Pertama Kali Makan Nasi Bambu kat Sungai Klah, Perak

by dorsett pink, August 13, 2017
Ni sambungan dari entry percutian aku kat Hot Springs Sungai Klah, Sungkai,Perak last weekend. Sebelum kitaorang gerak balik KL, kitaorang singgah makan tengahari kat Restoren Nasi Bamboo Sungai Klah.

Kalau dah datang Sungkai, rugi tak makan nasi bambu yang famous kat wilayah ni. Ni first time lah dalam hidup kitaorang semua makan nasi bambu...


Nasi bambu ni ialah nasi dalam bamboo (buluh). Nasi ni dimasak kat dalam buluh. Ni makanan tradisional masyarakat tempatan kat sini.. Zaman dulu-dulu kan mana ada periuk nasi,elektrik semua, so diaorang masak dalam buluh, guna bara api.


Restoren selalu penuh. Kalau weekend lagilah penuh.. Nak datang sini senang je. Keluar Plaza Tol Sungkai, terus belok kanan kat simpang traffic light, restoren ni betul-betul kat sebelah kiri roadside..



Parking pun penuh.. Tapi jangan risau, ada je kereta keluar masuk, sure dapat parking walaupun kat tepi jalan..


Ramai giler customer sini. Aku agak meja kat kedai ni ada dalam 50 bijik kot. Tapi tu pun penuh. So kalau penuh tu, tunggu la kejap, nanti ada lah tempat kosong. Sabar je.

Makan kat sini konsep layan diri.


Pilih je nak lauk apa, pastu terus bayar. Ada macam-macam jenis lauk untuk dipilih. Minuman pun ada macam-macam. Ada ABC, Cendol, Air Kelapa, macam-macam lah. Semuanya layan diri..


Inilah rupa nasi bambu bila dah letak lauk semua... OK lah. Aku tekak melayu, jadi sedaplah.. Highly recommend la tempat ni kalau korang nak rasa nasi bambu..

Lepas habis makan, kitaorang terus shoot balik KL..
Weekend hari tu, aku and my big famiy bercuti ke Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, kat Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Family holiday yang ke-3 untuk tahun ni. First kat Grand Lexis, PD, pastu kat New Zealand, and last skali yang terbaru ni kat Sungkai.

Pilihan tempat ni, macam biasa, en.suami yang pilih. Kitaorang ikut jer. Kami semua 10 orang dewasa campur ngan 2 kanak-kanak.

So, en.suami book Villa 3 bilik. Yang best nya, villa ni ada private jacuzzi dan setiap bilik ada bathroom sendiri. So, tak berebut toilet la.

  

Private jacuzzi kat barkyard.  
 
 Ini landskap kat backyard. Cantik! Tenang je mata nengok.

 Aku suka landskap kat sekitar villa kitaorang stay tu.

 
 Ni villa kitaorang dari depan

 Ni depan villa. Kat depan ni ada tasik dan ada taman. So, pagi-pagi boleh jogging sini


 Ni permandangan sekitar villa 


 Ini bilik superior

 Ini master bedroom

 Kitchen ada disediakan kettle, peti ais, dapur gas, periuk nasi. So boleh masak-masak. Tapi periuk nak masak tak sedia, pinggan mangkuk pun tak ada. So sesiapa yang berhajat nak bercuti kat sini dan nak masak sendiri, silalah bawak segala peralatan sendiri. Kitaorang hari tu tak masak, makan kat cafe jer.



 Ada bathtub kat dalam master bed room

 
Living room. Tak ada internet. Cuma ada Tv + Astro je.

Yang best nye, sesape yang stay sini, boleh beli tiket masuk ke Hot Springs dengan harga istimewa - boleh dapat harga murah.

Dan yang bestnya jugak, Hor Srpings tu hanya depan Villa kitaorang jer. Berjalan je beberapa langkah dah sampai. Tak perlu nak drive kereta.
 
 Ni kat Hot Springs. Skrang Hot Springs ni dah buat banyak playground untuk budak-budak. Sangatlah children-friendly. So, sesuailah bawak anak-anak kecik datang sini. 

FL pulak setiap masa ajak kitaorang datang sini. Almaklumlah, depan rumah jer.. 

 Kat sini ada banyak gazebo. Memang pengunjung yang datang sini, akan bawak makanan sendiri dan picnic. 

 
  Kat kolam ni air tak panas, so budak-budak sesuai lah mandi-manda kat sini

 
Ni kolam air panas yang betul-betul panas. Sesapa yang ada masalah kulit, eloklah berendam kat sini. 
 
 
 Ni tempat rebus telut. Telur boleh dibeli kat sini. 6 biji - RM 5. Kalau nak beli 30 biji - RM 20. Selain telur, nasi lemak, maggi , mee pun ada dijual. Air kat sini suhu 90-100 darjah celcius.

 Kat kolam ni air suam. huhu.. Agak panas lah, tapi tak sepanas kat tempat rebus telur tu.
Sesiapa yang ada eczema, sesuai lah mandi kat sini.

Cousin aku eczema tahap kritikal, rash satu badan dari kaki sampai kepala, selalu berulang-alik buat berndam kat hot springs ni, lama-lama hilang dah eczema tu. So, sangat reccommended la untuk sesapa yang ada masalah sakit kulit datang sini. 

Kat sini pun ada tempat archery. ATV pun ada, tapi berbayar la semua tu. 
Selain tu, kat Sungai Klah ni, ada aktiviti water rafting dan waterfall. 
Nanti, full itenerary aku share kat entry lain.

Ini Cafe Meranti - tempat kita orang makan-makan. Sepenuhnya, under Felda.  Not badlah makanan kat sini. Sedap!

 Muka baru bangun tidur. Tak mandi - terus datang makan. 
Ini menu wajib (breakfast) dia kalau makan kat hotel. 
Makanan lain dia tak layan.

Kat kafe ni ada playground gak. So, FL memang suka lah.

Selain dari penginapan jenis Villa, kat Felda Residence Hot Spring ni jugak ada bilik penginapan macam bilik hotel. Ada bilik superior, bilik deluxe.  
Kalau korang nak book, book je kat booking.com ataupun kat agoda.


 Pendek kata, percutian 3 hari 2 malam kitaorang ni memang sangat awesome - Seronok!
Hari Jumaat check-in, hari Ahad check-out. 
Nanti aku share full itenerary kat entry lain. 

Sebelum shoot balik KL. 
Kitaorang singgah makan kat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. 
First time makan nasi bambu. 
Nanti aku share k pasal nasi bambu tu.

Salam Jumaat u all.

My 'Foldable Jug' For Travel

in , , by dorsett pink, August 10, 2017
Kalau pergi travel dengan my bug family, aku biasanya akan bawak 'foldable jug', sebab biasanya kat apartment atau guest house yang kami sewa tak disediakan jug. Nak buat air dalam gelas satu-satu, rasa lagi menyusahkan. Kalau pakai jug lebih praktikal.

Tapi kalau kat oversea, biasanya guest house ada sediakan jug dan segala jenis kemudahan, even mesin basuh pun disediakan.

Tapi guest house kat Malaysia masih banyak lagi yang kurang. Mungkin owner rumah fikir orang datang just nak tidur jer,so diaorang tak sediakan kelengkapan lain kecuali yang basic macam katil, selimut, pillow.

Walhal, ramai je orang yang pergi bercuti dan sewa guest house ni bukan semata-mata untuk tidur jer. Kadang tu ada yang suka masak sendiri lagi, walaupun banyak je kedai makan halal kat sekitar. Tapi sebab dah biasa masak sendiri, jadi tetap rasa nak masak walau kemana saja pergi.

So sebab tu aku bawak jug ni pergi bercuti kalau travel ngan family. Macam biasa aku beli kat Lazada. Lazada tu kan kedai serbaneka - macam-macam ada. Kalau tak silap, aku beli dulu harga dia RM70 kot..




Sebabkan jug ni foldable, so sangatlah jimat space beg aku. Boleh main selit-selit je. Ringan pulak tu.
Sambungan dari entry ini - 'Teruja Melihat Kecantikan Lake Tekapo, New Zealand'

 Tajuk entry ni - Teruja Dengan Tandas Awam di Lake Tekapo,New Zealand , sebab apa TERUJA?? 

Sebabnya inilah pertama kali aku masuk Public Toilet yang serba canggih. Canggih sebab ada had masa buat 'business' dalam toilet ni , dan canggih sebab nak masuk pun kena tekan butang macam naik lift. 

Kalau kat Jepun, bab 'cuci-cuci' je canggih sebab guna remote control bila nak mencuci tu. First time pergi Jepun dulu panik gak, sebab tak tahu guna, pastu pulak kat remote tu semua bahasa Jepun, satu apa pun aku tak paham! But, Alhamdulillah selesai jugak la urusan.

Tapi kat Lake Tekapo ni, sebelum masuk toilet lagi dah kena main 'tekan-tekan butang'. 

http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html 
Ini rupa public toilet kat Lake Tekapo. Masuk FREE, tak yah bayar!


http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html
 Mula-mula, tengok lampu kat pintu toilet tu warna apa. Kalau :

Lampu hijau - toilet kosong.
Lampu kuning - toilet ada orang.
Lampu merah - toilet tutup, tak boleh guna.
Lampu biru - toilet sedang dibersihkan.

So, kalau lampu hijau, boleh la guna toilet ni, 
so tekan lah tekan butang HIJAU tu, yang ada ikon tapak tangan. 


http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html
 Bila dah masuk, tekan butang ni untuk 'tutup pintu'. 
Lepas je tekan, terus dengar suara operator. 
Masa tu terkejut sebab tetiba 'ada orang' bersuara. 

Dia kata - "You are given 10 minutes only (kalau aku tak lupa), pintu akan automatik terbuka bila masa dah TAMAT". Tapi seminit sebelum tu, dia akan bagi warning dulu.

Masa tu aku cuak, aku rasa semua family members aku cuak masa dengar tu.. Tak pernah-pernah masuk toilet yang ada HAD MASA. 

So, apa lagi, cepat-cepat la buat 'urusan' kat dalam tu SEPANTAS KILAT takut pintu terbukak. Aduusss, masa ni aku rasa kelakar la.. 
Kelakar sebab pressure sebab tertekan dengan masa yang diberi.

http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html
Nasib baik dalam toilet ni ada sink (ada air). 
So just bawak botol mineral kosong jer, pastu isi air kat sink. 

Bayangkan kalau buat 'urusan besar-besar', atau cirit-birit ker, sempat ke nak habiskan 10 minit tu?? 

Lepas keluar toilet, masing-masing gelak. Sebab semua buat urusan laju-laju. 

Masa aku nak tukarkan diapers FL, tak sempat nak pakaikan dia seluar, pintu dah terbukak, so terpaksalah pakai seluar kat dalam kereta.

hahahhahaha



 Ini permandangan sekitar kat public toilet Lake Tekapo ni.
Kat sini ada kedai kopi jugak, so sesape yang nak minum kopi sambil menikmati permandangan indah Lake Tekapo, korang bolehlah menjamu selera disini.

Lepas dah puas lepak kat Lake Tekapo, kitaorang ke Lake Pukaki pulak.

  So, stay tune for more interesting stories.
Thank you for reading!  

Biasanya kalau lepas bersalin, biasa kan kia dengar baby kena jaundice atau demam kuning. Memang mak-mak atau pak-pak susah hati kalau baby kuning. Ada tu prolong jaundice sampai terpaksa berulang-alik hospital. Kene admit ward pun ada. Memang sedih. Tambah plak, mak-mak dalam pantang tak kuat, emosi pun macam roller-coaster, memang menguji kesabaran.

Alhamdulillah, Aku masa bersalinkan FL dulu, FL tak kena jaundice langsung. Syukur sangat. Kalau tak, aku pun stress. 

So, entry ni aku nak share apa yang aku amalkan masa mengandung dulu untuk elakkan baby terkena jaundice atau demam kuning. Petua ni aku baca kat internet, pastu aku cuba amalkan. Saja nak tengok berkesan ke tak. Kalau berkesan - SATU BONUS. Kalau tak, takpe aku redho. 

TIPS Mengelakkan Bayi Terkena Jaundice/Demam Kuning:
Masa kandungan masuk bulan ke - 7 / 8, amalkan makan & minum benda ni :

1. Minyak kelapa dara (VCO) satu sudu setiap hari.
2. Makan buah kurma at least 3 biji sehari.
3. Minum madu 1 sudu setiap hari .
4. Minum susu setiap hari.
 https://tanamera.com.my/wp-content/uploads/2012/03/CoconutOil100ml.jpg
 Contoh : Virgin Coconut Oil
(Sumber imej : tanamera.com.my)

http://cookdiary.net/wp-content/uploads/images/Kurma_4850.jpg
(Sumber imej : http://cookdiary.net)


Aku amalkan minum dan makan makanan tu semua setiap hari sehinggalah hari aku kena admit (untuk bersalin).Mula-mula nak telan vco tu Ya Allah! Payahnye.. But telan je lah sambil tutup mata, lepas telan tu cepat-cepat minum air masak banyak-banyak.

Masa FL lahir, aku tengok kerak kat kepala dia pun tak banyak sangat. So senang nak hilang masa dalam pantang tu. 

Sepanjang tempoh berpantang 44 hari tu, aku risau gak kalau dia kena demam kuning. 
But, Alhamdulillah everything was fine.
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE