Only in Kyoto , specifically Gion City, you can see Geisha & Maiko..Gion is an ancient town of Japan.. " A-must-visit" place when you are in Kyoto...
Alhamdulilllah.. We are safely arrived at Kansai International Airport, Japan for experiencing the autumn in Osaka and Kyoto....
Stay tuned for more updates... Nitez everybody...
FL akan travel tak lama lagi.... So, kenalah update passport kalau tak , tak lepas imigresen nanti sebab muka dia dah berubah.. FL buat passport first time last year, masa nak ke Melbourne.. Dah setahun masa berlalu, for sure muka dah berubah. Sebab tu kena tukar gambar even passport masih lagi valid. Passport dia kami buat untuk 5 tahun. So masih ada lagi 4 tahun.
Proses tukar gambar passport ni FREE jer, tak yah bayar sesen pun.. Hanya perlu bawak dokumen ni:
1. Gambar passport terbaru (background putih) - 3 keping
2. Sijil lahir anak - Original & fotostat
3. IC mak / ayah / penjaga - Original & fotostat
4. Isi borang tukar gambar... Borang ni ambik kat Pejabat Imigresen Bahagian Passport tu la....
** JANGAN LUPA bawak anak sekali... Ada kes Hamba Allah tak bawak anak sekali, dah jenuh nak kena balik umah pulak ambik anak...
Aku buat proses ni kat Pejabat Imigresen Putrajaya, located at Menara Ikhlas (depan Perbadanan Putrajaya). Masa pergi tu, aku tak bawak gambar passport sebab aku tak jumpa kedai gambar kat Putrajaya ni... Aku rasa sekarang ni, it's very hard to find photo shop. Sebab sekarang, orang dah tak tangkap gambar kat kedai dah, orang cuma hantar kedai untuk cuci gambar jer...
Dulu aku selalu pergi kedai gambar kat Presint 15 tapi sekarang kedai tu dah tutup. Dah lingkup agaknya... So, aku dah tahu kat mana lagi nak cari kedai gambar. Then, aku redah jer Pejabat Imigresen, Bahagian Passport tu. Dia cakap kena ambik gambar dulu. Then aku cakap la terus terang, aku tak jumpa kedai gambar... Pastu, dia cakap, ada kat bangunan sebelah (Bangunan Jabatan Imigresen), kat Tingkat 2...
So, aku pun pergi lah ke Tingkat 2 bangunan sebelah tu , ambik gambar. RM15 utk 4 keping. Even kat situ pun, ada perkhidmatan fotostat & print surat.. So senang la kalau nak buat urusan visa (Malaysia) and permit kerja (bagi pekerja asing).
Aku tak perlu tunggu lama pun. Sebab tukar gambar ni kejap jer. Lagi satu sebab baby / kanak-kanak buat urusan di Kaunter Khas.. Khas untuk kanak-kanak.. So, cepat la... Tunggu 30 minit, passport dah siap.. Alhamdulillah...
Ini gambar yang paling latest... Masam je muka - muka mengantuk..
wefie kat Pejabat Imigresen
Taadddaaaa..... ni rupanya.. So, Sekarang dah dapat green light untuk fly... Lepas ni boleh lah gi travel lagi ngan mummy & daddy..
Hye November !!
Diam - diam, dah nak hujung tahun.. Kejap jer masa berlalu..
As I am a planner addict, I am also in love with washi tape.. I use that washi tape to decorate my planner as well as to decorate other things too such as for my travelling notebook journal, for my meal plan and also to décor greeting cards.
If I found washi tape anywhere, I can go ga-ga towards it.. haha... soooo addicted !
Usually, I bought washi from Kinokuniya - my favourite place since my school time.. or in Daiso.. as Daiso can get much more cheaper but there is less choice... tak banyak sangat washi kat Daiso... But right now, I found a new place selling washi tape at affordable price.. Only RM 5.30 for each of it.. Same like Daiso as well... It is KOMONOYA, located at Alamanda Shopping Mall in Putrajaya.
Actually, kat instagram pun ramai yang jual washi tape ni..
just search #washitape or #planneraddictsmalaysia
So, here is my collections..
Ini koleksi sedia ada.. Top-up beli sikit-sikit.. Yang guna stick ais-krim tu, untuk bawak gi travel mana-mana, senang, jimat space & ringan.. Tapi kalau ke university hari-hari, aku angkut semua nya sebab senang nak cari design mana yang berkenan..
Just bought this one at Komonoya.. Rasa macam nak borong semua tapi tak mampu... *kawal nafsu*
I used this pouch bag to store my washi collections.. But it seems too pack right now..
I think I do need a bigger space
Ini washi tape Farrah yang bagi...Entry kat sini.. Thank you.. Koleksi aku makin bertambah... Thank you Farrah...
Thank you for reading as well..
Enjoy your November ya.. !
Melbourne :: Our Accommodation
by dorsett pink, October 26, 2015
Sorry... Jarang update... October seems not too nice for me . Sebabnya - 1) handphone rosak. Alhamdulillah, after 2 weeks my phone dah keluar dari ICU. 2) Jerebu - bila jerebu, habis segala mak nenek habuk masuk mulut & hidung, aku, FL & hubsy demam & selsema.. Bayangkan, kami pass baton gilir-gilir demam. Paling kesian, si FL sebab dia kecik lagi... Jadi senang nak dapat penyakit.. Owh Haze! please go away now! Pastu pulak, dengan kerja tesis yang berlambak giler... Supervisor asyik call mintak itu ini.. Ye lah - lagi setahun kot, of course la nak kene kejar deadline... huhu... May November be nice to me... Do hope so...
*****************************************************************
Ok, ni tempat penginapan kitaorang kat Melbourne masa bercuti ke sana last year. Aku lupa dah nama tempat ni tapi aku suka giler tempat ni sebab die cosy dan nyaman jer.. Rasa tenang jer duk sini.. Bangun pagi, nampak pokok epal kat tingkap... Kat Malaysia, mana dapat nak tengok pokok epal.. Dapat tengok pokok pisang jer la hari-hari..
Ni rumah banglo 4 bilik, ada 3 bilik air. ada kitchen, ada laundry, ada vacumme kalau nak sapu sampah.. So boleh main masak-masak and basuh baju... Everything siap tersedia kecuali plastic sampah kiteorang kene beli sendiri.. Harga sewa rumah ni roughly dalam RM 1000 semalam.. Memandangkan kitaorang stay 10 orang (dewasa), jadinya perkiraannya RM 100 seorang untuk semalam. Kalau stay kat tempat backpacker pun, rate die paling murah pun korang boleh dapat RM 100 untuk seorang semalam. Ce tengok website hostelworld.com - my favourite place in looking accommodation.. Kiranya, ambik rumah ni sebijik untuk 10 orang , kira jimat , Ok la tu...
Rumah jiran kitaorang..
Ni neighbourhood tempat kami tinggal
Post-box
Laundry room
The kitchen
Dining area
Restroom
Dining area waktu siang - cerah jer..
Living room
In summary, aku sangat recommend tempat penginapan ni pada sesiapa yang nak travel in group atau travel dengan family... Senang dan jimat sebab rumah ni boleh accommodate ramai orang dalam satu-satu masa. Cuma, Aussie sangat strict dengan bilangan orang yang stay kat satu-satu hotel/rumah. So, make sure jangan menipu, just bagitau jer jumlah sebenar berapa orang nak stay kat situ... Kalau kat Malaysia, kite hentam jer, tak ada orang check.. hehe
Biasanya bila kiteorang travel, hari 1st lepas check-in, kiteorang akan pergi supermarket untuk beli barang-barang nak masak sepanjang tempoh berada di situ.. Al-maklumlah, nak makan kat luar mahal sangat kalau covert dengan currency kita. Jadinya, masak-memasak lah untuk lebih jimat...
Ada 2, 3 benda jer yang aku bawak dari Malaysia, selebihnya aku beli kat tempat tu. Biasanya, "hardware" atau kitchen utensil tu aku bawak dari Malaysia, so aku beli yang "travel-friendly" punya stuff macam knife, chopping-board, cawan plastic, pinggan plastic (beli kat ikea jer), sudu-garfu, gula, garam, beras minyak masak,.. Dan yang paling tak dilupakan (ni pun kalau travel dalam Malaysia pun aku bawak) ialah Sabun & span cuci pinggan... Sebab kebanyakkan hotel tak sediakan benda alah ni..
** TIPS 1- Untuk lebih organize, sebelum travel tu, buat dulu siap-siap "meal-plan" kat rumah - apa yang nak dimakan nanti bila waktu travel... Nanti senang, pergi jer supermarket terus rembat jer barang.. Lagi super jimat sebab dah ada dalam budget apa yang PERLU dibeli..
Biasanya, kalau pergi shopping groceries ni kiteorang akan beli air jus & air mineral untuk minum, sayur, fruits, bawang, fish, spaghetti (kalau rasa nak makan pasta), roti, air yakult..
Ini lah barang yang kitaorang beli.. Tak banyak pun
Bawang putih / Garlic
Kat Melbourne, dieorang guna style self-service payment atau layan-diri masa nak buat payment...
Boleh bayar guna cash atau guna card-credit.. Lagi jimat tenaga kerja kan ..
Kat Malaysia , aku Nampak dah ada yang guna style gini macam kat Tesco IOI City Mall...
Tapi Malaysia baru je lagi adopt cara self-service ni...
**TIPS 2 - kalau nak shopping barang makanan di oversea, PLEASE tengok & baca ingredients kat label dahulu sebelum beli sebab ada makanan yang tak ada tanda "HALAL", so kite kena cari makanan yang tak ada unsur-unsur HARAM dalam makanan tersebut. Unsur-unsur HARAM pada label contohnya - alcohol, animal rennet, animal oil etc..
sebabnya kalau 'animal' , dieorang biasanya guna komponen-komponen dari 'babi'..
*** TIPS 3 - Kalau beli barang basah masa travel ni, kalau boleh beli lah IKAN atau Makanan LAUT sahaja. Sebabnya, makanan laut ni dah confirm HALAL dan tak perlu disembelih... Tapi, kalau ayam/ daging, kita perlu cari kedai yang confirm jual daging HALAL (daging yang disembelih). And it is hard to find it unless u dah tahu kat mana kedai daging HALAL tu .. 1 lagi , time constraint jugak.. Nak mencari kedai HALAL tu 1 hal lagi...Travel ni bukannya lama pun, kejap jer, jadi faktor masa sangat memainkan peranan utama..
OK... itu jer tips yang aku nak share kalau nak beli grocery masa korang travel..
Hope ianya membantu... ** This is from my personal experience...
Might be differ from yours...
Thank you for reading aite...
Semalam bukak post box, tetiba terkejut beruk rasa macam nak lompat ala-ala kangaroo bila dapat parcel dengan nama "Dorsett Pink"..
"Pasti kawan blog yang bagi ni ", gerak hati aku...
Bila bukak .. Tadddaaaaaaa..
Ini dia hadiah nya... Berbalut kemas.. Ye lah, kalau tak berbalut , nanti koyok-koyok pulak macam Wak Doyok... Aku snagat-sangat terharu.. Dalam hati aku - "ada jugak Nye orang nak bagi hadiah kat aku"
Jenuh aku bukak balutan ni,, jenuh aku belek-belek nak tahu siapa yang kirim ni...
Tapi hampeh..
Si pengirim buat surprise tak bagitau langsung...
memang betul-betul surprise ni...
So terpaksalah main teka teki...
Dia bagi planner accessories, ada washi tape lagi as dia tahu aku ni planner addicts..
Aku pernah share kat entry ini.
Aku ni bukan boleh tengok wahi tape..
Boleh jadi tak tentu arah bila tengok washi tape because I do I loves it so much...
Setiap bulan mesti spend duit pergi beli washi ni..
Kalau dapat hadiah washi tape, lagi lah 100 kali ganda suka -suki sampai perut aku berkocak-kocak
Ni die bagi sticky note.. Siap tampal kat atas greeting card yang dibuat sendiri lagi, hasil kerja tangan sendiri... Ni custom made greeting card, kalau ada sesiap yang nak tempah kad yang dibuat guna tangan sendiri - boleh lah order dengan dia..
Ni tulisan nya.. sangat cantik...
Ayat-ayat tu buat aku sangat terharu macam rasa nak menitiskan air mata..
Rasa macam orang tu kenal aku sangat-sangat walhal kami tak pernah jumpa pun...
Teka punya teka, sampai tidur malam pun duk asyik teringat hadiah ni...
Hari ni bukak laptop, terjah-terjah blog kawan-kawan..
Last-last aku tahu siapa si pengirim ni melalui gambar ni

kat entry ni
So, si pengirim nya - Farrah FAMF Tower
Amboiii Farrah, buat surprise pulak ye...
Thank you so much aite..
Sangat terharu saya dapat hadiah ni dari awak...
And I knew , u do that , sincere from your heart..
Thank you, thank you, thank you..
No words could describe how much I appreciate your gift...
U really makes my day Farrah...
I'm Lovin it =))
Hari Raya Haji hari tu handphone aku rosak. Padahal, baru jer beli 5 bulan.. huhu..
So hantar repair, sampai sekarang handphone masih lagi dalam ICU..
Once upon a time, I thought yang aku ni jenis "tak boleh hidup" kalau tak ada handphone sebab aku sangat rely dengan phone... HP tu dah macam kawan baik aku...
Fortunately, I was so surprise, rupa-rupa aku tak adalah kematu bila hp tak ada.. Maybe sebab sekarang ni ada anak penyeri kehidupan, jadi life always get busy.. Mommies out there, u know what I mean right?
Tapi sekarang ni life rasa macam lain sikit, tak ada dah rutin tengok instagram hari-hari, tak ada dah nak balas message dari whatsapp group.. Tak ada nak Tanya pakcik gugel apa-apa... Maybe Allah swt nak bagi sesuatu - supaya aku lebih focus dengan tesis phd aku, tak adalah sikit-sikit tengok HP, sikit-sikit tengok HP.. Bila nak siap kerja nya kalau cegitu..
Tapi ada jugak rasa bosan tu datang... Even sekarang nak blogwalking pun tak ada mood, nak update blog pun tak ada mood.. Maaf ye kawan-kawan, aku bukan sombong... Nanti aku visit korang.. Korang just tinggal je komen kat entry2 aku... Jangan merajuk k....
Hopefully, HP aku cepat keluar dari ICU...
Rindu nak ambik gambar FL banyak-banyak. hehe
TQ for reading!











