Kuih Deram

in , , by dorsett pink, January 31, 2020

Inilah dia Kuih deram. Famous kat Terengganu. Orang Terengganu panggil 'Deram'. Kalau orang KL panggil kuih ni - 'Telinga Keling'. Sama jer rasanya.. =))..


Unboxing Handphone RealMe 5i

in , by dorsett pink, January 29, 2020
Handphone RealMe 5i baru jer launch kat Malsyia 14 Januari 2020 hari tu. Realme ni satu syarikat dengan OPPO. Kiranya adik-beradik OPPO la dan kualiti kamera Realme lebih kurang macam kualiti OPPO la. Guna Andoroid. Aku memang peminat tegar android =)). 

Realme 5i ni ada 4 kamera belakang 24 mega pixel in total  ,kamera depan pulak 8 mega pixel. 


Sempena dengan pelancaran handphone ni hari tu, Realme ada bagi FREE GIFT kat orang terawal yang membeli handphone 5i ni. Kira macam siapa cepat dia dapat la. 





Dalam box free gift , ada dapat ni - speaker dan botol air (kaca). 





Besar tapak tangan jer speaker ni. Cute!

 Nipis jer handphone dia. Cantik!

 Ada 2 warna - hijau metalic dan biru metalic macam ni. Aku ambik warna biru ni.

 Muat nak masuk dalam poket seluar tapi agak besar.

 
 macam biasa bila beli handphone, akan dapat charger.

 Ini semua kualiti gambar dari handphone Realme 5i :





Harga handphone ni kat pasaran murah jer - dalam RM 600.. Murah kan =)). Cepat la pergi beli, nanti boleh dapat free gift tu. Kalau lambat, nanti dah habis free gift tu =))

Ulang Tahun Kelab Blogger ben Ashaari Yang Ke-10

in , , by dorsett pink, January 28, 2020
Ahad minggu lepas (19 Januari 2020), aku joined gathering Kelab Blogger Ben Ashaari - KBBA , kat McDonald Putrajaya sempena Ulang Tahun KBBA Yang ke-10. WOW! Dah 10 tahun dah usia kelab ni. Pejam-celik-pejam-celik, cepat jer masa berlalu.

Aku baru jer joined kelab ni masa tahun 2017. Baru 3 tahun aku jadi member kelab ni. Kiranya newbie lagi lah. Tapi banyak benda aku dapat belajar dari kelab ni, especially tentang dunia blogging. Banyak ilmu yang dikongsi dalam kelab ni, bukan hanya terbatas tentang ilmu blogging semata-mata tapi termasuk jugak tentang ilmu kehidupan dan ilmu akhirat. Best lah dapat belajar banyak benda.

Dan best jugak dapat berkenalan dengan kawan-kawan blogger yang lain. Ramai blogger yang baru kenal sejak jadi member kelab ni. Al-maklumlah aku kan blogger picisan, manalah kenal orang sangat, dan orang pun tak kenal aku. Tapi sejak masuk kelab ni, aku dapat ramai kawan baru. 

Aku pakai baju putih , dua dari kiri (tengah dukung Leeya. hehe)..









Terima kasih McDonald sebab sudi taja gathering ni. Makanan McD memang best-best semuanya.. Dan terima kasih tak terhingga untuk founder a.k.a blogger otai Ben Ashaari yang menjemput aku join group ni. Terima kasih juga buat team members blogger-blogger yang awesome dari KBBA. 

Filem Dolittle Best Sangat!!

in , by dorsett pink, January 27, 2020
Semalam kami sekeluargatermasuk adik-adik aku pergi tengok Filem terbaru arahan Stephen Gaghan - Dolittle.. Filem ni baru je release 23 Januri hari tu. 


Ni kira cerita budak-budak lah. Aku memang suka layan cerita-cerita macam ni =)).. 

Kakak FL dan Leeya pun suka cerita ni, sebab cerita ni ada banyak binatang. So, Dr Dolittle tu sebenarnya Doktor Veterinar. Dia seorang yang sangat bijak atau genius dan kehidupan dia dikelilingi oleh binatang sebab dia dan ister dia suka sangat dengan binatang. 

Dia selalu rawat binatang-binatang yang sakit, dan assistant atau nurse yang tolong dia rawat pesakit tu semuanya ialah binatang.Dr Dolittle boleh bercakap dengan binatang, even binatang dalam laut pun dia boleh bercakap. Dia faham bahasa binatang dan binatang pun faham apa yang dia cakap. Hebat kan. Agaknya macam tu lah Nabi Sulaiman A.S dulu-dulu. 

Teraju utama filem ni ialah Rober Downey Jr. Kisah cerita ni ialah nak selamatkan Ratu Elizabeth yang gering. Dan Dr Dolittle dan team dia (binatang), terpaksa belayar untuk cari penawar bagi menyelamatkan Ratu dan penawar yang dicarinya ialah Pokok Firdaus. 

Sepanjang pelayaraan dan pengembaraan Dr Dolittle & gang , macam-macam ujian dan dugaan yang terpaksa diaorang tempoh dan yang paling sedih dan terharu ialah bilamana dia dan team dia buat operation untuk selamatkan seekor naga kat dalam gua. 

Fuhh! Best cerita ni. Budak-budak terhibur.. Mak Bapak budak pun terhibur jugak. hehe..






Baru Beli 'Revolving Cake Stand'

in , by dorsett pink, January 20, 2020
Aku kan baru berjinak-jinak dengan baking. Hari tu dah beli hand mixer. Bestt.. Dah tak lenguh tangan =)). 

Ni baru beli 'Revolving Cake Stand'. Cake Stand ni gunanya nak decorate cake atau nak letak toping kat kek. So, lepas ni boleh lah aku buat kek birthday untuk anak-anak =)). 

 


enBeli ni kat Kedai Jual Bahan Baking. Murah jer benda alah ni , cuma RM 23.90. Material plastik dan ringan. OK lah kalau untuk kegunaan isi rumah jer, bukan na bukak kedai kek pun nak beli yang canggih-canggih. 


So far belum guna lagi cake stand ni. Nanti bila dah guna, aku akan tunjuk hasil kek tu nanti. hahahahha.. (bersabarlah menanti. hahahaha)

Unboxing Sharp Hand Mixer

in , , by dorsett pink, January 17, 2020
Unboxing Sharp Hand Mixer | Lepas buat brownies hari tu, aku rasa macam best pulak baking ni. So lepas tu rasa nak buat kek , cookies, pastry dan macam-macam lah. Aku pun tengok lah YouTube, belajar dari YouTube macam mana nak buat cookies dan kek.

Alhamdulillah, menjadi jugak! Aku dah berjaya buat chocolate chip cookies dan butter cake. Yeaaayyy!..

Dan aku rasa agak penat tangan nak mengaul gandum bila guna 'whisk' jer. So, aku decide untuk beli hand mixer. Kenapa hand mixer? Kenapa tak beli stand mixer? Stand mixer tu aku beli kalau aku dah jadi tauke kek. hahahahha.. Setakat nak buat kek hanya untuk makan-makan ni, dah cukup dengan hand mixer tu. 

So, aku pun ke kedai elektrik dengan en.suami dan anak-anak. Lalu en.suami belikan Sharp Hand Mixer Model EM-H55-WH. Harganya RM 99.00 dan ada warranty setahun. En.suami belikan mixer Sharp ni sebab watt dia tinggi - 300 w. Kalau mixer lain (yang ada kat kedai tu), dalam 200 w - 250 w jer. 


Happy nya tak terkata .. yahoooo...!!

 Ini apa yang ada dalam kotak tu.

Ada 2 beaters dan 2 dough hooks 




Nak kata ringan sangat tak jugak. OK lah. sedap jer pegang bila kacau tepung tu. 


Siap ada casing skali. So, bila tak gun, boleh simpan whisk ni dalam casing elok-elok skali ngan mesin tu. 


Sejak beli mixer ni, boleh katakan hari-hari aku guna =)). Sebab Kakak FL suka sangat baking. So, untuk menggembirakan dia, mommy pun sekali terjebak dengan baking ni. 

First Time Buat Brownies

in , by dorsett pink, January 12, 2020
Masa cuti sekolah hari tu, aku cuba kek brownies. Alhamdulillah menjadi. Dan rasanya pun sedap (hahahhahha.... sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan?.. hehe).

Sebelum buat brownies tu, ada buat cookies chocolate chip, menjadi jugak. Alhamdulillah.

Aku baru menjebakkan diri untuk baking. Sebelum ni tak pernah baking langsung. Dan tak minat. Dari baking, aku lagi suka cooking. Bagi aku memasak ni lebih senang dari baking - sebab baking ada banyak alat-alat nak kena guna.

Tapi bila sekali-dua dah buat baking, rasa macam - eh! senangnya baking ni..

So, lepas ni bolehlah aku buat kek dan cookies lagi.

Inilah brownies pertama yang aku buat. The first time ever in my life =)). 


Aku buat ni guna premix flour yang aku beli secara online dari Website Brown Butter Bakes(BBB) https://www.brownbutterbakes.com/ .



Ini premix flour yang aku beli hari tu. Siap ada bubble wrapping demi menjamin keselamatan tepung-tepung ni agar tak pecah =)). Ada 3 flour yang aku beli. Tapi baru sempat buat brownies. Nanti bila dah buat yang lain-lain tu, aku share kat blog ni. 

Untuk newbie macam aku  ni, sangat senang lah guna premix BBB ni, sebab semua instruction dia bagi dengan jelas dan mudah faham. Hanya main campak-campak jer bahan-bahan tu - pastu gaul - pastu bakat dalam oven - pastu tunggu jer kek tu masak - Siap!!. Senang sangat.

Aku guna oven yang en.suami beli tahun lepas - 'I GOT A PRESENT FROM MY HUSBAND'

Anak No.2 Ni Manja Sangat

in , by dorsett pink, January 12, 2020
Nur Farah Aleeya atau lebih mesra dipanggil Leeya - anak no 2 aku sangatlah manja.
Manja dia tu lebih manja dari Kakak dia. Asyik nak berkepit jer dengan mommy. Sampaikan mommy masuk toilet pun nak ikut. Kalau dia nak baring / tidur, dia nak mommy sekali tidur dengan dia kat sebelah dia. Suka sangat dia dengan bau ketiak mommy yang masam ni =))..

Kalau mommy pergi dapur, dia ikut jugak lah, dan dia mainlah apa-apa benda pun kat dapur tu. Kalau waktu solat pulak, dia sampaikan nak berdukung dan terpaksalah 'ikut-sekali' mommy solat masa berdukung tu. Nasib baik Islam membenarkan solat sambil dukung anak. Kalau tak, susah jugak kaum ibu-ibu ni nak mengerjakan solat.



Tapi walaupun dia asyik nak berkepit jer dengan mommy, dia boleh main sorang-sorang. Tak de lah dia pun nak mommy join dia sekali bermain. Kiranya, Leeya ni boleh berdikari jugak lah. 

Kalau macam Kakak FL masa kecik-kecik dulu, langsung tak boleh main sorang-sorang. Mesti dia nak someone temankan dia bermain. Bila Kakak FL dah besar ni jer, dia dah pandai main sorang-sorang. Tapi bukan setiap masa main sorang-sorang, banyak masanya mommy / daddy yang join main sekali =)).. 


Aku rasa Leeya ni manja sangat sebab dia tak pergi sekolah lagi (playschool). Kakak FL dulu umur setahun dah pergi ke playchool. Tapi Leeya ni sampai sekarang masih duduk di rumah, mommy jaga sendiri. 

Sebabkan 24/7 dengan mommy, agaknya sebab tu la kot dia asyik nak berkepit dengan mommy jer. Dia rasa secure bila nampak mommy depan mata dia. Takpelah nak, mommy OK jer. Selagi ada waktu untuk 'kita bersama', mmmy akan sentiasa ada untuk Leeya, no matter what.


Ingatkan tahun ni nak masukkan dia ke PlaySchool. Tapi sebabkan dia bukan jenis morning person, tak boleh bangun awal pagi. So, aku rasa kesian pulak kat dia nak kejutkan pagi-pagi. So, biarlah dia tidur puas-puas pagi-pagi tu kat rumah. Tengoklah next year, akan pergi school kalau dia boleh bangun pagi =)).. 

Untuk Leeya - terima kasih kerna mempercayai mommy dan sayangkan mommy. Semoga kasih-sayang ini terus kekal sampai mommy dahtua kelak dan terus kekal hingga ke Syurga. Mommy, daddy dan Kakak FL sayangkan Leeya sangat-sangat. Semoga Leeya membesar menjadi anak solehah dan menjadi pembantu kepada agama Allah kelak.. =))
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE