Movie Review : The Bad Guys

in , , , by dorsett pink, March 25, 2022

Ok, hari ni aku nak buat Review Movie Cerita Kartun The bad Guys.

Hari Ahad hari tu bawak anak-anak pergi tengok movie kat TGV D' Pulze Cyberjaya Shopping Mall. Sebab dah lama diaorang tunggu nak tengok movie tapi disebabkan kitaorang smeua kena Covid-19 hari tu,so terpaksa tangguhkan dulu hajat tu. 

Hari Isnin dah masuk sekolah balik. So, gunakanlah masa yang ada weekend tu untuk diaorang berseronok. Lepas ni dah kena fokus kat rutin asal pergi sekolah-balik sekolah. 
Ini jer cerita kartun yang ditayangkan masa cuti sekolah hari tu. Ok lah, tak menyesal tengok. Best jugak dan kelakar. Kakak FL dan Leeya duk gelak jer. 

Dewan tak penuh tapi ramai family yang tengok, maybe sebab cuti sekolah kot. 

https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/2022/03/17/039the-bad-guys039-review-a-good-take-on-bad-guys-that-do-good

Cerita dia pasal sekumpulan binatang yang jahat yang menggelarkan diri diaorang 'The Bad Guy', yang diketuai oleh serigala atau wolf yang bangga dengan gelaran 'The Big Bad Wolf'. 

Dalam kumpulan tu ada serigala, ular sawa, ikan pirana, shark dan labah-labah. 

Kumpulan ni sangat-sangat jahat. Kerja diaorang ni ialah merompak dan mencuri dan sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa. Kiranya gangster mafia yang paling hebat lah.  Diaorang buat kerja-kerja rompakan tu sangat-sangat profesional. Kira pro lah. Sebab tu tak pernah kantoi dan kena tangkap. 

 Kalau pergi mana-mana, orang nampak diaorang ni, orang akan menjerit dan lari sebab terkejut dan takut. Ye lah mana tak takutnya bilamana kita nampak ular pergi kafe, nampak serigala masuk supermarket. Mestilah kita panik kan? 

Setiap binatang dalam kumpulan tu ada kepakaran masing-masing. Misalnya Mr Wolf (si serigala) tu ketua dan dia bertanggungjawab merancang strategi untuk setiap misi rompakan. 

Dan Kumpulan The Bad Guys ni sangat-sangat setia dengan kumpulan ni. Semangat setiakawan, kerjasama dan hormat pada ketua diaorang memang patut dipuji. 

Last-last The Bad Guys ni berubah menjadi orang baik, dari Bad Guys kepada Good Guys. Diaorang berubah sebab ketua diaorang Mr.Wolf yang nak berubah menjadi orang baik. 

Macammana Mr.Wolf boleh berubah? Korang kena tengok sendiri cerita ni. Nanti kalau aku cerita semuanya tak syok lah. 

https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/2022/03/17/039the-bad-guys039-review-a-good-take-on-bad-guys-that-do-good
Sekarang ni dah senang kan, boleh beli tiket kat handphone atau kat kiosk jer, pun boleh bayar cara 'cashless', senang! Tiket pun dah naik harga, dah tak murah macam dulu-dulu. harga tiket tengok wayang untuk 3 orang tengok ni sekali dengan 1 set popcorn ialah RM 56 😑. 

En.suami tak join sekali sebab dia ada pertandingan golf. Bila dah nak Ramadhan ni, memang banyak pertandingan. Organizer duk pulun nak buat tournament sebelum Ramadhan. Nanti rehat la 2 bulan sebab puasa & raya, lepas tu sambung balik. 

Bagi aku, filem The Bad Guys ni best, kelakar dan budak-budak suka sangat. Sesuai sangat untuk hiburan seisi keluarga 😍.
 

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE