertama, buat just classified according to category dulu, jangan fikir lagi pasal sub-coding tu.

  1. Sorting - Sort into Chapters
Lepas dah buat coding dan quoting semua tu, korang akan dapat idea untuk letakkan category / coding tu semua kat chapter mana. Mungkin Coding A sesuai untuk diletakkan kat dalam Chapter 3, mungkin Coding B sesuai kat Chapter 4, mungkin Coding C sesuai kat Chapter 3, Coding E kat Chapter 1, dan etc. etc.

  1. TOC's Draft - Heading and Sub-heading
Bila dah tahu apa topic-topic yang sesuai untuk setiap chapter tu, then boleh buat draft 'Table of Content' (TOC - isi kandungan) bagi setiap chapter tu. Masa stage ni, korang dah tahu apa heading-heading (numbering) yang sesuai untuk setiap chapter tu.


But, remember! Everyone is imperfect, so don’t try to do something PERFECT at the first place. Kalau korang nak jadi perfectionist, sampai bila-bila research korang tak kan siap. So buat jer dulu apa yang korang rasa nak buat atau tulis je apa-apa yang terlintas dalam kepala korang.

Kalau aku, ini akulah, lain orang lain cara. Aku biasanya tulis nota atau nak buat apa-apa, aku tulis atas kertas kotor je dulu. Memang banyak conteng-conteng or cakar ayam sana-sini. Then, lepas aku rasa dah confident dengan idea aku tu (contoh macam heading & sub-heading), baru aku tulis betul-betul dalam komputer. Untuk step no.4 tu (buat draft TOC), aku rasa sehingga sampai hari ni , dah hampir 100 kali kot aku pinda TOC dan pinda. But it's ok, selagi tak submit thesis, selagi itu kita ada masa untuk betulkan. 

So, aku cadangkan supaya korang siapkan 1 buku nota tanpa garisan. Supaya korang senang bawak buku ni kemana-mana dan catat apa-apa idea yang keluar dari kepala korang anytime anywhere. Aku punya buku nota tanpa garisan ni saiz A4 sebab senang aku nak tulis apa-apa. Kalau saiz kecik macam tak puas tulis. Kalau korang guna kertas A4 sehelai-sehelai tu or guna 'kertas kajang' (kertas kajang ke kertas rajang erk?), takut nanti kertas tu tercicir kat mana-mana.

However, skrang ni dah ada banyak software untuk buat reviewing, dah tak perlu susah-susah macam orang belajar dulu-dulu - kena print semua artikel yang beratus-ratus tu pastu baca satu-satu. Macam aku, aku selesa guna software 'atlas.ti'. Software ni aku beli harga student USD100. Memang sangat-sangat membantu dan menyenangkan kerja aku. Aku rasa pelaburan 100 dollar tu sangat berbaloi la dan tak rugi sebab ia boleh simpan beribu-ribu artikel tanpa limit. Selain dari boleh buat LR, software tu jugak membantu aku untuk buat data analysis.

Masa baca artikel dalam software 'atlas.ti' ni, aku terus 'highlight' point-point penting dan terus letak dalam category yang bersesuaian (quoting & coding). Dalam software ni, coding tu kita kena create sendiri, kalau tersilap boleh delete jer atau rename.

 Ini contoh category-category (coding) yang berkaitan dengan research aku. Then bila aku rasa aku nak cari ayat/point yang berkaitan dengan sesuatu, aku terus klik je kat coding tu, then dia akan paparkan semua point-point yang kita pernah highlight. Senang!

Dulu, masa buat master, aku guna kaedah 'LR Table', kadang-kadang (banyak kali sebenarnya), aku terlupa kat paper mana ada tulis pasal point A or B. Pastu nak cari balik point/ayat tu memang mencabar la sebab ada beratus-ratus paper. So, most of the time, memang tak jumpa pun ayat yang kita cari tu..

And, bila aku diperkenalkan dengan software ni aku rasa hidup aku sangat senang sekarang, tak perlu nak perah otak macam mesin ABC...hihihi 

So, Aku harap entri ni dapat membantu korang untuk korang tulis LR nanti. Kalau aku tersalah, sorry ya.. Apa yang penting - 'Work for Imperfect!'

TQ for reading!




My Money Challenge 2017

in , , by dorsett pink, February 04, 2017

Idea untuk buat money challenge (some people do call it as 'saving challenge') ni aku tiru Farrah.
Farrah dah lama dah buat. Aku baru start last year tapi separuh jalan je.. huhu.

Tahun ni aku azam nak habiskan simpan duit ikut money challenge ni sampai bulan Disember 2017 kelak. Hopefully menjadilah. 

Sekarang baru masuk minggu pertama bulan Februari, so duit aku baru ada RM 15. Aku letak duit ni kat dalam kotak. Kotak tu tak berkunci. Sebabnya aku nak jimat - tak nak beli tabung baru, just nak guna apa yang ada je kat rumah. 

Tapi disebabkan kotak ni tak berkunci dan senang nak dibuka dan ditutup, jadinya si kecik FL tu dah korek duit dalam tu buat main. huhu.. Lepas main dia letak dalam tabung dia atau dia bagi kat daddy dia.. huhuhuhu.. So, sekarang duit RM15 dalam tu gone la.. Jadi terpaksalah aku kumpul semula dari awal. Nasib baik RM 15 je nak oooii bukan RM 150.... huhuhu..

Maybe aku terpaksa jugak beli tabung nanti. Tabung yang tak boleh dibukak langsung, yang kalau nak keluarkan duit wajib kena kopak ngan kapak.. Dengan niat - mudah-mudahan misi aku untuk simpan RM 1378 berjaya.. hihi

Travel Guide :: My Packing List

in , , by dorsett pink, February 03, 2017

Inilah packing list aku yang aku refer setiap kali nak pergi bercuti mana-mana. Aku dah siapkan menjadi S.O.P (standard operating procedure) yang aku tulis dalam planner Hobonichi aku..

Bukanlah semua barang ni aku bawak setiap kali bercuti,ada barang yang tak dibawa,depends pada lokasi dan durasi masa holiday tu...

Kalau lokasi dalam negara je, aku tak adalah bawak winter coat dan international adapter dan jugak barang makanan (unless kalau nak masak) dan jugak barang -barang yang dibawa tu depends on berapa hari aku kat tempat tu. Kalau sehari dua je, aku tak bawak medication,kalau lebih hari baru aku bawak.. Medication ni aku dah siap-siap letak dalam 1 pouch bag. Bila nak guna bukak je pouch bag tu..

Kalau pergi oversea pulak , depends pada suhu & musim destinasi yang dituju tu. kalau musim winter dan autumn, aku kenalah bawak winter coat dan thermal wear. Kalau musim summer, bawak biasa-biasa je.. Barang makan pulak memang wajib aku bawak but kuantitinya depends pada durasi masa aku kat sana. Ada sesetengah negara tak boleh bawak barang berasaskan daging,so aku tak bawaklah daging.. Sebelum pergi mana-mana,memang kena study dulu peraturan imigresen negara berkenaan.

Yang penting bila dah siap tersedia SOP packing list ni, senang nak packing dan beli barang sebelum travel. Tak adalah nak kena buat list baru setiap kali nak pergi bercuti mana-mana...

Menikmati Cendol Bakar di Port Dickson

in , , , by dorsett pink, February 01, 2017

Masa aku gi Port Dickson minggu lepas, lepas penat berjimba main water sports kat Pantai PD, kitaorang singgah makan cendol bakar kat Teluk Kemang,Port Dickson.

Cendol bakar ni originally from Kuala Selangor.. Alaaa cendol yang famous kat Kuala Selangor tuuuu. Mesti korang tahu... And sekarang dia dah kembangkan perniagaan dengan membuka banyak cawangan,salah satu cawangannya ialah di PD ni lah..


Tempat ni selalu ramai orang.. Harga pun murah . Paling mahal pun RM 5.50 (cendol durian). Antara cendol yang dijual :

1. Cendol bakar VIP - cendol + pulut + nata d'coco

2. Cendol VVIP - cendol + durian + nata d'coco

3. Cendol durian - cendol + durian + pulut + nata d'coco

4. Cendol biasa - cendol semata-mata..

Selain cendol, ada jugak makanan lain yang dijual ,antaranya otak-otak, laksa, keropok lekor, mee rebus..


Tak susah pun nak cari kedai Ni, kat tepi jalan je and ada signboard warna kuning besar-besar tulis - Cendol Bakar Kuala Selangor...

Kedai ni tutup kul 6.30 petang. Masa kitaorang datang tu, jam dah kul 6 ptg. So, kitaorang hanya dapat lepak setengah jam je kat kedai tu.. Kalau datang awal sikit,boleh lepak lama sikit kat situ...


Hotel Review :: Weil Hotel, Ipoh

in , , , by dorsett pink, January 31, 2017
Aku stay kat Weil Hotel ni masa getaway ke Ipoh November tahun lepas.
Tapi sorry baru nak update.
(suka bertangguh! dont folow me ok)..

Nama "WEIL" ni sebenarnya nama owner hotel ni yang diterbalikkan.
Nama ownernya Liew, tapi diterbalikan , jadilah 'Weil'.

Hotel ni terletak betul-betul sebelah Shopping Complex Ipoh Parade.
So, sangat senang lah nak shopping or makan.

Hotel ni baru lagi, so decor dia pun masih nampak baru. Yang paling aku suka pasal hotel ni ialah interior designnya yang sangat menampakan architecture style nya. Konsep design kat sini menggunakan motif geometri. So, bila designer yang kreatif buat design, memang nampak 'in' dan cantiklah.



 
Ni semua gambar kat lobby area
Wall, syiling, carpet menggunakan motif geometri 

 Ni bilik tidurnya.. Cantik.

Aku ambik deluxe room hari tu. 
Luas dan selesa.

 Dalam bilik disediakan iron & bath robes

 
 Bath tub dia dalam sikit. 
So kalau ada anak kecik, be careful.
 Kena sentiasa perhatikan.

   
Wall dalam bilik air pun guna motif geometri.

 

Dia punya sabun ni aku suka sangat. 
Bau dia macam rasa pergi spa.
 
Infinity pool kat roof  top

Memang best lepak sini malam-malam ngan yang tercinta duduk bilang-bilang bintang di langit.. 
Suwiiiiiitt gitew.

 
 Ready to dive..

 Air kolam ni memang sangat-sangat memangil kami untuk terjun. hihi

 That 'blue life jacket' is from Mothercare.

 
 Kalau rasa nak privasi, boleh tutup tirai tu and tidur.. ZZZzzzzzzz ZZZZzzz




 Aktiviti wajib selepas swimming - fefeling jadi tourist bersantai kat kerusi malas...


Sebelum balik, kita posing dulu kat tepi kolam. hihi.

Akhir kata, hotel ni best bagi aku. Makanan dia pun best, banyak pilihan.
Dan sangat-sangat recommendeduntuk sesape yang nak bercuti kat Ipoh...

Lastly, thank you for reading!

Bila Anak Umur 2 Tahun Belajar Solat

in , , by dorsett pink, January 28, 2017
Aku selalu bawak FL pergi masjid sejak dari dia kecik lagi. Kadang tu sengaja singgah masjid just untuk lepak-lepak or rehat-rehat jer (kalau sebelum tu dah solat), sebab nak biasakan dia dengan suasana masjid. And kesannya, dia suka sangat pergi masjid. 

Kadang tu, tak semena-mena dia ajak aku gi masjid. Sebabnya dia suka main-main dan jumpa kawan baru kat masjid. Masjid kan luas, so dia rasa lapang. And FL ni jenis peramah, bila kat masjid, dia jumpa budak-budak lain, dia main lah dengan diaorang, dah dapat kawan baru.. Nanti bila masuk kereta , dia cakap tadi dia main dengan 'kawan' walaupun baru kenal seminit. hihihi... Budak-budak memang suka berkawan..

Lagi satu aku perasan, bila datang masjid, FL akan mengerjakan solat dengan rela hati tanpa perlu disuruh. Kalau kat umah tu, dia ikut mood. Mood dia baik, dia solat lah, kalau mood dia nak main, dia tak solat la. 

Dia baru umur 2 tahun 7 bulan, so korang boleh agaklah macam mana dia solat - tak adalah perfect macam kita. Dia cuma ikut kita solat jer - angkat takbir, baca al-fatihah, rukuk, sujud, doa, dah! Biasanya dia solat 2 rakaat jer paling maksimum, pastu dah buat haluan sendiri. But it's ok - baby step. At least dia tahu kita wajib solat hari-hari.

 
 Sebenarnya, sejadah ni aku bentang melintang untuk 2 orang solat (aku dan dia), 
tapi dia masih lagi tak tahu yang 1 sejadah boleh digunakan untuk 2 orang pada masa yang sama. 
So, dia solat jer sorang-sorang macam ni ikut arah sejadah, 
bukan ikut kiblat. hihi


Dan lagi satu aku perasan, dia start belajar ambik wudhuk kat masjid. Sebabnya dia tengok mummy akan masuk ke bilik wudhuk atau ke tandas untuk ambik wudhuk sebelum solat. Kalau kat umah tu, dia tak perasan mummy atau daddy dia ambik wudhuk sebab dia sibuk main or sebab kitaorang tutup pintu bila masuk toilet, so dia tak tahu pasal wudhuk tu. Tapi kalau kat masjid, tempat wudhuk tu terbukak, so memang dia boleh nampak. Dan lama-lama, dia nak ikut buat sekali ambil wudhuk. 

And after that, dengan sendirinya sekarang dia akan ambik wudhuk sebelum mengerjakan solat. Wudhuk dia tak ikut turutan.. hihi.. Kadang-kadang, basuh kaki dulu, pastu muka, pastu telinga, pastu baru lengan. Kadang tu, basuh muka, telinga, tangan, then kaki. Kadang tu, basuh telinga dulu. Takpelah.. baby step.... Nanti lama-lama dia akan belajar dengan sendirinya. At least, dia dah boleh ambik wudhu sendiri sebelum solat, walaupun di rumah.

Bila dah penat solat, macam-macam aksilah dia buat... 

And aku rasa, sekarang dah tiba masanya untuk aku beli telekung solat untuk dia. 
Korang tahu tak kat mana ada jual telekung solat untuk kanak-kanak? 
Kalau online lagi bagus..
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE