Happy New Year 2021

in , , , by dorsett pink, January 04, 2021

 Hye. Assalamualaikum semua. 

Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 untuk semua pembaca dorsettpink.com. 

Dah lama aku tak bersiaran kat blog ni. Kesuntukan waktu nak bukak laptop sebab memberi fokus pada benda lain. Alasan!. Ya, itu cuma alasa, tapi sejujurnya betul lah aku tak sempat nak bukak blog ni. Bila bukak jer laptop, aku utamakan kerja-kerja yang lagi penting dulu. 

Maaf untuk pembaca setia dorsettpink. Aku bukan mengabaikan blog ni, cuma lebih ni perlu lebih utamakan blogging. Begitulah kehendaknya untuk tahun 2021 ni. 

So, dah alang-alang update ni, aku nak recap sekejap tentang kehidupan di tahun 2020 yang lalu dan apa azam aku tahun 2021. Walaupun banyak kali azam tak tercapai, tapi takpe, at least ada juga azam untuk membentuk kehidupan yang lebih baik, dari langsung tak ada. 



Tahun 2020 :

- Mac : Kita semua terpaksa berkurung dalam rumah sebab PKP sejak 18 Mac 2020. First time seumur hidup tak boleh keluar pergi mana-mana. 

- Jun - Julai : Aku start buat business sendiri - susunatur rumah . Alhamdulillah! Mendapat sambutan. Boleh tengok kat Instagram @luvsusun . 1 Ogos 2020 secara rasmi buka syarikat sendiri dibawah nama LUVSUSUN GLOBAL dan berjaya buka akaun syarikat. Alhamdulillah!

- Julai : Pertama kali dalam hidup, rumah dinaiki air bah (banjir) paras pinggang. Fuhh! Penat nak cuci rumah.

- Oktober : Kakak FL berjaya mendapat tawaran masuk ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin.

- November : Dapat pindah ke rumah sendiri yang dibeli tanpa pinjaman dari mana-mana bank. 

- Disember : Percutian bersama keluaraga dalam Bandaraya Kuala Lumpur, yang ditaja oleh Agoda


2020 sangat amazing untuk aku dan keluarga. Alhamdulillah! Rezeki kami sangat murah tahun lalu. Walaupun diuji dengan musibah banjir, tapi kami menerima secara positif - Allah nak bagi yang lebih baik. Dan tengok-tengok, betul pun. Allah nak bagi sesesuatu yang jauh lebih baik. Tahun 2020 juga masa PKP fasa pertama tu, en.suami berjaya buka 2 syarikat lagi (syarikat dia sendiri). Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah bagi tak putus-putus!. 

Dan sejak Disember hari tu, kami dapat macam-macam hadiah percuma. Semalam dapat toaster Philips (pembakar roti). Tak sempat lagi aku nak unboxing. Nanti InshaAllah aku akan unboxing satu-satu. Kalau rajin, aku akan tulis entri kat blog ni. Ada juga yang dah unbox, tapi tak tunjuk kat sosial media sebab tak sempat nak capai handphone, anak-anak tak sabar. 

Tiada apa yang aku mampu katakan , selain dari KESYUKURAN yang tak terhingga kepada Ilahi. Alhamdulillah!  


AZAM 2021 :

1. Nak majukan perniagaan LuvSusun. 

Tahun ni aku buat services / perkhimatan susun atur rumah. Aku wujudkan perkhidmatan ni sebab ada permintaan dari follower. So, sesiapa yang nak susunatur rumah atau nak buat spring cleaning rumah (decluttering) tapi tak ada masa nak buat sendiri - bolehlah roger-roger aku. Buat masa ni, aku cuma cover area Klang Valley jer. 

Boleh whatsapp - 011-6225 3899

2. Nak kurus. 

Tahun ni aku berazam nak kurus - nak kurus sehingga 50 kg. Kalau dulu-dulu aku senang je nak turunkan 5-10 kg sebulan. Tapi sekarang ni bila dah makin tua ni, macam susah nak turunkan banyak tu sebulan. So, aku target nak capai 50 kg tu ialah masa November 2021. 

In orer nak kurus tu -  aku kena diet makan. Tak boleh makan banyak sangat karbohidrat. Dan jugak kena exercise consistently. 

Itu je lah azam aku tahun ni - untuk business dan untuk diri- sendiri. Dan of course, kesihatan aku , en.suami dan anak-anak perlu diutamakan. 

Aku berdoa agar tahun ni akan menjadi tahun lebih baik untuk aku dan untuk semua pembaca blog dorsettpink.com. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah swt. Amin.


SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Selamat tahun baru dorsettpink
    Hehe azam kurus hampa belaka

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. terima kasih Syaz,, happy new year untuk awak juga

      Delete
  3. SALAM TAHUN 21 MOGA IMPIAN TERCAPAI N BISNIS MAJU JAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KAK PI> Semoga akak baik-baik jer tahun ni

      Delete
  4. wah tahniah ada bisnes sendiri dah.. happy new year dari mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Dapat la juga saya mencari rezeki yang halal Mama. Happy New Year Mama

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE