Baru Beli Life Jacket

in , by dorsett pink, January 03, 2022

Aku baru beli life jacket untuk Leeya sebab dia punya life jacket sebelum ni dah tak muat. 

Dengan musim sekarang ni, dengan banjir sana-sini, bagi aku dah memang 'must/wajib' untuk ada life jacket kat rumah bagi setiap penghuni rumah kita. Macam aku ni, untuk aku dan en.suami tak ada lagi, InshaAllah akan beli nanti bila ada rezeki, sekarang bajet tak cukup lagi. 

Banjir ni datang tak dijangka, macam aku kena tahun lepas, dan macam banjir kat Selangor baru-baru ni, semua orang tak jangka banjir seteruk tu. 

Benda dah lepas kita jadikan iktibar dan ambil pengajaran. So, skearang ni kita bersedia / be prepared dengan kit kecemasan. Dan salah satu benda yang sangat penting dalam kit kecemasan ialah life jacket - nyawa tu lagi penting dari apa-apa pun. 

Ini life jacket yang aku beli untuk Leeya. Baru jer sampai semalam. Beli kat LAZADA, murah jer, harga cuma RM 56. 

Ini pandangan belakang life jacket ni. Aku ambik saiz M (Leeya umur 3 tahun). Penghantaran laju giler dan yang penting diaorang wrapped betul-betul. Ini dia link seller yang aku beli tu - https://invol.co/cl872e5


Sebelum beli ni aku tengok dulu kat Youtube, cari info pasal Life Jacket Yang Terbaik, sebab aku pun bukannya pandai sangat bab ni. 


Ini antara faktor penting yang kita kena ambil tahu sebelum membeli life jacket

1. Inflatable life jacket hanya sesuai untuk orang yang dah pandai berenang sahaja. Dan ia tak tahan lama. Kena buat maintenance selalu (kos lagi tu). 

2. Life jacket kena ngam-ngam dengan badan. Lagi bagus kalau boleh custom made, so dia tak kan besar atau tak kecik, ngam-ngam jer.

3. Life jacket yang bagus kena ada zip di hadapan, dan kena ada 'buckle' jugak, lagi banyak 'buckle' lagi bagus. 

4. Kena ada tali kat bahagian bawah  (kat cawat) supaya life jacket tu tak naik keatas masa kat dalam air, dan ia steady je di badan kita. 


Walaupun ada life jacket, kita dan anak-anak pun kena jugak belajar berenang, at least tahu 'terapung badan' pun dah cukup dah, sebab boleh selamatkan diri kalau terjatuh dalam air. 

Aku harap info yang aku berikan ni berguna untuk korang dalam memilih life jacket yang terbaik. 

 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Bgausss arr... Ok nnt nk cr gak utk uyum.. Tq share

    ReplyDelete
  2. Cantik. Nak cari jugaklah untuk anak.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE