Hari Pertama Kakak FL Sekolah Sejak PKP

in , by dorsett pink, August 06, 2020
Ogos ni baru Kakak KL masuk sekolah semula selepas PKP, setelah 4 bulan bercuti 😊. 

Excited sangat dia dapat pergi sekolah. Dah boring sangat-sangat duduk rumah tu. 

Sengaja masukkan dia lambat sebulan sebab risau dengan pandemik Covid19 ni. Tapi nampak sepanjang Julai 2020 keadaan OK dan banyak mencatatkan kes 1 digit je, so, ada keyakinan la untuk hantar semula Kakak FL masuk belajar macam biasa Ogos ni.


Dia dah mula ke tadika sejak Selasa hari tu lagi, tapi baru hari ni aku sempat nak update kat blog 😊.

Kakak FL masuk sekolah jam 12 tengahari. So, pagi tu dia ada masa lah nak bersenang-lenang kat rumah . Dapatlah jugak tengok cerita kartun kat TV pepagi tu. 

Sepanjang PKP, waktu tidur dan waktu bangun tidur ke laut. Ni baru nak tune balik waktu tidur dan bangun tidur. Hopefully lepas ni dah boleh bangun awal semula macam sebelum PKP. Bukan apa, nanti next year dah nak masuk sekolah rendah, so start sekarang dah kena praktis bangun awal. Hari ni Kakak FL dan Leeya bangun jam 7 pagi. Good Job sisters!. Perubahan yang sangat drastik. Kalau tak, biasanya jam 10 baru nak bangun 😀. 

Berapa Harga Baiki Kereta Masuk Banjir?

in , , by dorsett pink, August 04, 2020
Masa banjir hari tu, en.suami aku bertungkus-lumus selamatkan kereta kitaorang. Kitaorang ada dua biji kereta, satu kereta en.suami dan satu lagi kereta aku. Masa dia sampai kat rumah, masa tu air kat paras betis lagi, dan kereta dia nasib baik dah park kat tempat tinggi. 

Kereta aku pulak, en.suami cakap hujan dah nak stop ni. Confident jer dia. Last-last dia bawak jugak kereta tu lari. Masa tu kereta dah dimasuki air, cumanya tak kena enjin lagi, so enjin masih selamat dan kereta masih boleh bergerak. Alhamdulillah! Kereta tu parking kat tempat tinggi - agak jauh dari rumah aku. Dan en.suami pulang semula ke rumah harung air banjir paras pinggang. 

Masa dia sampai rumah, dia tolong jiran kitaorang selamatkan kereta dia - Kereta Honda Civic. Walaupun masa tu air dah tinggi, tapi nasib baik kereta tu boleh jalan lagi (Tutup enjin dan tolak kereta). 


Dan ramai lagi jiran-jiran lain yang tak sempat selamatkan kereta diaorang. Sebab air naik terlalu cepat, memang tak dan nak selamatkan semua benda. Dan satu rumah kebanyakkan ada lebih dari satu kereta. So, nak selamatkan semua kereta tu agak mustahil. 

Kiranya kitaorang bernasib baik sangat hari tu dapat selamatkan kereta, walaupun air dah masuk dalam kereta. Lepas kejadian tu, duk pulun keluarkan air dari dalam 2 buah kereta. Fuhh! Penat!.

Dan selepas hari banjir tu, hari-hari towing truck datang kat taman ni angkut kereta-kereta yang tak boleh start pergi bengkel. Setiap hari, dan berlanjutan sehingga seminggu. 

Macam-macam kereta ada. Ada kereta MyVi, ada kereta Mercedes, ada kereta Honda, ada kereta Proton, ada kereta Volkswagen, macam-macam la. 



Hari tu aku ada sembang dengan jiran, jiran cakap ada 2 buah kereta yang kena masuk bengkel. Salah satunya kereta Honda. Dia bagitau dia kena bayar RM 7,000 untuk overhaul kereta Honda Jazz. 1 lagi kereta tak tahu berapa harga lagi sebab 'luka' kereta tu lagi serius. 😨.

Dulu, aunty aku pun pernah kena banjir kat Taman Tun Dr Ismail Jaya lama dulu. Aunty aku ada 3 biji kereta, dan tiga-tiga kereta kena masuk bengkel. Dia bagitau kereta yang paling murah kena RM 7,000. Dan kereta yang paling mahal kena bayar ialah lebih dari RM 10,000, tapi nasib baik office  (majikan) yang bayarkan sebab kereta tu Office yang bagi. 

Fuhh! Berderau dengar angka-angka tu. 

Itulah pentingnya ada duit simpanan. Waktu bencana macam ni, boleh guna duit simpanan untuk baiki dan beli keperluan rumah. 

Takpelah, Allah nak bagi pelangi tu nanti. Teruskan senyum dan bersabar 😊.

Selamat Hari Raya Korban

in , by dorsett pink, August 01, 2020

Hari ini ialah hari kedua Umat Islam menyambut Hari Raya Aidil-Adha. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selmat Hari Raya Aidil dha buat semuaa pembaca dorsettpink.com

Tahun ni aku tak celebrate sangat Raya Haji tahun ni. Spend masa kat rumah jer, kemaskan rumah. Rumah aku ni aku bersihkan dan kemas slow and stready, dah tak larat nak paksa badan untuk mengemas. Dah penat sangat. Apa yang termampu aku buat, bila dah tak larat buat, aku rehat dan tidur =)).

Sebab sangat-sangat-sangat dan sangat penat. 

Ada yang tertawa dengan musibah ini, ada yang senyum melihat aku hadap musibah banjir ini. Takpe, it's OK. Nak gelak ke, nak ketawa ke, nak senyum ker, teruskan. Yang penting aku tahu Allah bagi aku dugaan ini bersebab dan ada hikmah =)). 

Untuk korang semua yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya dan jangan lupa jaga jarak sosial walau dimana saja kita berada dan jangan lupa pakai mask sentiasa. Pastu jangan lupa kerap cuci tangan. Aku sekarang ni face mask dan hand sanitizer ada je dalam handbag. Kat dalam kereta pun, dah letak siap-siap spare face mask dan sanitizer, in case takut terlupa bawak. 

Gambar Konvo Rosak Sebab Banjir

in , , by dorsett pink, July 30, 2020
Masa banjir 18 Julai 2020 hari tu, salah satu benda yang rosak kat dalam rumah aku ialah Gambar KONVO PhD yang berlangsung pada November 2020. huhu. Sedih sangat rasanya. 


Sedih! Sedih sebab kenangan tu hanya terjadi sekali jer seumur hidup. Tak mungkin lagi selepas ni aku akan sambung PhD lagi dan konvo sekali lagi. Tak mungkin sama sekali.

Ini semua gambar-gambar kat atas stage masa upacara pengurniaan Sijil/Skroll. Dan gambar-gambar ni berbayar. Tak silap aku, aku bayar dulu da;am RM 200 kot untuk pakej gamar ni.

Tapi Nasib baiklah ada diberikan soft copy dalam bentuk CD. So, bolehlah print semula.


Sijil PhD pun turut sama tenggelam dalam air banjir. huhu.

So, aku keringkan semuanya kat bawah panas mentari. Sekarang nasib baik semua sijil ni dah OK, cuma ada sedikit kotor. Takpelah dari langsung tak ada kan?

Inilah dugaan. Dugaan yang pasti ada hikmah tersembunyi. 

Selepas Banjir - Proses Mencuci dan Mengemas

in , , by dorsett pink, July 28, 2020
 Dah seminggu kejadian banjir berlalu. Tapi sehingga hari ini aku masih belum habis kemas rumah sepenuhnya lagi. Hari tu lumpur tebal sangat. So, panggil part time cleaner tolong bersihkan lumpur. 

Dan proses nak mengemas rumah, aku buat sendiri dengan en.suami. En.suami pulak bekerja. So, tinggal aku dan anak-anak je kat rumah. Tu yang lambat tu. Tapi takperlah. Buat perlahan-lahan, dan jangan paksa diri nanti takut sakit pulak. Anak-anak pun perlukan kasih -sayang dan perhatian jugak. 



My best friend sejak dari Sekolah Menengah - AB, datang tolong hari tu dengan anak-anak sekali. Alhamdulillah! Tahnk you for coming dear. Bila aku susah, dia sentiasa ada dengan aku. AB sekarang tengah tunggu nak Konvokesyen Master kat UPM.


 Ini kedai runcit dan kedai Speedmart kat area rumah. Teruk diaorang, terpaksa tutup kedai kejap sebab nak bersihkan kedai.huhu.

 Minggu lepas, hari-hari truck towing datang area rumah ni angkut kereta jiran-jiran yang tak sempat selamatkan kereta. Kereta kitaorang Alhamdulillah selamat dialihkan. So, enjin OK.

 MPKJ datang ambik perabot yang rosak dan sampah-sarap yang sangat banyak.

Si kecik ni sangat suka tolong mommy mencuci dan mengemas rumah =)).

 Ini kawan baik sejak dari UiTM Sri Iskandar (Sejak Part 1 Diploma) - Moon. Moon datang dari jauh nun drive dari Alor Setar, datang KL melawat aku. Thank you so much!. Dia sekarang tengah buat Master kat UiTM Seri Iskandar. Kat Alor Setar tu bekerja. Bekerja dengan Kulim Airport (Under Malaysia Airport Berhad). 

YB Ahi Parlimen datang turun padang sampaikan bantuan berupa beras, makanan, toileteries dan tilam. Masa PKP hari tu pun, YB datang turun bagi bantuan. bagus betul YB Ong Kian Ming ni. 

Even sampai hari ni, masih ada lagi bantuan yang datang pada kami. Mostly NGO Cina la yang datang, sebab aku duduk kat dalam komuniti Cina. Jiran-jiran aku semua Orang Cina, orang Melayu ada 2,3 orang jer. Terima kasih sangat-sangat pada yang datang tolong, termasuk Kelab Blogger Ben Ashaari atas sumbangan yangdiberikan.

Orang yang tak pernah rasa, tak tahu rasa banjir ni macam mana, so bolehla nak bercakap macam-macam. Cuba yang bercakap tu tolong aku kemas cuci rumah ni, agaknya patah pinggang kot. 

Dalam hidup zaman sekarang ni ramai sangat makcik bawang. Penat nak melayan semua makcik-makcik bawang tu. So, cara yang paling berkesan, abaikan jer kata-kata tu. Sebab yang mengata tu pun tak menolong pun. 

Semoga Allah terus limpahkan aku, keluarga dan sahabat-sahabat yang membaca ini dengan limphan rahmat, keberkatan dan kekuatan serta kesabaran yang berterusan. Amiin. 

Baru Beli Kabel Laptop Untuk Update Blog

in , , by dorsett pink, July 28, 2020
Baru Beli Kabel Laptop Untuk Update Blog - Sejak Rumah banjir 18 Julai hari tu, aku tak boleh bukak laptop langsung sebab kabel laptop rosak dek kerna masuk dalam air banjir. Huh! Rindunya nak blogging masa tu. 

Aku tak suka update blog guna handphone sebab skrin kecik. Kalau update guna laptop, dapat tengok skrin besar. So, best la nak menulis. 

Kalau update guna handphone, idea tak banyak keluar.

So, Ahad baru-baru ni aku pergi Plaza Low-Yat dengan en.suami dan anak-anak untuk mencari kabel laptop tu. 

Dah lama sangat aku tak ke Low-Yat. Last pergi dulu masa belajar tengah buat PhD dulu. Sejak hamilkan Leeya, langsung tak pernah pergi ke sana lagi.

Bila pergi Ahad hari tu baru tahu yang Low-yat sekarang dah banyak beza. Kedai yang kitaorang sellau pergi dulu, dah tak ada. Pastu design dalam Low-Yat tu sendiri pun dah berubah. Andaikata kalau aku terpisah dengan en.suami, memang susah nak cari balik. So, hari tu, kitaorang jalan sama-sama jer, tak berani nak berjauhan takut terpisah. Kalau pergi toilet pun, masing-masing tunggu kat depan toilet tu. Dengan Kakak FL, sentiasa pegang tangan dia jer, takut terpisah. Leeya aku dukung jer. 


Inilah kabel laptop yang aku beli tu. Aku guna Laptop Lenovo. Masalah laptop aku ni ialah adapter laptop dia lain dari yang lain. Adapter dia yang bentuk segi empat tepat, warna kuning. So, agak susah nak cari kalau pergi ke kedai biasa. Sebab tu pergi Low-Yat terus.


Yang aku beli ni, memang khas untuk Laptop Lenovo. Apa-apa Laptop Lenovo semua boleh guna kabel ni sebab dia ada 3 adapter yang berbeza macam dalam gambar tu. Yang laptop aku, guna yang warna kuning tu.  

Happy giler bila dapat beli kabel laptop ni. So, hari Isnin semalam dah boleh update blog. InshaAllah lepas ni akan terus konsisten untuk update blog seperti sediakala. 

Rupa Rumah Selepas Banjir

in , , by dorsett pink, July 27, 2020
Inilah rupa rumah aku lepas banjir Hari Sabtu 18 Julai 2020 hari tu. Boleh baca entri sebelum ni - 'RUMAH DP BANJIR'. 

Air start masuk rumah Jam 7.30 malam, dan surut sepenuhnya jam 3 pagi. 

Ini ialah banjir kilat, akibat limpahan air Sungai Langat. Rumah aku betul-betul sebelah Sungai Langat, tapi bukan atas Rezab Sungai ok. 



 Kakak FL tolong cuci rumah lepas tu. Good Job Kakak.



 Ini rak buku Kakak FL dan Leeya. Semua buku-buku belajar Kakak FL letak kat rak ni dan kahirnya hancur dibadai banjir. Tak de rezeki. So, terpaksa beli baru lepas ni.

Ini antara homework yang disiapkan masa PKP hari tu. 


Homework Kakak FL yang selama ni duk pulun siapkan masa PKP, habis semuanya.. 


Ada yang tanya - 'tak sedar ke air naik?'.

Jawapan : Aku sedar air naik. Tapi air naik cepat sangat. Sangat-sangat cepat sampaikan aku tak sempat nak selamatkan semua barang. Mujur dapat selamatkan 2 biji kereta. Jiran-jiran aku ramai yang kereta terbengkalai dalam banjir. Kesian sangat. 

Kalau korang kat tempat aku pun, korang pun tak sempat nak selamatkan barang-barang. OK lah, cuma buku-buku jer yang hancur. Barang elektrik semua OK.

Bab lumpur tu memang tak boleh buat apa-apa lah. Bila banjir, memang berlumpurlah rumah. 

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari kerana bagi sokongan sumbangan atas musibah banjir hari tu. Terharu sangat. Walaupun aku hanya blogger picisan, tapi blogger-blogger otai dalam KBBA tak lupakan aku. Terima kasih you all. 

Rumah DP Banjir

in , , by dorsett pink, July 27, 2020
Dah lama aku tak update blog. Sebab kabel laptop aku rosak. Semalam baru pergi ke Low-Yat beli kabel laptop baru. So, hari ni baru dapat update blog. Sebenarnya 18 Julai 2020 yang lalu, rumah aku kena banjir, ditenggalami air bah paras pinggang. huhu. Sedih sangat!. Dan kabel laptop aku rosak sebab tenggelam dalam air banjir 😞.

Aku pun tak sangka banjir tu. Sebab menurut kata jiran-jiran, sejak rumah di taman tu terbina dah lebih dari 20 tahun yang lalu, itulah pertama kali dalam sejarah, taman tu kena banjir. Taman ni terletak betul-betul sebelah Sungai Langat. So, kiranya limpahan air Sungai Langat tu lah yang tenggelamkan rumah kitaorang. Tapi rumah ni bukan atas rezab sungai. 

Takpelah, nak buat macam mana. Ini ialah dugaan kecil dari Allah. Aku yakin dan pasti lepas ni Allah nak bagi rezeki yang lebih baik. 


Ini gambar-gambar masa banjir hari tu. 

 Air naik paras pinggang.

 Banyak kereta yang tak sempat diselamatkan. So, jawabnya kereta-kereta tu semua mandi air banjir 😞


 Ini gambar-gambar selepas banjir, yang sebelum dicuci.


Aku update kat IG Story aku - @dorsett.pink. Kalau yang follow aku kat IG Story memang tahulah cerita pasal banjir ni. 

OK, ceritanya macam ni. Hari Sabtu 18 Julai 2020 tu aku plan nak ke Taman Botani Putrajaya jam 6 petang, nak bawak anak-anak beriadah kat situ. 

Tapi start jam 4 petang, hujan lebat sangat. Pastu pulak en.suami keluar tak balik-balik lagi.  So, aku cakap kat anak-anak, tak dapatlah kita pergi Putrajaya sebab hujan. 

Aku tak rasa apa-apa masa hujan tu, risau tak, takut pun tak, sebab sebelum ni kalau hujan lebat macam mana pun, rumah kami tak naik air. 

Pastu Jam 7.00 malam, start lah cerita Boboboi kat TV9. Kusyuk la anak-anak ni tengok TV sambil makan malam. Aku pulak duk best layan ais krim vanilla. Pastu, tetiba aku bukak langsir nak tengok kat luar, sambil duk tunggu en.suami balik. 

Masa tu aku tengok longkang dah penuh air. Ada 2 buah kereta kancil parking depan rumah aku. Aku tengok air dah macam nak tutup tayar kereta kancil tu. Masa tu Jam 7.30 malam. Tapi aku tak risau pape, sebab yakin tak banjir. Yakin nau kau!.

Pastu aku pergi ke dapur nak basuh cawan ais krim dan pinggan yang diaorang makan tadi. Masuk jer dapur, tengok air dah mula masuk ikut pintu belakang. Lepas dah basuh pinggan. Aku tutup TV, pastu bawak anak-anak naik ke atas, sambil bawak 2 biji beg laptop. Rumah aku rumah teres 2 tingkat. 

Elok jer aku sampai kat atas, letak anak-anak, terus rumah black-out. Aku pun bukak touch light. Naisb baik ada tourch-light kat atas. Aku bagi anak-anak aku pegang handphone (sebab ON flash light kat handphone). 

Pastu aku turun bawah sambil pegang tourch light. Aku nak angkat TV, tapi tak larat. So, aku biarkan jer. En.suami dah sampai rumah, dia terus pergi alihkan kereta aku. Aku pun tak jumpa dia lagi. 

Then, aku bawaklah barang-barang yang aku boleh bawak dengan tangan naik ke atas. Benda pertama yang aku bawak naik ialah dokumen-dokumen penting, photo album dan purse aku. Masa tu air kat paras lutut.

Lepas je letak semua tu kat atas, aku turun semula. Anak-anak tak menangis, diaorang cuma ketakutan. Masa aku turun tu air dah kat pinggang. Fuhh! Cepat giler. En.suami tak sampai-sampai lagi. TV aku biarkan jer atas kabinet TV. Memang tak larat. Aku nampak strollet dan set golf (en.suami punya), dah terapung. 

Aku solat Magrib dulu dan packing barang. Aku call BOMBA. Sebab aku takut air naik makin tinggi.  Lepas tu aku nampak en.suami angkat TV bawak naik atas. TV selamat, tak kena air. Alhamdulillah! Cuma decoder TV (ala-ala macam Myfreeview) dalam banjir. Tak dapat nak mencari sebab air warna kuning - warna teh-ais. 

 Ini barang-barang yang aku packing incase kalau kena pergi ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir.

 Kakak FL duk sibuk nak selamatkan toys dia ni. Sebab baru jer beli sehari sebelum tu.

 Gambar-gambar ni semua tenggelam dalam air. So, lepas tu, kitaorang jemur dan keringkan. Nasib baik OK dah semua gambar-gambar ni. Kalau tak, mahunya menangis, sebab kenangan ni semua. huhu. Soft copy banyak yang dah tak ada.  

Tapi inilah kenangan. First time seumur hidup aku kena macam ni, Dulu kat Kemaman pun pernah kena banjir, tapi air tak masuk dalam rumah. Masa aku kecik-kecik dulu, dibesarkan kat Rumah Arwah Tok Wan, pun sama jugak setiap tahun banjir, tapi air tak masuk rumah sebab rumah tradisional Terengganu tinggi-tinggi, sememangnya orang dulu-dulu design rumah tinggi-timggi macam tu sebab nak selamatkan dari banjir. 

Tapi apa nak buat, inilah dugaan. 

Kerugian tak banyak. Barang-barang elektrik semua selamat (kecuali hand mixer blender dan kabel laptop jer). Cuma barang makanan habis hancur. Kebetulan hari sebelum tu baru restock barang-barang basah kat rumah RM 100. huhu. Kereta kami OK. Alhamdulillah! Cuma masuk air lah. Tapi enjin semua OK boleh jalan macam biasa. BUKU-BUKU banyak yang rosak sebab rak buku kat aras bawah. Buku sekolah Kakak FL semua hancuss. 

Pastu kan, bulan lepas en.suami baru restock beli buku-buku baru sekotak. Buku-buku tu semua belum packing kat atas book shelves lagi. Al-maklumlah kitaorang kan book lover, so memang sejenis yang suka membeli buku. Disebabkan banyak sangat buku yang baru tu, aku biarkan je dulu dalam kotak. Take time kononnya nak kemas. Dan, the end, buku-buku tu semua habis hancur tenggelam dalam banjir. Errmr. Tak de rezeki. Takpelah, jawabnya lepas ni kena beli lagi buku baru. 

Air surut sepenuhnya Jam 3 pagi.
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE