FLORONA - Varian Baru Covid-19

in , by dorsett pink, January 05, 2022

 Hari ni aku nak share pasal FLORONA Virus. Berita yang sangat mengejutkan dunia. 

Kalau selama ni kita takut dengan virus CORONA. Tapi ni ada lagi virus yang lagi hebat dari Covid19 iaitu FLORONA. 


FLORONA ni varian baru Covid-19 ke? WHO kata bukan. 

Ianya lagi kuat dari Covid-19 dan merupakan gabungan dari 2 jenis virus iaitu virus Corona dan virus Influenza. 

FLORONA ni baru je di kesan di dunia Hari Khamis hari tu, dan kes pertama FLORONA ni dikesan di Israel. Kes pertama tu merupakan wanita hamil yang tak pernah dapatkan vaksin Covid-19 sebelum ni. 

Dikatakan Virus Florona ni lagi bahaya dari Virus Corona (Double infection of Covid19). Tapi mereka tengah duk pulun kaji lagi pasal virus baru ni. 

So, ini ialah antara simpton-simpton mereka yang terkena jangkitan Virus Florona ni : 

1. Demam panas

2. Batuk dan selsema macam terkena jangkitan Covid.

3. Hilang selera makan. 

4. Nafas pendek - tercungap-cungap macam orang baru lepas berlari / bersukan.

5. Kalau yang teruk , boleh dapat 'anxiety'. 

6. Untuk kes yang serius, boleh sampai dapat penyakit Pneumonia, Myocarditis dan keradangan pada otot jantung. 

7. Kalau Virus Covid boleh buatkan orang mati, virus Florona ni pun sama. Dan mungkin jumlah kematiannya lagi teruk dari Covid. Wallahualam. 

*******************

Kita doakanlah Malaysia tak terkena jangkitan Florona ni. Sekarang ni Varian Delta dan  Omicron pun tak reda lagi, tambah pulak dengan yang baru. huhu. Moga Rakyat Malaysia selamat dari wabak ni. 


P/S : Korang boleh baca sendiri pasal FLORONA VIRUS ni kat Internet, google jer, ada banyak sumber info yang bercakap pasal hal ni. 


SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE