Assalamualaikum guys. Hari ni aku nak share dengan korang semua pasal program bantuan kesihatan untuk membantu masyarakat kita yang kurang berkemampuan untuk membayar bil perubatan. Program ni dikenali sebagai program Lyndung iaitu satu konsep program yang bersama-sama membantu ahli dalam komuniti tu untuk membayar bil perubatan. So, korang kena baca sampai habis tau pasal ‘Lyndung.My - Program Perkongsian Bayaran Bil Perubatan Untuk Mereka Yang Tak Mampu’.

APAKAH ITU PROGRAM LYNDUNG?

Program Lyndung ialah merupakan sebuah platform perkongsian komuniti yang patuh syariah untuk membantu Rakyat Malaysia berkongsi bil perubatan bersama dengan ahli-ahli komuniti yang lain terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Program ini memberi kebaikan kepada Rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan yang mempunyai kesukaran untuk membayar khidmat perubatan di pusat kesihatan awam mahupun swasta. 


Bil Perubatan


Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Umum, seramai 43% responden tidak memiliki apa-apa jenis takaful / insurans atau perlindungan kesihatan peribadi dan hanya 225 sahaja penduduk Malaysia yang mempunyai takaful atau perlindungan kesihatan peribadi. 

Oleh sebab itu, maka Program Lyndung diwujudkan untuk membantu Rakyat Malaysia untuk mempunyai perlindungan kesihatan diri dibawah syarikat bernama Lyndung Sdn.Bhd. 

Lyndung Sdn.Bhd ini bukan merupakan syarikat insurans dan takaful. Syarikat ini tidak menawarkan sebarang produk insurans dan takaful. Produk yang disediakan oleh Lyndung Sdn.Bhd ini ialah Program Perkongsian Komuniti Lyndung untuk berkongsi bil‐bil perubatan pada harga yang mampu milik.



BAGAIMANAKAH PROGRAM LYNDUNG INI BERFUNGSI?

Program Lyndung ini merupakan sebuah program komuniti yang menggalakkan ahli-ahli dalam komuniti ini untuk bersama-sama membantu satu sama lain. Program bantuan ini ialah dengan cara setiap ahli komuniti berkongsi bil perubatan yang patuh syariah. 

bil perubatan

Berikut ialah antara cara-cara bagaimana program Lyndung.My ini berfungsi : 

Bil perubatan seseorang ahli akan dikongsi secara sama rata Bersama ahli komuniti yang lain. Maksimum perkongsian bulanan ialah RM 50. 

Sekiranya ‘Perkongsian Sumbangan Awal’ telah digunakan sebanyak RM 50 atau lebih, tambah nilai sumbangan diperlukan lagi, atau dalam erti kata lain, setiap ahli perlu top-up lagi ‘Perkongsian Sumbangan’. 


Contoh pengiraannya macam ni : 

Katakanlah bil perubatan bagi ahli komuniti yang Bernama Ahmad ialah sebanyak RM 20,000. Dan dalam Komuniti Lyndung ada 2,000 orang ahli komuniti. Oleh itu, jumlah perkongsian yang setiap orang akan bayar untuk membantu Ahmad ialah sebanyak RM 10 seorang sahaja.

So, RM 10 tu akan ditolak dari setiap ahli dari duit ‘Sumbangan Perkongsian Awal’ yang dibuat oleh semua ahli Ketika mendaftar Program Lyndung ni. Faham kan?

Dan murah sangat-sangat, kalau nak compare dari kita bayar untuk insurans atau takaful. Tapi aku pun tak faham tentang konsep takaful, jadi aku pun tak boleh nak explain pasal takaful. 

Sumbangan Perkongsian Awal ni akan disimpan dan dijaga oleh Syarikat Amanah Warisan Berhad (AWARIS) yang tertakluk di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, Akta 100. 

bil perubatan

**Untuk 60 hari pertama menjadi Ahli Komuniti Lyndung : 

Sebanyak RM 20,000 perkongsian bil perubatan kemalangan yang dibenarkan serta RM 5,000 khairat kematian. 


** Untuk hari ke-61 hingga hari ke-180 menjadi ahli komuniti : 

Sebanyak RM 1 juta perkongsian bil perubatan dibenarkan dan tidak termasuk rawatan bagi penyakit khusus. 

bil perubatan

** Untuk hari keahlian ke-181 dan seterusnya : 

Sebanyak RM 1 juta perkongsian bil perubatan dibenarkan, termasuk kemalangan beserta RM 5,000 khairat kematian. 


** Penafian : Semuanya adalah tertakluk pada Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam Panduan Program dan Manual Keahlian Lyndung

Sehingga hari ini, terdapat seramai 374 Rakyat Malaysia yang telah mendaftar minat sebagai Ahli komuniti Program Lyndung.


CARA-CARA NAK MENDAFTAR MENJADI AHLI KOMUNITI LYNDUNG.MY : 

Pertama sekali, individu yang berminat untuk sertai komuniti Lyndung ini, perlulah mendaftar sebagai Ahli Komuniti Lyndung terlebih dahulu. Buat masa ini, hanya individu yang sihat tanpa sebarang penyakit sahaja yang diterima masuk sebagai ahli komuniti dan berusia antara 18 hingga 40 tahun. 

Bayaran pendaftaran ialah RM 120 sahaja, untuk setahun atau boleh membayar sebanyak RM 10 setiap bulan , dan juga setiap ahli perlu membayar RM 100 lagi sebagai duit sumbangan perkongsian awal. 

Kalau nak mendaftar sebagai ahli komuniti Lyndung, boleh daftar kat sini – klik sini LyndungSupport (Whatsapp)



CARA-CARA UNTUK PEMBAHARUAN KEAHLIAN 

Setiap ahli dikehendaki memperbaharui keahlian setiap tahun, dengan bayaran yang sama semasa membuat pendaftaran sebagai ahli komuniti Lyndung pertama kali, iaitu sebanyak RM 120 setahun. 

Contohnya, kalua ahli Bernama Chempaka mendaftar sebagai ahli pada Bulan Julai tahun 2023, so pada Bulan Julai tahun 2024, Chempaka perlu memperbaharui keahliannya semula. 


CARA PEMBAYARAN KEAHLIAN

Cara pembayaran boleh dibayar dengan 2 kaedah, iaitu bayaran secara tahunan atau bayaran secara bulanan. Bagi mod pembayaran bulanan, pembaharuan yuran keahlian adalah pada akhir bulan setiap kitaran 1 bulan. 

Bayaran Tahunan : RM 120 / tahun
Bayaran Bulanan : RM 10 / bulan


Bayaran Tahunan :
  • Bayaran Minimum : RM 120 + RM 0
  • Bayaran Maksima : RM 120 + RM 600
Bayaran Bulanan :
  • Bayaran Minimum : RM 10 + RM 0
  • Bayaran Maksima : RM 10 + RM 50

Baca juga artikal ini : 






FAQ / SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG PROGRAM 

LYNDUNG.MY: 

· 1) Adakah Program Lyndung Ini Ialah Syarikat Takaful / Insurans?  

P Program ini bukan takaful atau insurans dan ianya bukan berbentuk medical card takaful yang sangat popular dalam masyarakat kita sekarang. Program Lyndung ni ialah sebuah program bantuan yang menuntut semua ahli dalam komuniti ini untuk mebantu ahli-ahli yang lain dalam membayar bil perubatan.


     2) Adakah Program Ini Patut Shariah?

    Ya, program ini patuh syariah sepenuhnya. Program ini telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Shariah oleh Tawafuq Consultancy bagi Program Perkongsian Komuniti Lyndung pada 1 Disember 2022. 


  3) Apakah Faedah Menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung?


* Yuran keahlian yang sangat murah , iaitu hanya RM 10 sebulan sahaja. 

         * Ahli komuniti akan bersama-sama membantu membayar bil perubatan ahli lain yang             kurang berkemampuan.  

          * Penilaian perubatan akan diaudit oleh Pihak Ketiga yang ternama iaitu Eximius                     Medical  Administration Sdn.Bhd, yang beroperasi secara atas talian 24 jam sehari. 

  * Lebih daripada 200 hospital panel yang terlibat dalam program ini termasuk di Sabah           dan Sarawak. 

          * Sumbangan perkongsian diuruskan oleh Amanah Warisan Berhad (AWARIS). 

         *  Lyndung ialah sebuah program dan platform perkongsian komuniti digital yang                      beroperasi secara online sepenuhnya.   



  4) Apakah Manfaat Pada Ahli Komuniti Program Lyndung?


  *  Bil Perubatan Kemalangan – RM 20,000 bil perubatan akibat kemalangan boleh                   dikongsi bersama ahli program Lyndung ini.

 *   Bil Perubatan -  RM 1 juta bil perubatan termasuk kemalangan boleh dikongsi bersama-        sama dengan ahli komuniti.

 *   Hospital Panel – Terdapat lebih daripada 200 hospital panel yang terlibat dalam                     program       ini termasuk di Sabah dan Sarawak. 

 *  Pemindahan Organ – Sehingga RM 20,000 jika ahli komuniit adalah penerima organ,             hanya sekali seumur hidup. 

 *  Rawatan Kanser dan Dialisis Buah Pinggang – Sehingga RM 100,000 sepanjang hayat          layak dikongsi untuk rawatan kanser. Khairat Kematian – RM 5,000 Kahirat kematian           untuk waris.

 * Servis Ambulans – Perkhidmatan ambulans untuk hal kecemasan sebanyak RM 250.
  
 *  Bilik Wad dan Makanan Hospital – Sehingga RM 150 sehari boleh dituntut untuk                 bayaran wad.   

 *  Pendapat kedua Untuk pembedahan (Second Opinion) – Ahli komuniti mendapat faedah dari program ini dimana jika ahli hendak mendapatkan ‘second opinion’ bagi tujuan pembedahan,bayaran untuk konsultasi doctor pakar second opinion tersebut boleh dikongsi bersama komuniti Lyndung ini, 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.



bil perubatan


5) Had Umur Untuk Sertai Program Lyndung

Program ini terbuka kepada individu yang berusia 18 - 40 tahun.


So guys, apa tunggu lagi, Jomlah kita daftar Program ni cepat-cepat. Banyak sangat manfaat dan faedah program ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Lyndung.My - https://lyndung.my/


Baca juga artikel ni : 'Lyndung.my Alternatif Kepada Medical Card Syarikat Insurans'.


SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE