Sambungan dari ENTRI INI - "Singgah Bermain Kat McKenzie Town, New Zealand"

Kitaorang book rumah ni through airbnb.com . Penginapan kitaorang sepanjang bercuti di New Zealand, semuanya book kat airbnb.com. Senang! Rumah sewa kitaorang kat Twizel ni paling murah compare dengan rumah-rumah lain yang kitaorang sewa sepanjang di NZ ni - hanya RM 500 jer! 

Rumah ni ada 3 bilik tidur, 1 kitchen, 2 bathroom, tapi tak ada TV dan tak ada internet. hehe

Dari McKenzie ke Twizel ni hanya 5 minit je..

 Neighbourhood community area in Twizel. 
Supermarket ni tutup jam 7 petang. 
Malam-malam kat sini sunyi-sepi, semua orang bonding ngan family masing-masing kat dalam rumah.
P/S : Gambar ni diambil masa waktu senja.. 

 So, sesapa yang nak cari penginapan murah kat Twizel ni ada hostel backpackers. 
Hostel ni betul-betul depan supermarket, jalan kaki jer.

Twizel ni dekat ngan sungai. So , mostly setiap rumah ada satu bot. Maybe dah menjadi hobi orang kat Twizel untuk beriadah kat sungai atau kat tasik berdekatan. So, masa aku kat Twizel ni, aku dapat rasa macam kampung halaman aku sendiri masa kecik-kecik dulu (kat Kuala Terengganu), dekat dengan sungai. Rumah Tok Wan betul-betul depan sungai. Siap boleh park boat / kayak lagi depan rumah. 

 Ni rupa dari luar rumah sewa kat Twizel tu. 
Guna kabin je buat rumah ni tapi nampak cun sangat.. I Liiiiokke!
Rumah ni ada 2 bijik kabin. Satu kat depan, 1 kabin lagi kat belakang. 
Gambar ni ialah kabin utama yang ada 2 bilik tidur dan kitchen.
 
 Ni kabin ke-2.
Dalam ni ada 1 bilik tidur (3 katil) ngan 1 bilik air jer. 
So the boys tidur kat kabin ni. 
 Ni ruang tamu kat main cabin.
Rumah ni kids friendly. 
Ada macam-macam toys disediakan untuk kids.. 
FL suka sangat!

Ni kitchen kat main dalam main cabin
Lengkap - Ada mesin basuh, ada microwave, ada fridge, ada dishwasher


  Dish washer

 Ni bilik tidur kat main cabin.

 Bathroom

Ni 2nd cabin.
 Masuk-masuk je dalam kabin ni terus nampak katil-katil ni, and ada attach bathroom sekali. 

 Rumah ni ada sedia trampoline.. 
Best la kitaorang main lompat-lompat. hehe.
Aku perasan kebanyakan rumah di NZ ada benda alah ni kat rumah. Aku rasa benda ni ialah aktiviti riadah yang wajib di NZ kot.
 


 Kat belakang rumah ni pun ada pokok epal & pear.. 
Best gak lah sebab dapat petik epal dari pokok terus bila bangun pagi..
Kat Malaysia mana nak dapat pengalaman gini. hehe

 

Sebelum keluar rumah kena kemas semula seperti mana kita masuk rumah tu, 
kalau tak nanti pihak airbnb. akan kenakan denda!

Kitaorang stay sini semalam jer, lepas tu kitaorang gerak pergi ke Wanaka dan Cromwell.
Setiap pagi kitaorang keluar rumah jam 10.. Ada anak kecik wooo, tak dapat nak gerak awal-awal... 

Kat Wanaka, kitaorang pergi ke Puzzling World , pastu pergi makan buah kat Cromwell.
(Sila klik entry tersebut untuk baca pengembaraan aku kat sana) .

Till then, terima kasih ya kerna membaca. 
Nanti aku sambung story lagi

Tak Boleh Telan Kimchi

in , , by dorsett pink, October 11, 2017
First time aku jejakan kaki di Korea Selatan ialah masa aku Form 4. Masa tu aku ke sana dengan kawan-kawan, join World Taekwondo Festival. Memang Korea Selatan ni tempat asal usul taekwondo dan mana-mana atlit taekwondo yang betul-betul cintakan sukan ni, memang akan pasang angan-angan nak menjejakan kaki ke Korea Selatan ni. 

Masa tu - first time aku pergi Seoul, first time pergi ke Kukiwon, dan first time tahu apa itu KIMCHI.

 https://www.bbcgoodfood.com/sites/default/files/styles/recipe/public/recipe_images/cropped-kimchi.jpg?itok=IDG9W1kh

Seriously ni, sebelum tu aku tak pernah ambik tahu pasal makanan Korea, apa segala pasal Korea semua aku tak tahu lah. Aku cuma tahu bahasa Korea je sikit-sikit. Masa tu Korea tak lah sefamous sekarang. So, kalau sebut pasal Seoul - orang akan tak pandang pun..Apatah lagi kalau nak sebut pasal Jeju ke Busan ker - lagilah orang tak tahu...

Masa tu belum lagi Drama Winter Sonata masuk Malaysia. Autumn in My Heart lagi lah tak wujud. Nami Island pun orang tak pandang masa tu. Masa tu mak-mak jemah kat  Malaysia duk gilakan drama Jepun. Tapi aku pun tak layan drama Jepun.. hahahahahaha...

Masa pergi sana, time makan memang ada dihidangkan KIMCHI. Pagi petang siang malam ada kimchi. Kimchi ni sayur. So, baguslah makan sayur. Dah hidang depan mata siang malam pagi petang, aku pun nak gak lah cuba. First time sumbat kimchi masuk mulut, aku nak termuntah.. bluueekkk..

Kali ke-2, tetap sama. Aku tak boleh telan kimchi tu. Rasa dia masam.. huhuhu. Aku tengok kawan aku selamber je telan kimchi tu.. So, since then, aku dah tak sentuh kimchi dah..sampailah sekarang aku tak pernah lagi sentuh kimchi. Fobia!

http://d3pah2c10lnl36.cloudfront.net/sura_wp/wp-content/uploads/2015/10/SUra-Korean-Cuisine-Koreas-Greatest-Food-Kimchi-Blog.jpg


Sekarang ni, banyak restoren Korea tumbuh bagai cendawan lepas hujan kat Malaysia ni. Aku ada lah try satu dua, tapi tak boleh masuk la ngan tekak aku. Tapi setakat nak lepak-lepak, chit-chat ngan kawan-kawan , boleh je aku lepak... Tapi untuk kimchi - seriously NO! Walaupun skrang dah ada kimchi yang telah diadunkan dengan bahan-bahan lain supaya kena dengan lidah Melayu - aku tetap tak boleh! hehe

But, Aku salute la pada orang Melayu yang boleh makan kimchi ni... Gua tabik spring la beb..
Cuti panjang 16 September hari tu, kitaorang satu family (my big family) pergi bercuti kat Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang. Ni kali kedua kitaorang pergi sana. First time dulu my small family je pergi, sebabkan tempat tu best, tu cadang bawak my big family datang bercuti kat sini.

Pengalaman pertama kitaorang pergi ke Bukit Gambang Resort dulu, boleh baca kat sini - 

Kali ni kitaorang stay apartment kat Arabian Bay. Book kat booking.com je. Kitaorang book 2 unit apartment. 1 unit untuk boys, 1 unit untuk girls, anak-anak tidur ngan mak-mak.. Satu unit apartment ni ada 2 bilik tidur & 2 bilik air, so total ada 4 bilik tidur lah..

 
 Ini rupa apartment tu

Tempat ni best sebab sesuai untuk percutian keluarga kalau ada anak kecik sebab diaorang boleh enjoy tengok binatang kat Safari. Since FL is an animal lover, so tempat ni memang sangat in lah ngan jiwa dia. Boleh baca entry tentang Safari ni during my last visit kat sini - "Bestnye Tengok Binatang di Safari Bukit Gambang, Kuantan"

Pastu jugak, boleh bawak anak-anak main air kat Gambang Waterpark. FL pun hantu air jugak, so kiranya Gambang Resort ni memang kenalah ngan jiwa FL. 

Since aku dah cerita panjang lebar kat entri-entri yang lepas, jadi entri ni aku tak cerita detail sangatlah. Aktivitinya sama je macam ppercutian sebelum ni. Copy paste je itenerary sebelum ni. 

Safari Bukit Gambang ni tak sama macam kat Zoo Negara atau Zoo Taiping atau mana-mana zoo kat dalam Malaysia ni. Kat sini jauh lebih fun dari kat zoo. Sebabnya kat sini ada banyak show. Dan show-show tu pun tak bosan macam kat Zoo.

Pastu pulak nak tengok binatang kat sini kena naik truck, masuk dalam hutan. Tengok real life binatang tu kat habitat sebenar dia - dalam hutan.

 During bird show kat dalam Safari tu. 

 
 Excited dapat tengok animal show..

 Boleh bagi makan kat haiwan-haiwan kat sini

 Ni cheetah. 
Dari dalam truck, dapat tengok binatang-binatang ni semua.. 
 Singa

 Dubok

 Harimau


Burung merpati. makanan haiwan ni semua ada dijual kat sana. Sediakan duit jer.

Banyak lagilah binatang-binatang lain kat Safari ni... Boleh baca kat entry aku yang lepas kat SINI.  

Melalui pemerhatian aku, komen-komen aku tentang Bukit Gambang Safari Park ni pada entry yang lepas, semuanya telah di perbaiki oleh pihak pengurusan Safari Park ni. Banyak info dan signboard telah tersedia kat dalam Safari ni, so memang sangat membantu memberi maklumat pada visitors yang datang ke sini. Well Done Safari's Crew  (thumbs up). 

Gambang Waterpark tu pun best.. FL memang enjoy habis.. Same goes to other kids.. Sorry tak ada gambar, tak sempat nak pegang handphone masa kat dalam waterpark tu. 

Pendek kata, tempat ni sangat-sangat berbaloi untuk bawak anak-anak bercuti... I highly recommed it.. 

Seapa nak info lanjut pasal tempat ni, boleh surf je website diaorang - http://bgrc.com.my/water-park/

P/S : Makanan tak dibenarkan masuk ke dalam dua-dua park ni kecuali air mineral & makanan untuk baby sahaja yang dibenarkan. Sebelum masuk tu, diaorang check beg, tengok apa isi kandungan beg kita tu.. hehe..  

Singgah Bermain Kat McKenzie Town, New Zealand

in , , by dorsett pink, October 06, 2017

McKenzie ni tempat yang wajib pergi kalau pergi ke South Island, New Zealand sebab daerah McKenzie ni lah terletak spot pelancongan yang wajib korang pergi, macam Lake Tekapo, Lake Pukaki, Mount Cook / Aoraki , Tasman Glacier, Twizel. 

So, lepas pulang dari Lake Tekapo dan Lake Pukaki, kitaorang terus menuju ke rumah sewa kitaorang (airbnb) kat Twizel sebba nak kejar waktu solat. So, tak sempat nak pergi Mount Cook. On the way ke Twizel, kitaorang singgah jap kat Pekan McKenzie - nak beli groceries untuk masak.

Pekan kat New Zealand ni tak macam pekan-pekan kat Malaysia. Kat sini kecik jer.. Dan aman sangat. Tak ramai orang.. Rupa dia lupa kurang macam community park je. Tapi lengkap lah dengan kemudahan. Mostly pekan-pekan kecik di NZ ni rupa macam tu. Tak crowded macam kita kat Malaysia.


Kat sini ada restoren (tak ada restoren halal), ada klinik, ada kedai runcit and even ada hypermarket.

 Kat sini pun ada playground, so masa en.suami aku gi beli barang makanan, aku bawak FL main kat sini jap.. 

 Kat sini pun ada gak court basketball and space untuk xtreme game macam skateboard.

 Jadinya, orang NZ kat sini, memang akan bawak family petang-petang lepak sini.



 Nak jadi farmer??


Dapat kawan baru. Ni sesi beramah mesra.hehehe

Kitaorang lepak sini dalam 30 minit jer, pastu terus balik ke rumah sewa kat Twizel.
 Dari sini ke rumah tu lebih kurang dalam 5 minit jer. 

Nak tengok macam mana rupa rumah sewa kitaorang kat Twizel?? Stay tune k. hehe

Potong Rambut kat Salon Capello by Nina

in , , by dorsett pink, October 03, 2017
Since i put on my hijab, seboleh mungkin aku mencari salon rambut yang provide special room for girls. Mula-mula dulu, aku potong rambut kat AEON AU2, aku lupa nama salon tu tapi chinese punya lah. Salon tu ada provide special room untuk wanita berhijab. So, OK la pada aku. And yet, ramai arabian gurls datang buat rambut kat situ.

Stylist nya semua chinese. And pekerja-pekerja lelaki bebas je masuk bilik tu walaupun masa tu ada customer kat dalam bilik tu...Diaorang tak rasa bersalah.. Ye la, maybe bagi diaorang "it's OK".

Misi Mencari Salon Muslimah

So, aku start cari salon muslimah. Mula-mula aku jumpa kat Putrajaya sebab masa tu rumah aku kat Putrajaya. Lelaki tak dibenarkan masuk ke salon ni. So mana-mana lelaki yang datang, kena tunggu kat luar. OK aku try! Lepas 2 kali buat treatment kat situ, aku stop. 

WHY? Sebabnya, owner dia (lelaki), boleh je masuk ke salon tu walaupun masa tu ada customer kat dalam tu. Then, aku pun tanyalah kat pekerja dia 'kenapa dia boleh masuk?' . Staff tu jawab 'sebab dia BOSS'.

Maksudnya BOSS dibenarkan masuk, walaupun boss adalah seorang LELAKI dan BOSS dibenarkan melihat aurat wanita Islam lain.  errrrmmm.. Tak yah nak bising-bising. Aku stop dah pergi ke salon tu. 

Lepas tu, aku terjumpa dengan SPA Muslimah di Bandar Baru Bangi. Lelaki memang tak dibenarkan masuk. Dan SPA ni ada salon rambut jugak. Aku pun mula mendapatkan rawatan kat situ. Berkali-kali jugak lah aku pergi. 

Tapi lama-lama aku jadi boring. 

Sebab apa? 

Sebabnya aku perasan setiap kali aku datang nak potong rambut, aku bagitau kat stylist tu aku nak style rambut macam ni - macam ni, dia akan bagi sugestion potongan lain -mengikut gaya yang dia suka atau gaya yang dia nak cuba buat eksperimen. Tapi last-last dia kata OK gaya yang aku nak tu. Tapi bila dah siap potong, tak jadi pun macam mana yang aku nak tu, finally rambut aku jadi macam yang DIA nak buat eksperimen tu. errrmm..

Aku jenis tak suka nak bising-bising sebab benda dah jadi dah pun. So, i just kept quiet je la.... Lepas dah selalu sangat jadi macam tu (almost setiap kali potong rambut - tak pernah pun dapat potongan yang aku nak), aku buat keputusan untuk tak lagi potong rambut kat situ. Better cari je salon lain.


Akhirnya Terjumpa Salon yang Memikat Hati

Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa ngan Salon Muslimah yang satu ni - Capello By Nina. Kepunyaan isteri Jovian Mandagie tu - Nina Ismail. Aku memang tahu dia ada bukak salon tapi tak pernah tergerak hati aku nak pergi situ. Tapi lepas aku tertengok signboard kedai ni , kat cawangan Ampang Point - MUSLIMAH ONLY! CHILDREN FRIENDLY! Hati aku pun tergerak - maybe boleh cuba. NI BUKAN SPONSORED POST OK!!

  Suka dengan dekorasi salon ni - hipster sangat.

Kalau dapat jumpa ngan salon muslimah yang memang friendly kanak-kanak lagi bagus. BONUS! Aku senang la nak bawak FL datang sekali incase kalau daddy dia tak free nak jaga.

So, hari tu aku cuba buat pertama kali potong rambut kat sini. Aku pergi ke cawangan Capello kat Ampang Point - depan Habib Jewel. 

Aku pergi hari weekday , so tak perlu nak bawak FL - dia pergi school. Tambah plak, weekday tak busy, tak ramai orang, so tak perlu nak tunggu turn.

Masuk dalam ni, aku suka sangat dengan bau dia - bau aromaterapi - wangi!

Kita disajikan dengan green tea. Kalau ada yang tak minum green tea, boleh request air lain.

 Tempat menunggu. Lelaki tak dibenarkan masuk. 

 Ada tempat solat. BONUS!! Senang customer nak solat

 Ada tempat main untuk kids

Selain dari salon rambut, kat sini jugak ada buat service lain macam waxing, pedicure,medicure, massage

Kalau weekend, tempat ni crowded, so kalau nak datang kena buat appoinment dulu. Kalau weekdays, boleh walk in jer. Aku suka ngan salon ni. Stylist dia pun profesional, so dia memang cut rambut aku MENGIKUT KEHENDAK AKU, BUKAN KEHENDAK DIA. hehehe (saja guna capital letter..hahaha).. 

Tapi aku rasa, management CAPELLOby NINA ni kene look into detail lagi - 
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MUSLIMAH SEBENARNYA? 

Ikutkan definisi aurat muslimah / wanita Islam - tak boleh diperlihatkan kepada wanita bukan Islam. 
(Sorry ya ustaz ustazah kalau saya salah, tolong clarify kalau saya salah - saya masih belajar dan terus belajar).  

Tapi kat Capello ni dibenarkan wanita bukan Islam masuk, so diaorang boleh tengok sekali aurat wanita Islam kat dalam salon ni...  Aku tak salahkan pihak CapellobyNina ni, mungkin diaorang pun tak alert bab ni.. Hopefully, ada penambahbaikan selepas ni.. 

I Pray for it!

Btw, thank you for reading everybody!
 

Cara Mengatasi Tantrum Anak

in , , by dorsett pink, October 02, 2017
Anak umur 1- 4 tahun biasa ngan tantrum ni... 
Sabar je lah mak ayah bila anak buat perangai.... huhu
  FL sebelum ni tak tantrum especially kalau bawak dia pergi travel mana-mana, dia baik jer, langsung tak buat perangai..tapi sejak dua menjak ni , teruk betul buat perangai.. 
Sampai pada tahap, tendang-tendang pukul-pukul mummy la..
 adusss la.... sabar je la mak nya..


So, macam mana nak mengatasi tantrum anak-anak ni?
Kalau mengikut teori psikologi ni, macam ni lah ↓


Cara aku pulak - macam mana aku control FL bila dia trantrum.
Ni aku tiru cara en.suami, Alhamdulillah, setakat ni works la..

Bila aku nampak dah bunga-bunga amukan dia nak datang dah..
Aku terus start conversation ngan dia - cerita benda yang dia suka.
Contoh macam FL ni , dia ni animal lover, so kalau borak pasal binatang, confirm dia suka dan boleh sembang macam-macam pasal binatang.

So, bila dia dah start bunga-bunga tantrum tu, 
aku pun start la cerita pasal anak gajah yang dia tengok kat National Geographic semalam tu, 
ataupun binatang-binatang lain yang dia baru je tengok... 
Then, tak jadilah amukan dia tu.. hehhe..
So, mummy pun boleh lah senyum lebar selebar-lebar daun keladi...
 hehe..

Perut Unta

in , by dorsett pink, September 25, 2017
Anak aku, si FL ni masa dia kecik-kecik dulu, dia seorang yang sangat-sangat-sangat susah nak makan. Such a picky eater type.. Tapi aku tak tahu lah dia ni betul ke picky eater sebab macam semua makanan je dia tolak kecuali susu. 

Sampaikan aku dah give up sangat nak buat urusan pujuk-memujuk tu, aku bawak dia gi jumpa dietitian kat Gleneagles Hospital, pastu siap bawak pergi Darul Syifa.. Pun sama - result dia SAMA JE! Dia tetap tak makan. Masa balik Darul Syifa, dia makan jugaklah, lepas tu, back to normal again. Boleh baca kat ENTRY INI dan INI.

 Gambar sekadar hiasan

Dia punya graf pembesaran kat dalam buku check-up sangat-sangat tak cantik sampai pernah duduk atas border line. Doktor pulak just said - takpe, janji dia aktif.. Aku ngan en.suami plak, macam cacing kerawit tak senang duduk - RISAU!... 

Dia ada makanan favourite dia - pasta! Tapi bila hari ni bagi dia makan pasta, esok dia dah tak nak dah walaupun pasta tu rasa sama jer.... huhu.. Dia cuma akan makan fruit. Hari-hari makan buah. So, stok buah tak boleh habis dalam rumah kitaorang.... Makan buah memang bagus, tapi budak-budak nak membesar dia perlukan tenaga a.k.a karbohidrat dan protein jugak.

Bila jumpa ngan orang, asyik-asyik akan keluarlah ayat - "Kurusnya dia!" "Mak ayah tak bagi makan ke??"  "Tak cukup zat".. Dan macam-macam lagi lah kata-kata yang keluar dari mulut-mulut yang tak ada insuran tu. Helooooooooooooo! Tak kan lah kitaorang ni kedekut sangat sampai tak nak keluarkan duit nak bagi anak sendiri makan!!!!!!!!!!

Memang betul-betul sakit hati bila aku terdengar suara-suara macam tu.. Rasa macam nak sound je tapi kuatkan kesabaran, diam itu lebih baik.......... En.suami biasalah, bila dengar orang kata macam tu, dia buat bodoh je... Yang aku herannya, ada kalanya yang berkata tu stranger. Kitaorang tak kenal pun. Diaorang pun tak tahu lifestyle aku dan anak aku macam mana. Dia pun tak tahu anak aku kat umah buat apa, aku buat apa, sesuka hati je cakap macam tu.  

Tu cerita dulu...

Sejak umur FL 2 tahun, berat dia 11 kg. Sejak tu dia dah nampak berminat dengan makanan. Dia sendiri mintak nak makan tanpa disuruh.. Aku dan suami sangat happy. Kitaorang bagi je apa yang dia nak makan but NO junk food atau makanan yang tak sihat. Dia mintak pizza, kitaorang belikan pizza. Dia mintak bubur, kitaorang buat bubur, dia nak nasi lemak, kitaorang bagi dia nasi lemak. Dia nak chip (fries), kitaorang bagi dia chip. Apa je makanan yang dia mintak boleh kata dia akan dapat.. Kalau nak flight, aku akan prebook meal siap-siap - Mac & cheese utk dia - confirm dia akan makan sampai habis.. Kalau fruits tu, jangan cakap la, dia memang hantu buah..

Tapi aku perasan bukan setiap hari dia akan makan banyak.. Lepas dah lama buat pemantauan, akhirnya aku dapat buat conclusion bahawasanya anak aku FL ni mewarisi mummy dia yakni aku lah... hehe.. Dia makan seperti unta. hehe. Hari ni makan banyak-banyak, esok dan lusa makan sikit jer, tulat pulak baru makan banyak-banyak-banyak. 

Masa aku kecik-kecik dulu, umi aku selalu kata perut aku ni perut unta.. hehe. Sebabnya aku akan makan banyak-banyak dan banyak dalam masa satu hari, pastu hari seterusnya makan sikit jer, makan sekadar nak lepaskan lapar, pastu hari ke-4 atau hari ke-5 pulak baru makan banyak-banyak-banyak.

Pastu orang yang first time tengok masa kebetulan aku makan banyak tu cakap - "dia makan banyak, tapi kurus kedeking je". hahahhaha.. Sampai ada yang kata aku ada belaan. hahahaha.. Yee, aku sangat kurus dulu.. Aku ingat lagi, masa aku skolah menengah badan aku macam papan jer, berat dalam 30 kg... Bila masuk universiti, berat naik dalam 40 kg - 45 kg.. Sejak bekerja, baru put more weight , itu pun dalam 50kg.. Sekarang ni dah gemuk la sikit...

Sama macam FL, dia kurus je kalau korang tengok dia.. Sekarang umur dia dah 3 tahun 4 bulan.. Alhamdulillah, berat dah naik banyak. semalam timbang berat -18 kg..Alhamdulillah, aku besyukur sangat dia dah kuat makan...

 Ni gmbar terbaru FL

Kalau makan kat luar, aku cuma akan masuk kat restoren yang dia suka jer - restoren favourite dia. Kalau tak, dia tak kan makan. Kalau masuk KFC atau McDonald, aku pasti dia tak kan makan makanan yang kitaorang beli tu sebab yang pasti dia tak suka ayam.... hehe.. Sumber protein, dia cuma suka ikan dan susu jer.. 

 Ni kat kedai favourite dia - Secret Recipe sementara duk tunggu makanan sampai..

 Kalau pergi mana-mana aku akan bawak bekal makanan untuk dia... 
Kalau bukan makanan berat cukup sekadar snack - roti/sandwich/fries.

FL masih minum susu. Mungkin bila dia dah 4 tahun nanti, baru nak stop bagi dia minum botol susu.

Alhamdulillah, FL membesar dengan sihat..

Misi Mencari Tadika

in , , by dorsett pink, September 14, 2017
Assalamualaikum. Selamat hari Merdeka dan Selamat Menyambut Bulan September. Sorry lambat wish.. Tak berapa sihat sikit lately, but cuba untuk update takut nanti blog ni bersawang plak... Untuk yang tinggalkan komen kat entri-entri lepas aku ucapkan ribuan terima kasih sangat-sangat, nanti aku reply k & balas kunjungan korang kat rumah korang pulak nanti...

*****************


Hari ni aku nak share pasal perbandingan tadika yang aku buat setakat ni. Next year, FL will turns 4. So we decide to send her to another preschool. Skrang FL enroll kat playschool sejakumur dia 1 tahun lagi. School FL yang sekarang ni ada preschool sampai umur 6 tahun tapi ada kriteria yang kitaorang suami isteri nak tak ada disitu. So jawabnya kena cari sekolah lain la.

Kriteria kitaorang - ialah guna english medium dan ada islamic studies. Islamic studies ni termasuklah ada ajar anak-anak bersolat, mengaji dan hafaz surah-surah penting dalam al-Quran. School FL skrang ni ada ajar solat tapi hanya solat jer, yang lain-lain tak ada & guna bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan. So, that's why la kitaorang nak cari kiddy lain yang lebih dekat dengan area rumah. Senang, tak yah redah jem nanti.

So, antara kiddies yang aku dah survey, antaranya ialah seperti berikut. Hopefully perkongsian ni dapat menyenangkan ibu-ibu yang lain jugak yang nak cari kiddy untuk anak-anak nanti.

1. Brainny Bunch
Brainny Bunch ni kan famous kan, so pasti semua orang tahu. BB menggunakan kaedah MONTESORRI sebagai method pembelajaran. Guna english medium. Ada educate kids untuk solat. Ada ajar kids membaca, mengira tapi menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Mesti budak-budak suka, sebab main je. Tak ada homework.BB menerima kids dari seawal umur 2 tahun. So, milk & diapers dibenarkan di kiddy ni. Nanti teacher-teacher akan potty train the kids.

Maklumat lanjut kat website BB - http://www.brainybunch.com/

Ni yuran BB :  http://www.brainybunch.com/images/Fees/Kindy%20Fees%20Schedule%202018.jpg


2. CIC (Children Islamic Centre)
CIC ni menggunakan kaedah pembelajaran konvensional seperti kat sekolah-sekolah. Kat CIC student diberikan homework setiap hari dan ada exam untuk menilai pencapaian student. So, ia sangatlah exam-oriented. Bhasa perantaraan yang digunakan ialah dwibahasa - english & malay. They do educate kids to pray, ada ajar mengaji dan hafaz surah-surah penting. Kat sini, kanak-kanak diterima dari seawal usia 3 tahun. But, no milk & diapers are allowed. So, parents dah kena ajar anak-anak untuk tak minum susu & pakai diapers masa kat sekolah (kalau diaorang diantar seawal umur 3 atau 4 tahun).  


Maklumat lanjut ada kat website CIC - http://www.cic.com.my/

Registration Fee : RM 1100 + RM 140 (Uniform Set A & Set B)

Monthly Fee : 
Pakej Mutiara (8.30 am - 12 pm ) - RM 280 / RM 330
Pakej Delima (8.30 am - 2.30 pm ) - RM 350 / RM 510
Pakej Zamrud (8.30 am - 5.30 pm) - RM 480 / RM 710
 
** Perbezaaan yuran bulanan tu tertaluk pada branch mana yang kita pilih sebab yuran berbeza mengikut lokasi. Tapi semua branch provide semua pakej tu.


3. KinderKaizen
Kinder Kaizen ni aku follow perkembangan dia sejak dari first branch mula-mula dulu di Kota Damansara. Masa tu aku tak ada anak lagi tapi dah pasang angan-angan nak antar anak ke sini nanti. Tapi bile dah ada anak ni, kena studi semula la berbaloi atau tak antar anak ke kiddy ni dan ia memenuhi tak kriteria yang aku & en.suami tetapkan.

Alhamdulillah, KinderKaizen berkembang dengan pesat dalam masa beberapa tahun je. Sekarang, Kiddy Kinder Kaizen ni ada di mana-mana di Lembah Klang ni. Tengok je website diaorang, ada tak kat area umah korang.

KinderKaizen ni guna method play-based-learning. Maksudnya belajar sambil bermain. Hari-hari student pergi sekolah hanya untuk bermain. Tapi bukan main tanpa faedah tau. Permainan tu sebenarnya merangsang minda diaorang untuk berfikir secara kreatif dan membantu pembentukan sel otak kiri dan otak kanan untuk berkembang dengan cepat.

Kat sini tak ada homework. Membaca dan mengira dan menulis diajar menggunakan kaedah bermain. Bahasa yang digunakan di kiddy ni ialah bahasa inggeris. Tapi kat sini tak diajar solat, mengaji dan hafaz surah-surah penting. So kiranya, anak-anak dari agama apa pun boleh diantar ke KinderKaizen ni.

More info - https://www.kinderkaizen.com/


Monthly Fee :
Half Day - RM 350
Full Day - RM 600 ++


4. Little Caliphs
Little Caliphs ni ialah islamic kiddy. Diaorang ada ajar anak-anak solat, membaca al-quran, dan hafaz surah-surah penting. Method pembelajaran kat sini ialah fun-learning tapi ada diajar membaca, menulis, mengira. Islamic studies kat sini emphasize on TAUHID to ALLAH dan diajar tentang akidah, ibadah dan akhlaq. Bahasa yang digunakan disini ialah bahasa inggeris. Kat sini tak ada homework. Ada workbook yang wajib dibeli, tapi semua aktiviti dibuat di sekolah saja dan tak dibenarkan bawak balik rumah. Untuk student umur 6 tahun, ada modul pre-tahfiz untuk melatih anak-anak menjadi tahfiz muda. Untuk kids umur 4 tahun dibenarkan bawak susu dan pakai diapers. Nanti teacher ajar untuk potty train.

For more info - http://littlecaliphs.com.my/

Registration Fee : 
RM 1615 - 1815 (4 tahun), 
RM 1635 - 1835 (5 tahun), 
RM 1765 - 1965 (6 tahun).

** Semua yuran registration termasuk dengan bayaran uniform + buku-buku + little scientist kit

Monthly Fee : 
Half Day (8.00 am - 12.00 pm ) - RM 260
CEP 1.45 pm (8.00 am - 1.45 pm ) - RM 400
CEP 5.30 pm (8.00 am - 5.30 pm) - RM 460

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMPwlNDLQL37QtnNluN0FcSu4yHHxzd7eEeYEpakSf3zceA-8nIw1-djnX4K9aWuCNS9Qgiklz_9L49i3N-tow1xXsBfi-Ktu9e6Qj5SeHROW9OTVAphQ3lXxcBbiXkrsHV_EOeZvFkBkW/s1600/GOING-TO-LITTLE-CALIPHS-%2528front%2529-2.jpg

Setahun setengah Kakak FL masuk Little Caliph. Masuk masa umur 4 tahun, pastu umur 5 tahun ,  masa pertengahan tahun keluar. Keluar sebab LC tak guna bahasa inggeris sebagai medium komunikasi seperti yang diberitahu. Dan jugak sebab 'menulis' tak ditekankan sangat di LC. So, masa Kakak FL duduk di LC selama setahun setengah tu, dia masih tak pandai tulis even tulis ABCD......

Tapi LC ni bagus bab-bab agama. Kakak FL dah pandai solat masa umur 4 tahun sejak masuk LC dan pandai baca al-fatihah, dan jugak doa-doa harian. Pasal aqidah dan cerita-cerita Sirah pun sangat 'marvelous' diajar pada anak-anak .


*****************
Itu je lah kot yang aku dapat share. Actually ada lagi 2-3 kiddies yang aku survey, tapi aku rasa tak semua tempat ada kot kiddies tu. So, ini aku share kiddies yang korang selalu dengar dan InshaAllah branchnya ada kat tempat korang.

Hopefully membantu..

Tapi ingat - kita sebagai parents jangan force anak-anak. Biarkan dia menikmati zaman kanak-kanak dia. Kalau dia belum bersedia nak membaca, jangan push, nanti sampai pada waktunya, dia sendiri yang nak membaca. Sam jugak dengan matematik, kalau anak-anak tak bersedia nak belajar math, jangan paksa, nanti sampai waktunya diaorang akan bersedia nak belajar.

Aku pun tak decide lagi nak pilih kiddy yang mana untuk FL nanti. Nanti-nantilah, difikirkan. Ada banyak masa lagi ni.hihi


*************************

Update Disember 2021 : 
Finally, Kakak FL masuk ke Tadika PASTI.  
To be exact, PASTI SITI SARAH, kat BANDAR BARU BANGI. 
Nanti InshaAllah adik dia - Leeya pun akan masuk ke PASTI SITI SARAH jugak.

Sebab kami suami isteri sangat berpuas hati dengan performance Kakak FL di PASTI. Cikgu kat PASTI tu pun baik-baik dan selalu mesej parents bagitau pasal perkembangan anak-anak. 

Sebelum tu, Kakak FL masuk ke Little Calliph, kami boleh tahan 1 tahun jer, pastu tukar ke PASTI. Kitaorang tak suka dengan Tadika Little Calliph (LC) sebab selama setahun Kakak FL duduk kat situ langsung tak boleh menulis. Bukanlah nak anak pandai menulis macam pada tahap dah boleh buat karangan, tapi at least pandailah menulis ABC atau perkataan-perkataan senang macam ayam, bus, cat dan sebagainya, tapi hampa sungguh.  Sebab kat LC ni diaorang fokus pada membaca. 

Korang boleh baca kat entri ni - KONVOKESYEN TAMAT TADIKA'.




© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE