Dinner Bersama Keluarga di Cozy House Restaurant

in , by dorsett pink, November 12, 2018
Hari ni aku nak share salah satu tempat makan favourite kami (my family and i) iaitu Cozy House Restaurant. Cozy House ni ada banyak cawangan, tapi yang menjadi pilihan kitaorang ialah kat Great Eastern Mall. 

Seingat aku, aku start makan kat sini sejak dari zaman sekolah. Sekarang ni bila dah kahwin kebetulan keluarga en.suami pun suka makan kat sini juga. So, kiranya restoren ni  selalu menjadi pilihan hati kami anak-beranak untuk dinner. 

Jom layan gambar jer lah. Ini antara makanan yang kami selalu order.

Ini ayam pandan 







 Telur hancur

 Green curry

Chocolate indulgence. Ini makanan sampingan. Beli kat Secret Recipe kat situ jugak. hehe..


Makanan kat restoren ni tak mahal sangat. Yang mahal nya ialah air minuman. So, kalau nak jimat order je lah air kosong. Tapi air kosong pun kena charge jugak. hihi. 

Resipi Sup Prego Buddies Untuk Bayi

in , by dorsett pink, November 10, 2018
Leeya hari ni dah masuk 8 bulan dan dia sekarang pun tak nak makan makanan yang diblend.
 So, dia dah bolehlah makan pasta. 
Semalam, mommy masakkan dia pasta. Guna Pasta Prego Buddies Sports.

Apa yang best pasal pasta ni ialah dia sangat lembut lepas direbus. So, memang sangat sesuai untuk baby makan. Lepas rebus, tak perlu blend, sebab dia lembut sangat, jadinya mommy just gunting - gunting jer nak bagi dia potong kecik-kecik supaya Leeya senang kunyah.


Seusai direbus


Mommy guna prego buddies sport shaped

So, mommy buat Sup Pasta untuk Leeya.


Ini resipi pasta untuk baby :

1. Rebuskan pasta, kemudian asingkan.
2. Campurkan chicken stok ke dalam past tadi.
3. Campurkan puri sayur-sayuran / puri buah-buahan ke dalam pasta tadi. Mommy guna puri carrott sebab itu yang Leeya suka.

4. Siap! Dah boleh makan. 


Leeya suka sangat. Dia makan sampai habis. Yummm-yummm..

Beg Makanan Baby Bila Travel

in , , , , by dorsett pink, November 09, 2018
Beg Makanan Baby Bila Travel | OK, hari ni nak share pasal beg makanan Leeya. 

http://www.dorsettpink.com/2018/11/beg-makanan-baby-bila-travel.html
Ini beg makanan Leeya bila travel. Yang sebelah kiri ada tulis 'FIFFY' tu ialah beg makanan yang digunakan hari-hari. Yang sebelah kanan (yang tinggi sikit tu) ialah cooler bag. Cooler bag ni dibawa bila travel lebih dari sehari, bila tidur kat hotel atau tidur di rumah family. Kalau tak bermalam, cuma bawak bag FIFFY tu jer pergi mana-mana.

 Ini pandangan sisi dua-dua beg ni.

 Wet tissue ni wajib ada dalam beg makanan Leeya sebab dia selalu comot-comot masa makan. Wet tissue ni sesuai untuk lap mulut dan gusi/gigi.

 Ini contoh 'alatan perang' untuk Leeya makan. hehe. Wajib ada bip dan wet tissue, sudu dan air untuk Leeya minum. 

 Biasanya ini bekas makanan Leeya bila kat luar. Biasanya amount makanan yang dia makan ialah 120g. Minum air biasa jer dalam bekas EBM Avent tu. Sudu tu beli kat Daiso. Cute kan? hehe

http://www.dorsettpink.com/2018/11/beg-makanan-baby-bila-travel.html
kadangkadang guna bekas pink ni untuk makan. Bekas pink ni beli kat Daiso.



Dalam beg ni juga wajib ada tisu.

Ini ialah makanan yang dibawa bila travel hari tu pergi Penang. Makanan yang sejuk diletak dalam cooler bag berserta dengan ice pack.  Ini rupa fridge hotel.


Ini EBM dan puri lobak & puri pumpkin.


Ini ialah puri avocada + carrot yang dibuat siap-siap kat rumah. Food pouch tu aku beli kat kedai baby. Food pouch ni boleh diulang-ulang guna. Lepas guna, basuh, pastu boleh guna balik. Boleh disteril dan selamat diguna dengan dishwasher. Bila nak makan puri kat dalam ni, hanya letak je dalam mangkuk/bekas yang berisi air panas dan rendam untuk seketika. 

Untuk nasi, aku guna 'baby rice'. Boleh baca kat entri ini - 'BABY RICE' UNTUK TRAVEL.

Cuti Deepavali Tak Kemana-mana

by dorsett pink, November 07, 2018
Cuti panjang sempena Hari Deepavali semalam, aku dan keluarga kecilku tak kemana-mana. Duduk rumah jer . Kesian anak-anakku. Sebab mommynya tak sihat. Mommy migrain dan demam. 2 hari demam. Rasanya macam demam nak tumbuh gigi bongsu sebab rasa macam ada rasa 'sakit-sakit' kat geraham ni. Tapi ntahlah, tak pergi check doktor lagi. 

Ada cerita kat entry sebelum ni perihal sakit kepala ku a.k.a migrain tu. Kesian dengan orang migrain ni, sebab selalu jer sakit kapala. Ubat kena standby je setiap masa. Boleh baca kat sini - 'Ubat Sakit Kepala'. 

Kesian anak-anak tak dapat kemana-mana. So, semalam mommy dah OK, dah sembuh sepenuhnya. Jadinya semalam mommy and daddy bawak anak-anak pergi bersuka-ria kat Aeon Kidzoona. 




Da' Sales girl is on-duty




 This cheeky pumpkin also busy doing her things. A new exploration for her. Lepas ni best la Leeya explore macam-macam kat indoor playground ni. The chaos will begin very soon. hahaha... Habislah mommy..


Yesterday was a mommy-daughter-daddy bond day. We were really having fun and enjoying ourselves to the max spending a whole day at Aeon with makan-makan ,main-main and did some shopping.
*Smile*..

Ubat Sakit Kepala

in , by dorsett pink, November 07, 2018
2-3 hari blog tak ter-update. huhuhu... Banyak cerita yang nak kucerita tapi apakan daya hanya mampu pandang sipi-sipi je lappy ni. Bila sakit kepala datang menyerang, apa benda pun tak boleh buat. Tambah pulak bila kena migrain... addduuhh! Sakitnya.. 

Apatah lagi kalau ibu rumah tangga yang kena migrain tu, memang kelam-kabut la rumah macam tongkang pecah. Nasib baik anak-anak memahami, diaorang tahu mommy diaorang sakit kepala, masing-masing baik jer, tak de buat perangai , tak de meragam, tak de merengek, tak de nak mengamuk-ngamuk. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat. En.suami bantu buat kerja-kerja rumah. 

So, bila migrain menyerang diketika cuti panjang ni, jawabnya, kitaorang tak dapat ke mana-mana la. Duduk rumah jer lah bagi mommy rest betul-betul.. huhu.. 

Ini ubat sakit kepala aku a.k.a ubat migrain. Ubat ni memang wajib ada kat rumah. Bila sakit kepala je atau tetiba rasa mngantuk, aku drop je beberapa titis 'peppermint' ni kat kepala, then, 2-3 jam lepas tu, InshaAllah kepala jadi ringan dan segar. Kalau nak lagi cepat release, diffuse jer.


Cuti panjang hanya mampu duduk rumah jer. Kesian kat anak-anak tak keluar rumah langsung. So, semalam, bawaklah diaorang keluar main-main kat Kidzoona.. Happy sungguh muka masing-masing. Siap request nak datang lagi..


No More Exam-Oriented System. Yaaahhhoooo!!!

in , by dorsett pink, November 02, 2018
Baru-baru ni Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan untuk memansuhkan semua peperiksaaan yang melibatkan pelajar-pelajar Tahap 1 (Tahun 1, 2,3) bermula pada tahun 2019.

Aku suka giler!. Almaklumlah, nanti Tahun 2021 , Kakak FL dah masuk Darjah 1. Aku dapat bayangkan betapa stressnya student-student ni bila pergi sekolah dipaksa untuk belajar dan belajar, pastu kena ambik exam pulak. Huhuhu.. Alahai, kesiannya budak-budak tu. 

Pada waktu umur macam tu, jiwa diaorang ni masih lagi nak fun dan main-main. So, kalau dipaksa untuk belajar, diaorang boleh hilang minat pada pelajaran. Ya lah, siapa yang suka dipaksa kan.

Apalah sangat dengan dengan exam ni?? Anak-anak Malaysia dah dididik untuk menjadi 'exam-oriented person'. Bila nak exam bukan main pulun study, habis exam, habis 1 hapa pun tak ingat. Bila masuk kerja, terganga-ganga sebab dah lupa teori-teori yang pernah belajar kat universiti dulu. So, hebat sangat ke sistem exam-oriented ni. 

Pemansuhan peperiksaan Tahap 1 bantu perkembangan murid
Sumber imej : Astro Awani


Kalau tengok di negara-negara barat yang mempunyai sistem pendidikan Kelas A terutama di Finland yang merupakan negara yang mengamalkan sistem pendidikan terbaik di dunia, kanak-kanak datang ke kelas bukannya disuruh beajar dan belajar dan kat sana langsung tak ada exam. Waktu persekolahan pun 4 jam jer. Pastu, Homework pulak tak ada langsung. So, memang heaven la budak-budak nak pergi sekolah. Pastu confirm tak de drama sinetron pagi-pagi sebab anak-anak malas nak pergi sekolah. 

Kalau tahap 0-Level pulak, ala-ala exam SPM tu, student hanya wajib ambil 3-4 subjek jer, compare dengan student yang nak ambik SPM, kena wajib ambil 9-10 subjek. So, tak stress nya student-student kat Malaysia ni. Sebab tu ada parents yang sanggup hantar anak-anak diaorang ke International School dengan tujuan supaya anak-anak diaorang tidak menjadi seorang 'exam-oriented person' dan supaya anak-anak diaorang tidak dibebani dengan subjek-subjek yang banyak sangat tu. 

So, bila Kementerian Pendidikan buat sistem baru ni dengan memansuhkan peperiksaan bagi murid-murid Tahun 1, aku menyambut baik inisiatif tersebut dan sangat berterima kasih pada Kerajaan. Sekurang-kurangnya anak-anak Malaysia nanti tidak menjadi orang yang tahu menghafal fakta sahaja instead of memahami apa yang diajar. 

Inilah bakal pemangkin ekonomi negara di masa akan datang.hihihi..


Tapi jangan la pulak nanti buat sistem penilaian yang ajar anak-anak menjadi 'kaki kipas atau kaki bodek cikgu'. Siapa yang pandai bodek cikgu, dapatlah markah tinggi, manakala sesiapa yang tak pandai bodek cikgu, dapatlah markah rendah. Pastu, kalau perkara itu dididik pada anak-anak kecil ini, tak mustahil 1 hari nanti Malaysia akan mengeluarkan generasi 'yang hanya tahu bodek BOSS', tapi kerja hempeh!.

Ala korang tengok je kat ofis korang, cuba tengok staff-staff yang suka bodek BOSS tu excelent/perform tak masa kerja? Depan Bos memang excellent la, belakang BOSS hampeh. Pastu bila tiba hari APC - Anugerah Khidmat Cemerlang, orang tu lah yang akan naik pentas terima anugerah pekerja cemerlang. errrmmm... 

Ini cuma pandangan peribadi aku jer, mungkin tak sama dengan pandangan korang. Aku harap Kementerian Pendidikan dapat membuat keputusan yang terbaik dan memberi kebaikan untuk generasi akan datang. TQ.

Last but not least, terima kasih sebab membaca artikel ni sampai habis. Salam Jumaat U all. 
Selamat menyambut 1 November guys! Apa yang spesialnya 1 November? Yang spesial nya ialah tak lama lagi akan tiba 11 November. Dan 11 November adalah hari yang paling best sebab LAZADA buat SALE BESAR-BESARAN - THE BIGGEST ONE DAY SALE! 

1 HARI jer babe - 1 NOVEMBER 2018. So, mestilah diskaun kaw-kaw punya. Harga dari serendah RM 1 hingga 90% diskaun. Banyak tu. Confirm murah giler barang-barang kat LAZADA hari tu.


https://www.lazada.com.my/
Memang confirm lah aku akan shopping hari tu. Sebab harga semua barang turun harga kaw-kaw. 

So, ini 3 barang yang ada dalam wishlist untuk grab pada 11.11.18 nanti.
 
1. Air Fryer - Jenama Russell Taylor 

 Aku nak sangat air fryer ni . Dah lama mnegidam tapi sampai ke hari ni tak beli-beli lagi. So, nanti 11.11 hopefully dapatlah peluang aku beli air fryer ni. Sebab apa aku nak sangat air fryer Russell Taylor ni? Sebabnya aku nak mengurangkan penggunaan minyak masak masa waktu memasak. Lagi sihat. Lagipun Kakak FL suka sangat makan potato fries dan ayam goreng upin ipin (drumstik), almaklumlah sekarang kan dia obses sangat dengan Upin Ipin. Jadinya kalau masak guna air fryer ni lagi senang dan lagi sihat. Lagipun jenama Russell Taylors ni pernah masuk CNBC, so mestilah produk ni sangat-sangat berkualiti.


2. Rice Cooker - Jenama ELBA ERC-D1233 Mini Electric Rice Cooker
 
Aku nak rice cooker ni sebab sennag nak bawak pergi travel. Sebab aku jenis lidah Melayu. Hari-hari wajib makan nasi. Jadinya, kalau travel, memang kebiasaannya aku akan bawak rice cooker. So, kalau ada rice cooker yang kecik kiut miut macam gini, senang lah sikit, jimat space luggage. 

 3. Multipurpose Food Processor - Jenama Bear QSJ-B03H2 2L Glass Food Processor Multipurpose Food Chopper, Blender and Mincer

Lagi satu barang yang menjadi idaman hati ialah multipurpose food processor. Aku nak snagat food processor ni sebab senang nak masak-masak. Sememangnya ibu-ibu dan para isteri zaman sekarang memerlukan gajet-gajet yang boleh mempercepatkan urusan masak-memasak kat dapur. Lagi cepat masak, lagi cepat boleh makan. Bila dah ada gajet macam ni, baru bersemangat sikit nak masak hari-hari sebab dah ada 'pembantu'. So, sebab tu aku nak sangat mulpurpose food processor ni. 


Ok, so sekarang aku dah masukkan semua barang-barang ni kat dalam 'My Cart'. So nanti 11.11.18 nanti aku boleh la beli (kalau ada duit dalam bank). hahahahaha.. 

So, korang jangan lupa tau TARIKH 11 NOVEMBER 2018. LAZADA 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE! Save the Date!!

My Breakfast and Supper - Corn Flakes

in , by dorsett pink, November 01, 2018
Salah satu menu breakfast favourite aku ialah 'Corn Flakes'.

Cepat, Senang dan Sihat.

Kadang-kadang kalau tengah malam lapar, aku pun tibai ni jer.

So, fresh milk dan corn flakes memang  wajib ada dalam stok pantri kat rumah ni.


 Kalau nak betul-betul healthy, gunalah low-fat milk. Tapi sebabkan aku masih bf Leeya, jadinya aku consume jer full-cream milk supaya Leeya dapat calsium dan zat besi yang secukupnya dari susu mommy.

Kadang-kadang tengah-tengah malam aku lapar jugak. So bila lapar tu, terus ambik cornflakes ni letak dalam bowl pastu tuang dengan fresh milk dan terus makan. Senang kan?

Almaklumlah bila menyusukan anak ni memang cepat jer lapar. Tak kira masa lapar nya. Kalau ada hari Leeya minum banyak banyak yang lebih dari biasa, memang banyaklah mommy makan hari tu. Tapi hari-hari pun memang makan banyak, cuma ada hari-hari special yang Leeya consume susu banyak sikit, jadi mommy pun terpaksalah kena top-up tenaga dan zat jugak supaya dapat bagi nutrien yang secukupnya untuk anak kesayangan ni.

Sebab tu la badan pun dah macam dipam-pam ni. Mana tidaknya, bila lapar jer - telan makanan, bila lapar jer- telan makanan. Tak boleh nak diet lagi la buat masa ni. Masih tak mampu. Kalau kurang makan, mommy sendiri yang jadi letih dan tak larat sebab Leeya memang minum banyak sangat. 

Takpelah, nanti bila dah tiba masanya mommy kuruskan badan k. hahahaha.. Berat tu adalah turun dari bersalin hari tu, cumanya masih lagi tak dapat berat ideal mcam sebelum pregnant tu. Target = nak 50 kg. SEkarang tak sampai lagi berat tu, cuma dah nak dekat dah la.

Nak kurangkan makan tak boleh especially makan nasi sebab aku ni jenis lidah Melayu, macam mana pun tetap nak makan nasi. So, sebab tu seboleh mungkin aku akan cuba prepare food dengan cara yang paling sihat. #eatclean omputih kata. Aku cuba jer la seboleh mungkin tapi ada kalanya terbabas jugak. eerrmmm..
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE