Beli Emas 916 Kat PG Mall

in , by dorsett pink, September 03, 2021

Riangnya Hati Bila Dapat Beli Emas 916 di PG Mall. 

Aku rasa semua orang dah tahu yang PG MALL ni ialah gedung membeli-belah secara online barang kemas yang terbesar kat Malaysia. Kalau korang nak beli emas atas talian ni, PG MALL boleh dipercayai.


PG Mall ni merupakan Platform E-Commerce No.1 di Malaysia sejak tahun 2017 lagi dan ia merupakan satu-satunya platform e-commerce Buatan Malaysia , iaitu orang Malaysia sendiri yang bangunkan PG Mall ni. Tak seperti macam Zalora, Shopee atau Lazada yang diasaskan dari luar negara. 

Kalau ikut pada ranking kat Iprice Insight Report, PG Mall ni tersenarai sebagai TOP 3 e-commerce platform kat Malaysia (Sumber : https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ ).

Sekarang ni PG MALL ada buat Kempen 916 Gold Day. 

Bestnya kalau aku dapat reward diri sendiri dengan barang kemas. Dah lama sangat dah aku tak membeli emas. 

Orang kata beli emas ni bagus - pelaburan masa panjang. Kalau duit tu kita simpan pun, lama-lama duk habis jugak. Sebab nafsu membeli-belah orang perempuan ni paham-paham jerlah. Errrrmmm. Kalau pergi IKEA tu, macam-macam benda nak beli walaupun sebenarnya pergi sana hanya niat nak makan meatball. Boleh percaya ke kalau pergi IKEA makan meatball jer? hahahhahaha. Memang tak lah kan.

Kalau pergi shopping mall pulak, ada jer benda nak beli. Selagi ada duit kat tangan, gatal jer nak beli itu ini. So, kalau kita beli emas, confirm dah susah sikit nak shopping sakan, kan? Betul kan you all? hihihihi.

Sebab aku macam tu, so aku rasa orang lain pun mesti ada yang macam aku, pantang duit ada di tangan =)). Sebab tu aku tak suka pegang cash banyak-banyak. Kalau nak shopping aku akan guna kad, jadi kuranglah sikit nafsu nak membeli tu.

Bila dah lama PKP ni, aku rasa better simpan emas banyak-banyak sebab kita pun tak tahu berapa lama lagi kita akan hadap PKP ni. Ekonomi makin merosot. Nilai matawang pun makin lama makin jatuh, tapi harga emas tetap akan naik dan makin naik. 

Kalau invest kat saham pun, banyak jugak saham yang jatuh sekarang ni. So, tak payahla ambik risiko. Better simpan duit kat tempat yang confirm tak kan rugi. 

916 Gold Day

PG Mall buat Kempen 916 Gold Day ni untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menyimpan emas. GOLD DAY 916 ni akan berlangsung pada 15 - 17 September 2021 ni. So, be ready guys. Save the date ya!


Apa yang best masa 916 Gold Day? 

Yang bestnya kita akan dapat diskaun RM 20 kalau spend sebanyak RM 400 kat PG Mall dan kalau shopping sampai RM 600, boleh dapat diskaun sebanyak RM40. Itu untuk existing shopper. 

Kalau yang baru nak shop kat PG Mall, korang akan dapat diskaun sebanyak RM 25 bila berbelanja sebanyak RM 400 kat situ. Shopping ni online jer guys. Pergi je kat website PG Mall , atau download apps kat handphone. Semuanya di hujung jari saja sekarang 😊. 

Dan yang lebih best lagi, pelanggan boleh grab barang-barang yang ada promosi yang diumumkan kat FB LIVE PG Mall setiap hari dari 15-17 September 2021 nanti. Nanti diaorang akan bagi KOD PROMOSI masa LIVE tu, so korang boleh dapat shopping barang kemas dengan harga yang murah nanti. 

Diaorang akan launch Kempen 916 Gold Day ni kat FB LIVE tepat jam 12 malam pada 15 September 2021 nanti. Dari 15 sampai 17 September tu, LIVE akan dibuat continously dari jam 10 pagi sampai 10 malam kat Page PG Mall -  https://www.facebook.com/PGMallMalaysia .

Kalau korang shopping barang kemas masa 916 Gold Day tu nanti, korang guna link ni - https://pgmall.my/916-Gold-Day


Kempen Beli Barangan Malaysia  

Selain tu jugak PG Mall ada buat Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dari sekarang 31 Disember 2021 ni. 

Kat PG Mall ni bukan jer jual barang kemas, tapi barang-barang lain pun banyak, sama macam korang tengok Shopee dan Lazada. 

Tengok macam-macam ada.


Kalau pelanggan baru, korang boleh dapat diskaun RM 10 bila spend RM 30. Korang guna kod ni :  KBBMNEW10.

Kalau dah pernah shop kat PG Mall, korang pulak boleh dapat diskaun RM 5 kalau spend RM 30, guna kod ni KBBM5. Kalau spend RM 50 pulak, boleh dapat diskaun RM 10, guna kod ni k KBBM10 . Diskaun ni valid untuk semua seller-seleer di PGMALL jugak termasuk peniaga emas. Untuk seller, korang masuk guna link ni : https://pgmall.my/KBBM-2021 . 

So, apa tunggu lagi korang, jom shopping sekarang =)) . 
SHARE 5 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE