AIR MINERAL JANTZEN – BELI ONLINE & FREE DELIVERY KE RUMAH!

Kalau korang nak tahu, kat rumah aku ni tak ada water dispenser Coway Cuckoo macam korang semua pakai tu. Aku pakai air biasa jer, yang ambil kat mana-mana penapis air kat kedai. Bayar Cuma 20 sen untuk1 liter air.

Kenapa tak ada? Sebabnya aku rasa macam tak mampu untuk kitaorang nak bayar setiap bulan tu – macam buat loan pulak. Sebabnya prinsip hidup kitaorang suami isteri ni ialah hidup tanpa hutang – itu prinsip hidup kami. 


Susah macam mana pun seboleh mungkin janganlah berhutang. Gadai jer lah apa yang boleh digadai. Kalau tak mampu beli, sabar dulu, simpan duit dulu & bayar cash bila duit dah cukup.


So, selagi mana sesuatu tu boleh dibeli secara tunai, en.suami aku akan beli dengan cash termasuklah kereta dan rumah. So, kitaorang hanya beli yang sekadar ikut kemampuan kitaorang lah – tak mewah, tapi tak buruk dan cukup sekadar selesa untuk kami anak-beranak.

https://malaysiadateline.com/ramai-tak-tahu-beza-air-minuman-dan-air-mineral-boleh-tengok-warna-penutup-botol/

Dan bila masuk bab air ni, kadang-kala air kat penapis air kat luar tu kotor. Jadinya kitaorang terpaksa membeli air mineral kat kedai. Nak beli air banyak-banyak, berat jugak kan?

Bila aku dapat tahu pasal Air Mineral Jantzen ni, aku rasa macam WOW! sangat. Allah permudahkan urusan aku. Sebabnya air mineral Jantzen ni, kita boleh beli online jer dan diaorang akan hantar ke rumah terus. Senang giler! Dah tak payah susah-susah kitaorang nak pergi beli air kat kedai tu.


AIR MINUMAN DAN AIR MINERAL JANTZEN

Dan yang bestnya lagi, Jantzen ni jugak ada bekalkan air minuman (drinking water) dan Reverse Osmosis (R.O Water), iaitu air suling. Di mana air suling ini ialah air yang telah dirawat dengan menggunakan kaedah penyulingan “Osmosis Berbalik” atau disebut juga sebagai “osmosis songsang”.

Dan hasil rawatan penyulingan air tersebut, menjadikan air itu boleh digunakan untuk kegunaan harian seperti minum , memasak dan sebagainya.

https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/05/459430/wajib-tahu-beza-air-mineral-air-minuman

Aku rasa sebotol air mineral Jantzen ni, aku terus jatuh cinta. Sebab rasa dia sedap. Sebabnya banyak jugak air mineral yang ada kat pasaran yang tak kena dengan tekak aku ni. Al-maklumlah, tekak aku ni sensitive sikit. So, aku hanya minum air yang betul-betul berkualiti dan rasa dia boleh masuk dengan selera aku walaupun ianya hanya sekadar air kosong.


Antara kelebihan Air Mineral dan Air Minuman Jantzen ialah :

Ia merupakan air mineral semulajadi yang puncanya di ambil dari air mata air (underground water) dan ia mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Disebabkan ia merupakan air mineral semulajadi, jadinya air mineral Jantzen ni tidak ditambah dengan apa-apa bahan sampingan lain seperti vitamin dan mineral. Harga air Jantzen ni tak mahal, dan berpatutan serta antara yang termurah di pasaran.

Air Jantzen ni bersih, segar dan sedia untuk diminum. Air Osmosis Reverse Water  (RO Water) 500ml dalam botol sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Dengan 30% kurang kesan alam sekitar, pembungkusannya adalah lebih baik dan lebih elok dari jenama-jenama lain di pasaran.

https://www.jantzen.com.my/


Perbezaan Warna Penutup Botol Air Mineral Ada Maksudnya :

Penutup botol warna putih : Punca air bagi air botol ni ialah merupakan air paip yang ditadah, dan kemudian menjalani proses penyulingan dan ditambah bahan mineral tambahan yang lain. Dan ia tidak merupakan air mineral semulajadi. Oleh itu, air dari botol ini dilabelkan dengan “air minuman / drinking water”. Dan harganya jauh lebih murah dari air mineral semulajadi.


Penutup botol warna hijau : Ini ialah air mineral semulajadi. Air yang diambil dari bawah tanah di kawasan tertentu yang telah diperakui mendapat kelulusan dari pihak berwajib dan tempat tersebut sangat kaya dengan mineral semulajadi . So, air mineral yang diambil di sumber ini diperakui “original” dan sangat berkualiti tinggi. Harga air mineral ni biasanya lebih mahal dari air mineral yang punya penutup botol warna biru kerana ianya sangat berkualiti.


Jenis-jenis air yang disediakan (supplied) oleh Jantzen Malaysia ialah :

1.    Air mineral (Mineral Water)

2.    Air R.O (Reverse osmosis Water)


Saiz Botol :

Terdapat beberapa saiz botol yang Pihak Jantzen tawarkan pada pelanggan, antaranya ialah :   

1. Water dispenser

2. Saiz botol 11 liter isipadu  air.

3. Saiz botol 19 liter isipadu air.

4. Cawan bersaiz 200 ml isipadu air.

5. Botol bersaiz 350 ml isipadu air.

6. Botol bersaiz 500 ml isipadu air.

7. Botol bersaiz 600 ml isipadu air.

8. Botol bersaiz 1.5 liter isipadu air.


P/S : Boleh rujuk pada link ni untuk maklumat lanjut: https://www.jantzen.com.my/bottled-water/


JANTZEN – SYARIKAT PENGHANTARAN AIR MINERAL NO.1 DI MALAYSIA

Jantzen adalah merupakan syarikat pembekal botol air yang telah bertapak dalam perniagaan ini sejak 20 tahun yang lalu. Ia menjadi peneraju utama dalam industri pembekal botol. Sejak dari tahun 1994, syarikat ini telah menyediakan perkhidmatan yang unggul dan membekalkan air yang berkualiti kepada pelanggan samada pelanggan di rumah kediaman mahupun peniaga di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Namun begitu, pada hari ini, syarikat Jantzen ini telah mahu setapak ke hadapan lagi dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia Barat.

Air botol menjadi keperluan setiap orang walau kat mana pun diaorang pergi. So, botol air Jantzen ni ringan tapi berkualiti dan sesuai untuk di bawa kemana sahaja termasuklah untuk majlis-majlis keraian mahupun mesyuarat atau acara yang dianjurkan oleh syarikat.

So, kalau korang nak membeli air minuman Jantzen ni, korang order jerk at website diaorang kat sini : https://www.jantzen.com.my/ dan terus buat bayaran kat situ.

FREE DELIVERY tau korang! Penghantaran adalah percuma, tidak melibatkan sebarang charge pengangkutan dan penghantaran. WOW~!


Ini buktinya guys. Deivery air ni ke rumah aku secara PERCUMA - langsung tak ada apa-apa kos penghantaran. 


PENGHANTARAN AIR JANTZEN UNTUK APA JUA MAJLIS KERAIAN ATAU MESYUARAT


Kepakaran Syarikat Air Jantzen ni ialah membuat penghantaran air pada setiap pelanggan semudah yang mungkin. Bagitau jer saiz apa pun samaada saiz botol kecil 500 ml, atau botol besar 19 liter, ‘dispenser water’ ataupun penapis air, Jantzen akan pastikan ianya akan sampai pada pelanggan dengan cepat dan mudah.

 

“Kami mempunyai akses kepada semua produk kami dalam stok yang mencukupi pada setiap masa supaya kami boleh menyampaikan pesanan anda dalam masa beberapa hari sahaja selepas pesanan dibuat”. – Jantzen.

Bukan sahaja untuk kegunaan di rumah, malah Jantzen juga boleh menghantar pesanan air ni kemana sahaja mengikut pesanan yang dibuat samaada ke masjid, ke majlis hari jadi atau majlis perkahwinan, rumah-rumah kebajikan, majlis-majlis syarikat dan sebagainya. Korang cuma perlu masukkan alamat yang betul & info penerima yang tepat jer masa buat pesanan. Sangat senang!. 


Korang tak perlu bersusah-payah nak drive kereta pergi supermarket, nak cari parking lagi, nak beratur masa bayar lagi, nak tolak troli lagi. Penat aihh nak buat tu semua. Kita duduk jer rumah, layan Netflix, tak pun buat kerja rumah yang tak habis-habis tu, ataupun masak makanan kegemaran anak-anak, tup-tup tengok pesanan air dah sampai ke lokasi yang dituju. Jimat masa, jimat tenaga.


Macam Mana Nak Buat Pesanan Air Jantzen ?

‘Sign Up’ dan ‘Log In’ kat website Jantzen.com.my, lepas tu korang pilih jenis-jenis air yang korang nak samaada air minuman, air mineral atau air suling.


Lepas tu pilih jadual penghantaran air mengikut keselesaan korang dan Pihak Jantzen akan pastikan yang korang akan mendapat pelan terbaik untuk penghantaran air tersebut.

Penghantaran Air Jantzen ni akan pastikan yang botol air yang kita pesan sampai tepat depan pintu rumah supaya kita sebagai pelanggan tak perlu risau nak bawak pek botol berat-berat tu (Macam apa yang aku experience hari tu lah. Memang puas hati giler lah. Tak payah aku susah-susah nak keluar rumah lagi nak pergi beli air mineral).

Air sampai jer, pelanggan dah boleh menikmati air yang segar dan tulen serta HALAL tak was-was.



Kitaorang memang wajib bawak air kosong pergi mana-mana. Kena selalu minum air kosong untuk pastikan badan sentiasa ‘hydrated’.  Ni haa buktinya Kakak FL sempat minum air mineral lepas dah penat shopping barang dapur hari tu. 

Pergi playground pun wajib bawak air. Ye lah, penat kan main-main tu, lompat sini, lompat sana, lari sini, lari sana. Fuhh! Banyak tenaga guna tu.


Leeya minum air mineral jer masa makan kat kedai. Bagus sungguh Leeya ni, kurang minum air manis. 

Kakak FL siap bawak Air Mineral Jantzen ni pergi sekolah lagi. Setiap hari dia bawak Air Jantzen ni.

Kalau korang nak tanya apa-apa tentang air minuman Jantzen ni, korang boleh terus contact Customer Service Jantzen ni Setiap hari Isnin hingga Jumaat , dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Hotline : 1300-88-1313

No.Tel : 03-8800 1533

Whatsapp : +6012 565 5133

Email : Hello@jantzen.com.my

Alamat Jantzen  : Jant Marketing Sdn Bhd (Reg. No. 0363689-T)

No.12, Jalan TPK2/4, Taman Perindustrian Kinrara, 47180, Kuala Lumpur. 

 

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Sama la nad tak guna air cuckoo or coway. Memang beli ai botol je selalu. Mujur ada air Jantzen ni.. Boleh order online je

    ReplyDelete
  2. Anak Marina bawak Jantzen ni ke sekolah. Takyah susah payah isi air dalam botol air.hehe

    ReplyDelete
  3. Bagus air Jantzen ni ! Minum lepas workout mmg terasa bezanya.

    ReplyDelete
  4. Warna penutup botol ada maksud tersendiri

    ReplyDelete
  5. Sama kita tak suka berhutang takut pape jadi tak dpt nak bayar, tak pernah try lagi air ni

    ReplyDelete
  6. Bagus ada penghantaran terus ke rumah. senang nak order tiap bulan cam ni. tgk sharing pasal air ni

    ReplyDelete
  7. Samalah pilihan kita! Jantzen terus hantar ke rumah. Mudah sangat

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE