DOA Supaya Anak-Anak Menjadi Soleh Solehah

in , , by dorsett pink, October 28, 2020

Ini DOA Supaya Anak-Anak Menjadi Soleh Solehah - Doa ni Ustazah Asma Harun share hari tu masa Konvensyen Suri Rumah Rahmah. 

Kalau kita nak anak-anak kita menjadi anak yang soleh, solehah dan berkahlak mulia, amalkan baca doa ni setiap masa, setiap waktu, setiap ketika. Jadikan doa ni sebagai wirid harian kita, Kita berzekir dengan doa ni walau di mana saja kita berada. 

Doa nya ialah - Surah Al-Saaffat, Ayat 100:


Ayat ni ada kaitan dengan Nabi Ismail A.S - anak Nabi Ibrahim A.S yang sangat soleh dan sangat patuh pada Allah swt. 


*****************************************************************

Instagram LuvSusun - www.instagram.com/luvsusun

Say 'NO' To Online Class

in , by dorsett pink, October 28, 2020

 Sekarang ni PKPB kat Area KL, Selangor dan Putrajaya. So, budak-budak tak dibenarkan pergi sekolah, tadika dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kanak-kanak, sebab kanak-kanak ialah golongan berisiko.

Macam Kakak FL, kalau hari biasa yang tiada PKPB, dia sanagt sibuk dengan kelas tambahan. Kitaorang suami isteri hantar dia pergi ke kelas-kelas enrichment selain dari Tadika, sebab kami nak berikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Sebab aku percaya hanya pendidikan jer yang dapat mengubah hidup seseorang. 

Kitaorang punya prinsip, biar hidup tak mewah janji ada duit untuk pendidikan anak-anak. 

Antara kelas tambahan yang Kakak FL join ialah kelas art, kelas mental arithmetic dan kelas english. Nanti bila dah masuk sekolah rendah, ada lagi pertambahan kelas-kelas lain. Buat masa sekarang hanya 3 kelas sahaja, tapi setiap kelas 2 kali seminggu, so semuanya 6 sesi. Agak penat bagi mommy sebab mommy kena jadi driver hantar dia kesana-kemari. Tapi Kakak FL OK jer.. 

Dan kelas-kelas tu semuanya waktu siang, aku tak nak ambik kelas malam. Malam diperuntukan untuk family time. Hanya study dan buat homework kat rumah jer. 


Tapi disebabkan PKPB ni, semua kelas fizikal dihentikan buat sementara waktu. Jadinya, kelas-kelas tu digantikan dengan ONLINE - Belajar atas talian. 

Untuk kelas Kakak FL, sebabkan dia baru 6 tahun, so ada option untuk Parents ambik kelas ONLINE atau tak. 

Aku sangat kenal Kakak FL. Ye lah, anak sendiri kan, memang kenal sangat-sangatlah. Aku tahu character dia. Dia orang yang tak boleh kekalkan fokus lama-lama. Ini memang normal untuk kanak-kanak bawah 6 tahun - Paed yang cakap. Paling lama dia boleh fokus ialah 5 minit, pastu dia akan tengok sana-tengok sini, atau lompat sana-lompat sini, then dia akan kembali semula pada buku. 

Dan jugak, Kakak FL ni bila belajar dia sukakan engagement dengan cikgu. Dia suka tanya soalan dan dia suka bile cikgu-cikgu berinteraksi dengan dia. 

So, untuk Kakak FL belajar secara ONLINE adalah 'A Big NO'. Kakak FL tak boleh nak pay attention lama-lama kalau belajar Online ni. Dia cepat boring. Dan bila dia bercakap cikgu 'tak dengar' sebab kadang-kadang Cikgu 'mute' suara, so dia tak suka bila tak ada interaction dengan Cikgu. 

Aku dah pernah cuba online class untuk Kakak FL masa PKP dulu - kelas mandarin. Kelas tu 1 jam, tapi Kakak FL boleh duduk atas kerusi tu 10 minit jer, pastu dia lari 😅. Nasib baik kelas mandarin tu free trial jer. So, dari situ, aku tahu yang Kakak FL tak boleh fokus dengan kelas Online. 

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk Kakak FL belajar secara Online, Inshaallah the time will come later. Sekarang ialah masa untuk Kakak bermain puas-puas (nanti masuk Darjah 1, dah tak boleh nak nikmati waktu macam sekarang ni 😅). 


Walaupun Kakka FL tak join kelas Online, tapi dia tetap kena belajar juga kat rumah dengan Mommy😊. Kalau tak belajar lama-lama, nanti lupa. So, aktiviti pembelajaran tetap diteruskan macam biasa cumanya kat rumah sahajalah. 

Untuk you all, yang PKPB dan terpaksa menjadi cikgu di rumah, teruskan usaha murni tu. InshaAllah dengan berkat doa kita dan tenaga yang kita berikan, semoga anak-anak kita menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat. Aminn.


**************************************************************

Instagram LuvSusun - www.instagram.com/luvsusun

Leeya Is Introvert Person

in , by dorsett pink, October 27, 2020


 Clingy baby. Leeya ni good girl. Tak lasak macam Kakak FL. Baik jer, apa yang mommy cakap semua dia ikut. Kalau ikut mommy keluar mana-mana, dia baik jer duduk / berdiri jer kat sebelah mommy, tak berani nak merayap kemana-mana. Kalau kakak FL, berdesup lari ke sana sini. 

Leeya ni kntrovert person. Tak sama macam Kakak FL yang jenis extrovert. So, Leeya ni sangatlah ikut charactor mommy - susah nak bercakap dengan orang, dia cuma mesra dengan orang yang dia biasa dan selesa. 

Macam Kakak FL - extrovert. Mudah mesra dengan orang dan sangatlah friendly. 

Cuma skrang ni Leeya ni manja sikit. Asyik nak berdukung je dengan mommy. Mommy la penat sebab dia berat, huhu.



Bersantai Kat Kafe Harry Porter di Ipoh

in , , by dorsett pink, October 24, 2020

Masa aku ke Ipoh 2 minggu lepas, salah satu tempat yang kitaorang berkunjung ialah ke Kafe Harry Porter atau nama sebenar Kafe ni ialah Platfo9m Coffee and Brew Cafe. 

Cafe ni menjadi tarikan bagi peminat-peminat Harry Porter. Maksudnya, kalau korang peminat tegar Harry Porter, korang wajib datang sini. 







Tarikan utama kat kafe ni ialah port bergambar. Sesiapa yang suka OOTD dan suka ambik gambar, haruslah datang ni. Boleh tengok hampir disegenap sudut, ada je yang pegang handphone dan snap gambar. 
Dekorasi dalam kafe ni cantik sangat dengan tema Harry Porter.

Tapi sebelum nak lepak dan ambik gambar kat sini, wajib kena beli coffee dulu. Coffee dia OK lah. Tak lah sesedap Starbucks, tapi OK lah demi sekeping gambar yang sangat WOW!. 

Ni view dari atas kafe. Ni Lorang Panglima. Lorong Panglima ni ialah tourist spot bagi Bandar Ipoh. Ala-ala macam Jonker Walk kat Melaka. 


Ni alamat kafe ni - 22, Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Minggu lepas - Tengahari aku bukak telifon. Tengok kat skrin telifon - SMS dari Sekolah Al-Amin, terus bukak SMS tu. 

Baca sampai habis. Fuhh! Happy tak terkata. Kakak FL dapat tawaran masuk ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin. 

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Allah mendengar doa kami - husband and wife. 

Lepas Kakak FL pergi  interview Sekolah Al-Amin September hari tu, yang aku cerita kat entri ni -  "TEMUDUGA KEMASUKAN TAHUN 1 KE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN",

Aku dan en.suami hari-hari buat solat hajat dan solat istikharah mohon Allah bantu bagi tempat Kakak FL masuk ke sekolah ni. Sebab Kakak FL ada juga dapat tawaran ke sekolah swasta yang lain , tapi pilihan pertama kami ialah Sekolah Al-Amin ni. 

Sebab aku tengok adik-adik aku sekolah kat Al-Amin ni semuanya bagus-bagus dan berakhlak mulia, sampai ada sorang tu sekarang tengah belajar untuk menjadi Huffaz kat Sekolah Menengah Imtiaz, boleh baca kat entri ni - "BERKUNJUNG KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA IMTIAZ". Sebab tu aku dan en,suami nak sangat anak-anak kami masuk ke Sekolah Al-Amin ni. Sebab dah nampak prestasi sekolah ni kat depan mata sendiri. 

Alhamdulillah! Akhirnya Allah mendengar doa kami. Syukurnya tak terkata. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya kami suami isteri. Kami nak anak-anak kami menjadi Huffaz jugak satu hari nanti. 

Untuk kemasuk tahun 2021, tempat adalah terhad disebabkan oleh prosedur penjarakan sosial di dalam kelas dan luar kelas. So jumlah kemasukan pelajar dikurangkan separuh. Dari 300++ orang yang hadir temuduga hari tu, hanya 180 orang yang dapat masuk . Tu yang kami suami isteri risau sangat takut Kakak FL tak dapat. Tapi akhirnya dapat keputusan yang menggembirakan. 

Semoga perjalanan Kakak FL menimba ilmu dunia akhirat di Sekolah AL-Amin ni dipermudahkan. Amiinn. 


Dah besar dah anak mommy ni. Tak lama lagi nak masuk sekolah rendah dah. HUHU. Cepatnya masa berlalu. Ingat lagi dulu-dulu dia menangis nak susu badan. Ingat lagi kali pertama dia meniarap dan berjalan (sebab Kakak FL tak merangkak), ingat lagi dulu dia langsung tak pandai baca, mommy yang ajar membaca dari ABC, alif ba ta, sampailah mengira 1-10. Semuanya masih jelas di ingatan mommy. Sampai hari ni pun masih lagi tidur bawah ketiak mommy 😅. 
 

TIPS Pengurusan Masa Oleh Ustazah Asma Harun

in , , by dorsett pink, October 19, 2020

Hari tu aku ada share pasal TIPS kecantikan yang Ustazah Asma Harun amalkan. Macam tak percaya kan yang Ustazah pun pergi buat facial sebulan sekali. Sebab tu muka ustazah cantik. Boleh baca kat entri ni untuk sesiapa yang masih belum baca lagi entri tu - "10 TIPS KECANTIKAN DAN KESIHATAN USTAZAH ASMA HARUN".

Dalam program yang sama tu jugak, Ustazah ada share macam mana Ustazah uruskan masa dia sehari-harian. Ustazah ni kiranya usahawan. Ustazah ada 30 orang staff yang jaga macam-macam 'jabatan/bahagian'. Ada staff yang uruskan terbitan buku, ada staff yang uruskan jadual ceramah Ustazah, ada staff yang handle NGO Ustazah - Sahabat Amal Care, ada staff yang handle sosial media ustazah dan macam-macam lagi. 

Dalam masa yang sama, ustazah ada 7 orang anak, semua anak-anak masih bersekolah lagi (yang sulung umur 14 tahun) dan yang lagi best Ustazah tak ada maid. Ustazah cuma akan panggil part time maid bila dia nak cuci dan kemas rumah. 

So, macam mana Ustazah Asma dapat uruskan hari-hari dia dengan baik sekali? Aku yang baru anak 2 ni pun dah rasa kelam-kabut, inikan pulak ustazah ada 7 orang anak tanpa pembantu. Fuhh! Hebat betul Ustazah. 



TIPS Penguruskan Masa Ustazah Asma Harun : 


1. Solat di awal waktu. Azan jer terus solat. Walau susah macam mana pun, usahakan untuk solat di awal waktu. Bila kita displin dengan waktu solat kita, Allah akan bagi kita banyak masa dan banyak kesenangan untuk buat benda-benda lain sebab kita dapat displin dan komited untuk menjaga ibadah kita.

2. Berzikir. Bila habis jer soat. jangan lupa berzikir. Zikir lah sebanyak mungkin. InshaAllah dengan fadhilat zikir itu, Allah akan bagi kita kesenangan untuk uruskan masa kita dengan sebaik-baiknya dan sekaligus kita mampu untuk menjadi ibu yang baik dan wanita yang hebat.

3. Selalu berselawat. Kalau dapat, selawatnya 1000 kali sehari. Kalau tak dapat, buatlah 100 kali sehari. Sebab Allah suka pada orang yang sayangkan Kekasih Dia itu Rasulullah saw. Bila Allah sayang kita, Allah akan bagi kita kesenangan untuk uruskan masa kita dengan sebaik-baiknya.


TIPS Tambahan - Bila kita ada masalah atau stress, kita amalkan baca ASma Ul-Husna. Contohnya macam kalau suami panas baran atau pemarah, isteri selalu baca (zikir) dengan zikir Asma UL-Husna :  As-Sabur. 

Bangun tidur baca tu banyakbanyak kali, tengah masak baca, tengah lipat kain baca, tengah drive baca, nak tidur baca pun baca tu banyak-banyak kali, tapi hati kena YAKIN DENGAN ALLAH yang Allah Maha Memakbulkan. Kalau baca jer tanpa ada rasa yakin kat Allah, memang tak menjadi apa-apa lah. InshaAllah bila kita yakin dan minta bersungguh-sungguh pada Allah, Allah akan lembutkan hati suami tu menajdi orang yangpenyabar.

Dengan perkongsian ni, harap-harap kita semua dapat uruskan masa kita dengan lebih baik lepas ni dan dapat perbaiki diri kita menjadi muslimat yang lebih baik untuk dunia dan akhirat. Amiin

 

Rumah Tetiba Blackout

in , by dorsett pink, October 18, 2020

 Semalam, tengah syok-syok tengok TV, tetiba balck-out satu rumah. Bila tengok kat luar, satu kawasan rumah tu bergelap. Lampu jalan pun tak ada. 

Kat area rumah aku ni ada banyak jugak rumah apartment, semua apartment tu pun bergelap. Fuhh!. Pastu kitaorang semua lepak kat luar (kat halaman rumah) sebab panas kat dalam rumah, sebab kipas tak ada kan. 

Pastu bila dah lama sangat duk luar, rasa nak masuk dalam. Baru teringat kat rumah tu ada lilin. Seingat aku, rumah ni tak pernah balack-out. Kali terakhir aku rasa black-out 5 tahun lepas kot, masa duduk rumah apartment dulu. Kiranya lilin sekotak yang ada kat dalam rumah ni ialah lilin dari rumah lama dulu. Wahh! Lama betul usia lilin tu. 

Pastu terus aku pasang lilin kat ruang tamu dan dapur - sebab nak kemas dapur. 




Seronok Kakak FL dan Leeya tengok candle. Tak pernah-pernah diaorang tengok pasang lilin kat rumah 😆. Kiranya bagus jugak black out ni sebab dapat bagi pengalaman baru untuk diaorang 😊. Bila lilin tu dah habis, tak sabar-sabar Kakak FL nak tukar dengan yang baru. 


Ingatkan balckout ni sampai ke pagi, rupanya hanya 2 jam jer. Eelektrik ada semula jam 11 malam. Alhamdulillah! Lepas tu kitaorang semua tidur. 

10 TIPS Kecantikan dan Kesihatan Ustazah Asma Harun

in , by dorsett pink, October 17, 2020

 Hari ni aku join Konvensyen Suri Rumah Rahmah secara virtual. Sebenarnya, program ni nak buat kat Bangi Convesyen Centre, tapi disebabkan PKPB, terpaksalah diubah buat secara online. 

Program ni khas untuk golongan suri rumah muda yang berumur di bawah 45 tahun. Sebelum-sebelum aku pernah share yang aku join Usrah Suri Rumah Rahmah kan. So, program ni dianjurkan oleh NGO Suri Rumah Rahmah ni lah yang mana AJK yang terlibat yang menganjurkan Program Konvesyen ni sebilangan besar adalah dari usrah mate SRR tu. SRR = Suri Rumah Rahmah. 

Antara ahli panel yang memberi ceramah masa Konvensyen Suri Rumah Rahmah ni ialah Pakar Psikologi, Ummi Profazz (Ummi Siti Nadzrah - Ibu kepada 5 orang anak yang semuanya berjaya menjadi profesional + Huffaz) dan Ustazah Asma Harun. 

Ada banyak sangat TIPS yang ahli-ahli panel ni share. Penuh buku nota aku. Dan aku rasa bertuah sangat sebab dapat ilmu yang sangat berharga hari ni - ilmu unyuk menjadi wanita yang cemerlang , cemerlang dalam mendidik anak-anak dan cemerlang menjadi seorang muslimat yang diredhai Allah. 

 Banyak sangat ilmu dan TIPS yang Ustazah Asma Harun share. Tapi entri ni aku cuma nak share pasal TIPS  Kecantikan dan Kesihatan yang Ustazah amalkan. Jarang sangat tengok Ustazah share pasal amalan kecantikan yang dia buat kat public. So, ni kira perkongsian yang sangat-sangat mahal lah ni.



10 TIPS Kecantikan dan Kesihatan Ustazah Asma Harun :

1. Ustazah pergi buat facial sebulan sekali.

2. Ustazah selalu bermain basikal dan badminton dengan anak-anak - untuk exercise dan keluarkan peluh. Ustzah ni sebenarnya geng basikal - suka kayuh basikal 😊.

3. Ustazah selalu pakai lipstik kat rumah. Kat luar ustazah tak pakai lipstik. 

4. Ustazah selalu pakai baju cantik-cantik kat rumah - supaya suami nampak ustazah cantik selalu. Kat luar, Ustazah suka pakai jubah.

5. Ustazah pakai sunblok setiap hari. Setiap hari wajib pakai.

6. Ustazah wajib cuci muka setiap hari - pagi dan petang dengan cleanser.

7. Ustazah pastikan berat badan Ustazah tak lebih dari 55 kg. Kalau terlebih, dia akan workout sungguh-sungguh untuk kurus.

8. Setiap pagi ustazah amalkan minum madu asli + minyak zaitun + habatussauda. 

9. Ustazah jaga makan. Dia makan tak banyak sangat sebab tak nak gemuk. 

10. Ustazah spend duit untuk beli skin care - untuk jaga muka dan kulit. Sebab ustazah tak suka mekap. So, ustazah akan pastikan kulit muka nampak sihat. Maksudnya Ustazah lebih pentingkan skincare dari kosmetik. 

(My Note - walaupun ustazah tak mekap, tapi nampak Ustazah Asma cantik sangat. Natural beauty !).


Ustazah Asma kata, tak salah kita sebagai orang perempuan spend duit untuk beli barang-barang kecantikan dan kesihatan asalkan jangan sampai membazir. kalau betul-betul guna takpe. Kalau nak mekap pun takpe ( tapi jangan sampai ke tahap tabaruj), mekap untuk suami, agar suami nampak kita cantik. Barulah si suami tak pandang tengok perempuan lain. Ustazah tambah lagi, kita orang perempuan kena pastikan kita sentiasa sihat walafiat, sebab kalau kita tak sihat, habis lumpuhlah sistem rumah tu. Sebab tu kita kena jaga kesihatan kita betul-betul. 

So, salah satu cara nak sihat, ialah dengan cara bersenam di bawah matahari (matahari pagi seeloknya). Keluarkan peluh dengan buat kerja rumah dengan bersenam yang exercise tu tak sama. So, lebih baik bersenam yang betul-betul bersenam tu. 

Cantik tu ialah juga sebagai self-reward. Self-reward untuk diri kita sendiri. Bila kita rasa kita cantik, secara tak langsung kita akan lebih rasa konfiden, dan akan lebih bersemangat untuk buat kerja-kerja seharian. Secara tak langsung, hari kita akan menjadi lebih produktif 😊.

P/S : Terima Kasih Ustazah Asma sebab sudi sahre TIPS yang sangat berharga ni hari ni . Saya sayang Ustazah sangat-sangat!

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE