Resipi Sup Ayam Untuk Bayi

by - Friday, November 23, 2018

Resipi Sup Ayam Untuk Bayi | Leeya dah berusia 8 bulan dan baru sekarang mommy bagi dia makan ayam. Hari ni mommy buat sup ayam , makan dengan bubur. Dia suka sangat. 

Sebelum ni (masa dia umur 7 bulan), pernah introduce ikan bilis kat dia tapi dia tak suka, maybe sebab ikan bilis tu masin. Dah rendam 12 jam ikan bilis tu, tpi still ada rasa masin dia yang buatkan Leeya tak suka. 

Hari tu aku try bagi dia makan ayam tapi dia tak suka. Boleh baca kat entri ni - 'Makanan Bayi - Bubur + Ayam'.

Pernah juga bagi dia makan pasta dengan ayam, dia suka. Boleh baca kat entri ni Resipi Pasta dan Ayam - 'Resipi Sup Prego Buddies Untuk Bayi'.


http://www.dorsettpink.com/2018/11/resipi-sup-ayam-untuk-bayi.html


Ini dia Resipi Sup Ayam yang mommy buat untuk Leeya.

1. Panaskan olive oil.
2. Tumis seulas bawang putih dan halia sampai naik bau.
3. Masukkan ayam dan air. 
4. Tunggu kejap sampai ayam hampir masak, pastu masukkan sayur. Mommy guna baby spinach sebab itu je sayur yang ada dalam peti ais. 
5. Bila dah siap, blend. Mommy tak blend sampai hancur sebab Leeya tak suka makan makanan yang diblend hancur, dia suka kunyah-kunyah (walaupun tak de gigi lagi. hehe).
6. Siap! Makan dengan bubur! Bubur pun dah tak blend skrang.

P/S : Kalau ada lebih, boleh simpan sup ayam ni dalam peti sejuk beku. Nanti bila nak makan, panaskan jer.

You May Also Like

2 comments